Monday 13 September 2010

Tetamu M'sian Student

Salam,

hari ni 13/9 - aku berlungkus tumus buat preparation utk sambut kedatangan orang baru.. heiiiii ingat aku beranak ke?? pantang ckp org baru ingat beranak.. tak laa tak.. ini student. student Malaysia ke Brunnel Universiti. nak bermalam kat rumah ni. bujeng2 sume .. 3 pompuan 1 lelaki. harus lah prepare dorang punya tmpat tidow, makan2 sume kan. sure penat 14 jm dalam flight. tapi bujang2 ni rase nya xde le penat sgt berbanding dengan ibubapa beranak 4 mcm aku..

dorang selamat sampai pukul 6.30 ptg di rumah ni. kami paksa mereka supaya jangan tido. jgn ikut waktu m'sia. kena ikut waktu uk. kalau tak mengong pale. JET-LAG (btol ke eja nih). soo la ni baru la deme tidow.
rumah ni slalu terima tetamu .. harap harap murah diskaun lah rejeki kami yea.. aminnnn..

terkenang waktu memula sampai London. naik MAS mcm org kaya ..haha.. eh waktu kami dtg tu xde lagi AirAsia OK ..kena la jadik org kaya kejap naik MAS.. walau mahal gile tapi servis tiptop. makan xleh kata laaa..kejap2 makan kang kejap lagi makan lagi.. eh best lahh.. tapi LETIH tahap PHD laa sebab si tecit Puteri waktu tu baru 4 bulan setengah. kecik le sangat lagi.. adeh kena duduk dlm BASINET. ala bakul tergantung tu. mane le dia suka dok terkurung cenggitu. lemas gaknya. menangis le sepanjang perjalanan. ade le 3 jam je senyap sebab tido. yg lebihnya nangis. sampai bengkak muscle lengan aku dikejakan nya. nak berdukung kesana kemari. Allah sahaja yg tahu seksa nya aku waktu tu.. rase nak nangis tahu. tak berehat tak tido langsung. tambah pulak abang2 bertiga tu pon tak reti duduk diam. alahai. rase mcm nak suruh pilot tu tekan minyak laju skit supaya sampai cepat kat London .. boleh !
sampai2 jea Heathrow.. mamat2 yg cek paspot nasib le tak byak kerenah sebab dia pon kesian kat aku muka mcm nak terpisah dari pale. dengan anak2 yg over energy. sampai dia pon pelik tanya anak2 tak tired ke? mse tu dorang blur lagi mamat2 tu ckp omputeh. DC le tolong translet. urusan paspot dan kastam smooth je. Alhamdulillah. sbbnya mayB dorang mcm 'kesian' tgok kami merengkek rengkek bwak anak2 plus baby lagi kan. bagus gak yea. XTRA kesian. hehe
keluar dari Heathrow tu termanggu manggu la nunggu org yg nak sambut kami tak sampai2. ni sapa sambut sapa ni. gaknya kami yg sambut mereka tak.. owhh lupa kami dtg time betul2 tengah2 WINTER heavy. so maghrib pukul 4.30 pm .. kluar dh pukul 5.30 pm .. patutle mereka lambat sampai..
pak Lajif (Abg Razif Razak) dan Abg Ithnin bersama kak Lip yg jemput kami. rupa2 nya kami dtg tadi satu flight dgn Abg Khir yg pulang bercuti di M;sia.. lor tak kenal kan. oleh sbb kami ni ramai sooo kena pecah2 .. beg2 besar dan Hakim abg khir tolong bwakkan. Aku, Hazim, Hariz, Puteri naik keta Abg Ithnin. DC dan Abg Razif naik teksi. kesian tak pecah sana ni.. sebab RAMAI..
1st n 2nd day tu terpaksa tido kat Brunnel Lodge yang hentam mahal gile ..3rd hingga hari ke 10 kami sewa Travelodge Uxbridge.

next time aku citer pengalaman 10 hari di hotel xde bintang tu yea..

ok lah citer pasal tetamu skit je.. citer pasal aku yg lebey lebey.. hei mesti laa ni blog aku kena la maximakan citer pasal aku..thanks laa sebab terpaksa baca.

No comments: