Thursday 4 November 2010

Jalan Jalan Cari Teman

Salam,

2-3 minggu lepas ade le berkenalan ngan seseorang ni. terjumpa kat town. muka Asia. tegor laa. then dah tuka tuka no tipon. dah calling caling. tetiba ari ni mcm nak penuhkan ruang sambil nak amik napas segar kat park. OK la janji janji la together nak pegi town. so Blind Date la kat Pavillion. rumah dia berjiran dengan Sainsburry.

aku terlewat sikit. ko tahula bawak si anak dara aku yang dah tak sabar sabar nak jadik emak ni sibuk jugak nak bawak baby ngan stroller baby dia. berhangkut hangkutlah di tenggek stroller baby dia jugak naik stroller dia. eh aku rasa macam belit je ayat aku ni. hagak hagak tak paham tu baca balik yeh. kalau tak paham jugak, buat buatlah paham ahah.


lepas intro intro borak kami mak mak ni nuju le tesco carik bekalan yg dah putus kat umah. lepas soping ringan makanan ringan, air ringan dan gula ringan. semua yang berciri ringan la. aku bawak le dia pegi Park. sempat la kami menjadi modell modelan menjamu mata dengan daun luruh yang sedang menguning dengan riaknya.



pastu cari port utk bersekeDUDUKan. lepakss borak2.. borak punya borak rupanya dia orang Singapura. memang asal sana. parent campur Singapura Malaysia. nama dia Aisyah. exstudent UIA. Law. ade sorang anak Nama Ali. 5-6 bulan. baru dok London sebulan. dulu dok Oxfordshire setahun lebeh. Husband dia pak dokter. pakar sakit puan lagi. siap sambut kelahiran anak sendiri gitu.. wah best arr



yang tensionnya.. tengah asssyikkk borak ade 2 hekor hanjing. heiii dasar hanjing punya anjing. boleh berlegar legar menghidu hidu kat kusi meja tempat kami duduk tu. udah kami berdua jadik kakuuu kerass macam kena letrik sebab ketakutan. tuan hanjing tu bole tengokkk je anjing dia. dah la tak ikat. hadooiii tension sehhh.. lepas je anjing tu berlalu terus kami blah masuk kat playground. naseb kat playground tu berpagar bole le tutup SELAMATTT..

ni le masalah problem kat sini. anjing sini macam ayam kat Malaysia. bersepah. walaupun semua bertuan tapi bukan semua di ikat. kasik lepas konon bebas laa.. kalau aku selalu buat muka macam senyum pastu kelat tuan anjing tu macam paham la aku tak suka. dorang ni siap marah marah lagi "anjing saya tak gigit you, well train." "woiii memang la .. kalau haku citer SAMAK kat kau .. ngko paham ke??" rasa macam nak herdik je kat hidung dia cakap camtu. aku nak kata apa .. senyum je laa.. buat buat muka macam memahami la. padahal..

kalau 'SHIT' anjing ni halamaakkkk bersepah sepah. kalau kami jalan kaki nak pegi skolah ke, pegi town ke, pegi park ke. ada aje jumpa tahik bersepah macam tahi ayam. dah kena lantik ketua jalan kat depan memantau taik hanjing. then laporkan pada orang belakang supaya berjaga jaga.. YUCKK !!!
patutnya tuan dia lah kena kutip then buang kalau tak kena denda. dasar pemalas..!

kalau kat TIBI memang ade rancangan khas citer pasal anjing ni. tajuk DOG WHISPER.. (bisikan anjing) tajuk mcm romantik jek bunyiknya padahal citer pasal cemana nak JINAKkan anjing yang bermasaalah. kira macam kaunselling anjing la. aku memula dulu KENA TENGOK jugak. walau geli sebenarnya. tapi just nak dapatkan info cemana nak berdepan dgn anjing. apa pemahaman anjing bila dia baca bahasa tubuh kita. dia paham percakapan kita. kalau kita lari kalau dia kejar maksudnya macam nak bermain main dengan dia. kalau kita tak mahu dia kacau just stand still sambil tangan buat gaya 'giveme 5' tapi menghala ke bawah. just said GO.. atau NO.
tapi tak berdaya nak diri tegak je bila dia dtg kat kita. otomatik nak LARI punya. takut punya pasal.

rupa rupanya anak anak aku dah belajar kat sekolah cemana nak berdepan dengan anjing ni. siap sekolah panggil orang expert buat demo cemana nak komunikasi dengan anjing ni. tapi aku dah warning siap siap. JANGAN SEKALI KALI SENTUH DIA.. patut le mereka ni mcm COOL je jumpa anjing. tak le nmpak mcm takut sangat sangat.

penah sekali siap kena marah ngan tuan anjing emak pada kawan Hazim. adek ke patut dia suruh pegang lagi anjing dia. Hazim kata la kita tak boleh pegang. dia siap bagitau. "we treat dog like human. nothing wrong with them. our dog is healty and not dirty." engkau boleh la cakap camtu sebab engkau bukan Muslim. susah nak terang. just keep quiet and terus blah je. maleh nak layan.

eh jap jap jap ape tajuk tadi.. aku nak citer pasal Jalan jalan carik kawan kan. pesal entry ni banyak citer pasal anjing. ok la ok la aku tuko la tajuk jadik Jalan jalan jumpa anj.. eh tak nak lah benci nama tu.

itu la perkara yang Malaysia besttt .. mastautinlah tanpa was was.. ewahhhh... Malaysia ada MAKK.. Malaysia besttt..

jom jom tengok gamba ...






AUTUMN IN MY HEART...
JANGAN JELEZ YEAHH... AKU SUKA AUTUMN.
KAMU???.


No comments: