Sunday, 12 September 2010

Tetamu Reading

Salam,

11 Sept - kebetulan kawan DC, SHAM fr Reading nak datang beraya dengan kami. soo alang2 dh ade org nak datang tu kita masyak2 laa ala2 raya gitu.. disebabkan 1st day raya dapo tak berasap maka aku telah asapkan dapo pd raya ke 2 ok la kan.. kira masih syawal kan.. Sham dah lama bermastautin kat sini plus minus 15 tahun katanya.. so jarang2 mereka sekuaga meraikan Aidilfitri yg sebenar. aku pon berbizi bizian la kat dapo.. pas2 ade gak member lain menyuarakan nk dtg rumah soo haruslah aku metambahkan kuantiti menu. tak berniat membuat OPEN HOUSE sbb living hall yg ciput kan. ni mcm acara makan2 mini lah kiranya. masak lah aku mcm MAK2. RendangDaging, Ayam Merah (peberet DC), Kuah Kcg, Set Lontong, Serawa Durian dan aneka kueh raya.

aku slalu je pesan dgn kawan2, kami ni sukar nak buat acara makan besar besaran tapi kalau ada yg nak datang menziarah dan tujuan kunjung mengunjung atau dtg sekadar nak borak2 tu aku alu alukan kedatangan. aiiii xkan nak buat makan2 sedap2 baru nak datang rumah kan. kalau tak buat makan makan pon aku pon masak juga. apa aku masak bole makan jugak kannn.. kadang2 kita ni salah tafsir .. datang rumah nak MAKAN atau nak ziarah ?
MAKA ... JEMPUTLAH KE RUMAH ..
mak aku selalu pesan "kalau ada org dtg mengejut ke rumah kena beri juga makan walau pon hanya telur dadar atau sardin"
sooo cemana ? boleh..

trend kat M'sia pulak kalu kat bandar kena ada Open House baru nak datang.. cuba tak buat Open House xde dtang punya.. btol tak? termasuk aku... sebab kami dua2 keja soo masa yg ada weekend jek.

sekarang aku full time housewife. bila2 boleh datang..


eh nak tahu tidak... Hakim Hazim Hariz dan Puteri dapat duit raya tauuuu... wah seronok gila dorang. aku mcm biasa awal2 lagi dah pesan. sini bukan mcm M'sia tahu.. no more money for Raya ok.. jangan mintak2..kalau mama dengar kamu mintak2 siap laa hadiah kat rumah nanti.. (dgn action membeliakkan mata dan jelingan tajam) hehe

ehhh tiba2 Uncle Sham dan Untie Lina bagi .. sorang dapat £7 tau.. tu pon dah banyakkk sangat dah tu.. dlm bentuk £ kan.. kena darab dgn 5 laa..
mereka sedih sebab raya kat sini takde duit raya.. soo kami ada jugak bagi, tu pon sorang £1. xleh byak2 tah pape mreka beli kang. Hakim selalu kata jom laa kita balik M'sia mama Raya kat M'sia besttt.. Hakimmm.. kalau lah M'sia tu dekat London saja.. dahh lamaaaaa kita balik nakk.. syahdu denga anak2 sedih raya kat sini. anak2 pon tak suka apatah lagi aku!

hari ni .. 12 Sept.. kami santai2 kat rumah aje.. sambil santap kueh raya.. mcm membayangkan makan kueh raya kat rumah orang laa padahal tak gerak pon rini..ngehngehngeh..


imbasan kalau di M'sia.. raya ke 2 atau ke 3 sure sedang kesana kemari ke rumah sedara mara aku ato DC .. ziarah sedara mara yg jarang2 jumpa kan.. jumpa2 jek eh ayat biasa"dah beso dah anak ko yea" hehe.. ayat lain skit "ramai dah anak ko" ayat bushyan skit "gemokknya ngko skang nih" ayat sedap telinga"kurus skang makan ubat ape?" hahaha.. mcm2 ayat kuar.. gelak2 borak2.. kalau bab makan... ayat femes mak aku "oii makan macam besok tak hidup lagi je" kehkehkeh.. maksodnya mcm xde tanda nk brenti makann.. puasa turun 5 kelo Raya naik 8 kilo.. hikhikhik..

sini ... takde ayat2 tu ... ayat kesian "masak apa?" ayat baik "solat raya kat mana?" tu je.. tu je laaa.. takkan nak tanya "brape bil letrik rumah ko?" tak sesuei ok ..

raya pertama aritu ..anak2..Hakim Hazim dan Hariz dah ponteng skolah nak celebrate Eid.. kesian jugak..dah bagitau kat teacher dorang.. teacher Hariz soh buat surat.. teacher Hakim n Hazim lak suruh col aje di pagi raya tu.. dah sibuk2 pegi solat raya, kesana kemari beraya terlupa nak tipon teacher.. besok aje lah bagitau lagi..
camni la hidup kat negara yg majoriti adalah kristian.. yg selebihnya takde pegangan pon ada..

k lah to be continue
2moro ...


No comments: