Sunday 9 January 2011

YUS dan AKU


salam,

kiranya entry ni masih dalam mood DUA TAHUN berlalu Part 3. lama nya mood tu yea.

okeh sambung story... semasa dalam kekalutan keresahan duduk kat Travelodge tu lah aku berkenalan dengan Yus. eceh macam pekenalan perchintaan pulak. haha. 1st friend kat UK. hei jadik kenangan tuuu..

ada satu malam tu dah tak ingat dah malam ke berapa.. DC masuk bilik hotel bagitahu. EH ORANG SEBELAH BILIK NI ORANG MALAYSIA MELAYU LAH.. hah! aku terkezut.. yeke? dgn muka tak percaya. IYAaaa.. DC meyakinkan. nama dia Aidi (husband dia) wife dia nama Yus. rupanya mereka lagi dahsyat.. duduk kat hotel tu sejak antara 24/25/26 dec 2008 (dh x ingat actual date). huyooo lebih lama dari kitorang. terKEBETULAN pulak bilik sebelah menyebelah.

itulah aku selalu pikir kamilah yang terteruk kishah nya. rupanya ada lagi yang lebih lagi. tapi Yus nampak macam OK sebab penah duduk Leed 10 tahun yang lepas. kira nya ada pengalaman la. masa kami dah dapat rumah sewa mereka belum lagi dapat rumah sebab rumah yg hampir hampir nak dapat tu bumbung bocor lah. ada saja dugaan. soo kami pon ajak lah mereka sama sama duduk rumah kami sementara nak dapatkan rumah sewa tu. lepas mereka dapat rumah dan pindah, bermulalah episod sunyi aku di rumah.

sejak tu kami berkawan baik. apa apa mintak tolong mereka. PENDEK KATA MEREKA BAIK. Friendly. aku ngan Yus share story suka duka sedih ketawa. kalao borak kat tipon macam xmo letak. haha. kalo dtg rumah memasing pun macam tanak balik .. boleh. cumanya rumah dorang jauh skit. kat Hillingdon sanun. kalau dulu xde keta jenuh nak kena tunggu bas kat town centre. kami gagahi jua. kalau duduk rumah dekat dekat tentu macam macam projek emak emak, main masak masak boleh di laksanakan. apakan daya korang jawooohhh..

mula mula berbalas SMS kat hotel walaupun duduk sebelah bilik. DC bagi no tipon dia. macam MALU nak sms or call. ye la kut kut anak VIP ke atau ada pangkat Datin ke tak pon dah ada title Prof ke. mana lah tahu. aku ni siapa lah kan. hanya seorang KERANI aje. risau gak tak sama level. tengok tengok OK lah .. seKEPALA.

so Aidi yang belajar nya. sama ngan DC date register Universiti. cuma dia dept IT. tempoh pon sama. InsyaAllah. cuma dia ditaja KPT dan UUM. maka kami sama sama senasib. insan berjawatan surirumah. dia menjaga 3 anak. si kecil comel Irdina sebaya dengan Puteri. eh kejap kejap tiba tiba rasa nak promote. dorang ada kedai siber .. hebat ! cuba tengok
SINI. kawan kawan kannn.. tolong la promosi heheheh..

meh tengok gamba chomel mereka. aku cilok kat FB yang aku rasa gambar family TERCHOMEL.. takkan curik gamba putus kawan kot. kehkehkeh. serius chomel.. (tengok senapang lah.. senapang patah Nikon D90 dia guna. fuh..)

kan kan kan chomel kan..
terutama tengoklah muka Danish yg lelaki tu.


habis dah episod suka duka mengimbas kenangan DUA TAHUN berlalu. TAMAT



No comments: