Sunday 26 September 2010

Tetamu Scotland 2

Salam,

alowwww blog, aku lembali membawa citer2 yg dh masam laa kalau nasik kalau cerita blom boleh kata lagenda lagi.. alaa baru 3 hari seakan berbizibizian dgn guest.. dok London kena sebut guest looo..
kalo ikut terkini latest dan current ni aku baru balik dari Jamuan Hari Raya kat Brunnel Uni. perut tengah kenyang rasa macam nak meletup dan mahu terburai usus bersama isi perut.. ibarat aje.. memang kenyang sampai tegang mcm ngandong 9 bulan 15 hari (lebih ari) tu yg rase mcm tengang. haippp jgn ingat pape lak yeee. KOSONG..ok citer jamuan raya dn sewaktu dgnnya kemudian la yek. aku kena citer stori yg dh masam yeh.

23/9/2010 - 25/9/2010

mcm biasa rumah ini berterbangan rama rama. sebab org tua kata kalau ada rama2 maksudnya memang tetamu nk dtg tapiiiii stakat dok sini tak jumpa lagi rama2 yg menawan lah. tapi kali ni rama2 tak datang tetamu sebenar yg datang. pagi2 tu kami ade kawan punya kawan bertandang. sebab wife nya ada coloqium kat Brunnel Uni. soo kami paling dekat dan bilik memang kosong. rezeki kami jugak le tu.

yang menariknya aku nak citer pasal Kak Izan ni .. dia ada LIMA tahu LIMA ... 5 ape.. LIMA anak ..dia lak sedang buat Phd in Law and Management. fuhhhhh .. yang lebihhhh menarik lagi dalam LIMA tu EMPATTT daripadanya LELAKI tau LELAKI atau boy atau sons. MasyaAllah.. aku selalu cerita kesibukan aku menjaga 3 boys and 1 gurl aku ni sedang kan dia ada 4 lelaki dan 1 perempuan. SURE sangat sibuk sangat bizi sangat tak menang tangan... huhhhhh....kalau ade peluh yg menitik kat sini memang dh kena lap keringat kat dari. tak mudah tau bukan senang nak menjaga maintain anak lelaki yang ramai, sedang buat Phd, tinggal di UK (scotland) . tak mudah. sangat respect dan tabik springgggg.. pada yg kat luar sana yg baru anak 1 @ 2 tu yg dh ngeluh mcm2 renti kan lahhh...

umo anak2 dia 9, 7, 5,4, 2.. agak rapat jugak tu. ank yg kecik tu masih nyusu cap jantung (susuibu.com). kak Izan pulak kena pegi present paper dia kat Brunnel. Anak2 dia tinggal ngan husband dia. Bila husband dia pegi hantar Kak Izan pegi Brunnel, mereka tinggalkan anak2 dia dgn aku. mula2 tu mcm takot gak ye loo sbb 4 lelaki akan berbuas buasan dan beraktif aktifan kan rumah. rupanya TIDAK.. memang TIDAK.. mereka well behave. Kakak yg sulung tolong tengok jaga adik yg kecil skali tu. dan yang lain2 main mainan yg ada dengan aman damai dan permai. sesekali terdengar jugak dorang berkelahi kecil tapi mcm kejap je lepas aku tegur OK dah. mmg mcm tak KETERLALUAN aktif mcm anak2 aku. aku rasa anak2 aku extreamly active berbanding dgn mereka yg ramai. mungkin sebab papa mereka serius dan menekankan disiplin yg kuat kat rumah. bila papa dorang balik dari hantar mama dari Brunnel, mereka jugak maintain well behave. main biasa2 tidak memanjat2 tidak berperang perang, tidak jugak melompat lompat berlari lari dan berbalingan mainan.

petang tu lepas DC balik dari Brunnel (sbb appointment dgn supervisor) dorang kuar la pegi Town Centre, playground. bila dorang balik jek. tgok2 anak2 aku pon dah balik skolah. maka beramai ramai lah kanak kanak di rumah ala ala nursery kindergarten.. Hakim Hazim Hariz pulak mengajak la dorang berpasukan membingit kan suasana. berlari lari keratas kebawah.. hayookkkk tu laaa. kalau dh jumpa geng sesama boboyss cenggitu le..

kelakuan anak kak Izan memang sopan. sopan santun cakap pon mcm tersusun lembut je. tak dengar pon mereka terjerit jeritan mungkin mama dan papa dia mcm tu atau sebab takut kat papa dia .. tak tahulah yg mana satu ??? Papa mereka pulak mcm relekss je cool je orangnya walau pon anak dia ramai panggil sekali dh dengar kata. yg best tu yg no 4 Hafid nama dia .. suka mengemas. ini betul2 mengemas tidy up all the toys yg dorang dh main masuk dlm kotak sampai clear sume. kagum aku nenguk nya. bagus betul.

bila kak Izan balik aku tanya dia cemana dia train anak2 boleh sebegitu well behave skali. dia cerita kalau di rumah memang dia dan suami sama2 akan suruh dorang kemas rumah dan membuat keja rumah yg lain. papa mereka tegas dan serius. Kak Izan ada gak tenguk DC tu rapat ngan anak2 dan rajin layan anak2. dia pulak yg kagum tengok. eh..!


No comments: