Sunday 12 December 2010

Hi Hi Bye Bye

Bye Bye Zah and Jeff

pepagi moning bergegas la bersiap nak mengiringi pemergian pulang kawan yang sesama Brunnel Universiti. isk bila sebut bab bersiap pepagi morning tu berchenta. mula lah semua tak kena. at last keluar rumah dah terlewat. keluar 8.30 pagi. bas no 222 ni al-lembabun wal-lewati. gelisah nunggu bas. dah sampai terminal 4 terkejar kejar takut tak sempat jumpa mereka.

pheww phew pheww sempat sempat.. dorang dah nak masuk lorong pelepasan dah. sempat lah berkata sepatah dua kata. hei ini betul punya sepatah dua kata. bukan macam ucapan ucapan yang kata je sepatah dua kata tapi panjang berjela. real punya sepatah dua. SELAMAT JALAN YEA. kan kan betul tak sepatah dua.

jom tengok gamba sekitar kawasan kejadian...

Selamat Jalan Duhai Pahlawann.. (eh ni mcm lirik lagu lah)
kalau pompuan xtau nk tukau lirik ape dah
gamba ni BETUL

mahap la mak twin nampak GG jek.. kah kah kah
gambar ini pun BETUL


aku (tudung kuning) eh mana lah tahu kut kut ade yg tak kenal.. hahaha
baju belang tu abang Ilham
gamba ini lagi lah BETUL


sedih arr satu femli dah berkurang. tapi takpea boleh meneruskan sillaturrahim melalui FB. FB kan connecting people. eh tu macam nokia punya trade mark jek. tak pe la aku pinjam kejap je. Zah n Jef pulang dengan anaknya twin Iffah, Izzah dan abangnya Ilham. sekali dengan femli mertua Zah. waaa beramai ramai. bole gak gilir gilir mengepas pas baby twin itu sure gamat. ataupun mereka tidur aje. tak macam Puteri dulu berdondang dendang gunakan high pitch suara lagi. flight 13-14 jam hanya 2-3 jam je tidur. adehhh.. CHOBAANNN.. kata P.Ramlee and the geng.

gamba ni macam ada PEMBETULAN..
pahlawan yang ini akan pulang semula ke London sebab nak teruskan perjuangan extend Phd dia lagi 6 bulan.
eh tak apa lah. kalau tak takkan nak hamik gamba berduaan cenggini. (sebenarnya aku lupa kehkehkeh)


Selamat Jalan Fazlinil Irma,

Irma cousin aku yang keja kat sini pon pulang malam ini jugak. pukul 10 kat Stansted Airport.
mandangkan jauh tambah pulak malam tak dapat la nak ngantornya. tak apalah .. hanya iringan doa ku kirim. alaaaaaa tak bestnya Ramadhan next year dah tak adalah aktiviti eksperimen dapur dengan Irma. sedih la sedih double sedih.

bila tengok orang balik balik Malaysia ni rasa macam aku tak sabarnya nak balik. ntah ntah orang yang nak balik sedih sebab takk nak balik. mana lah tahu kan kan.. tapi yealah peluang duduk sini 3 tahun kena pulun. kena TELAN je SEMUA samaada kebestsan atau ketakbestsan nya. lepas ni memang tak ada lagi harap sapa nak bawak aku datang sini lagi buat kedua kalinya. melainkan kalau duit melimpah ruah tak tahu nak buat hape dengan duit tu boleh la aku datang sini lagi dan lagi dan lagi INSYAALLAH.

No comments: