Sunday 24 October 2010

Uxbridge Big Fest

Salam,

pagi Ahad ni tak tak tak DC tak masak lagi. xkan dia nak masak hari2. itu kalau MOOD bayekkkk je. mood kerajinan tak dak maka baik dia breakfast dengan GAME je..huh!

jom jom kluar rumah. sakit pale duk umah tgok xtvt yg tersusun. lompat sana lompat sini. kacau adik sana teriak sini. buat fenin pale mama je. moh kita tengok apa yg ada sempena UXBRIDGE BIG FEST. Hakim ngan Hazim ni kalau di ajak keluar kalau dibilang ngak boleh bawa basikal atau roller shoes dorang mula laa muka mcm tak siap. xmo ikut. xmo kuar. nak main game jek. Indoor betul la kamu ni. mama ni pulak sehari duduk rumah padat pale. paksa jgak kamu ikot..haih

sampai je sana xde le meriah sgt. cuma mereka buat promosi theater yg nak berlangsung masa Krismas nanti. soooo promo la. semua pelakon utama turun la kiranya.. Snow White, Cinderalela, Scarecrow, Sleeping Beauty dan ramai lagi la ntah aku pon bukan kenal watak2 citer dongeng omputeh ni. stakat tahu yg glamer je. DC lagi teror


wahhh amik gamba ngan Cinderalela yang comel nampakkk.. Cinderalela yg dinikahi sejak sepuloh tahun yg lepas ini kurang comel kah ? nampak tak mathing la Bang ! (ayat jeles)


heiiii ingat dia je nak amek gambo ngan Cinderalela comel. Aku pon nakkkk jugak bergambo ngan Prince Charming Hensem. hehehee.. walaupon abang tidak sehensem Prince itu.. tapi sayang tetap c**** kan abang... (nanti malam la cakap) hahaaahaha..

haaaaa dah sampai Uxbridge Town Centre anak2 pulak leka ngan watak2 crita dongeng tu. maklumla dorang kenal sangat. mama je yg x brape kenal.

ok sudah habis agenda merayau2 rayau di Town. beli grocerries jgak termasuk dlm itenery. x ketinggalan agenda pegi toilet..mcm wajib gitu. lastly pegi tgok Movement Academy buat presentation tarian. Ralit pulak budak2 ni tengok. tengah ralit tengok sekali HUJAN menderu turun dengan lebat. mula2 ingat tanak berganjak. eh makin deras pulak hujan...

tengok tengok atas hud pale Puteri nampak mcm putih2. aku amik la pegang. rupa rupanya ICE halus halus. HUJAN BATU.. woiii sape kata negara orang hujan emass.. Hujan Batu laaaaaaa... kahkahkah.

mungkin sebab sejuk awan kat atas. agak2 kalau suhu masa tu minus enam mahu turun salji agaknya. eh pelik pulak salji di musim luruh. kuasa Allah.. boleh menjadikan apa2 saja di dunia alam semesta ni.

duluuu teringat penah jugak hujan Ice ni kat BMI waktu tu. petang. kedengaran kuat bunyi hujan nya. sekali keluar pegi pintu kluar kat belakang tgok2 ICE berterabur kat lantai. berebut rebut tadah. kata kawan tadah ICE then makan ICE tu sambil berdoa hajat kita mudah mudahan dimakbulkan Allah s.w.t. aku pun buat jugak sambil berdoa keinginan yang teramat sangat nak dapat anak perempuan. tapi tak tahu lah dongeng atau betul. tidaklah terlalu percaya. kena usaha dan tawakal sambil terus berdoa.

petang tu REZEKI datang .... Mee Bandung dan Karipap pusing utk kami sefemli.. Thanks Kak Lip. Anak Anak LOVE IT.

-TAMAT-


No comments: