Friday 28 January 2011

Potty Training - Cik Puteri

pandai kenyit mata

28 Januari 2011 (Jumaat)

bercakap dah boleh mengalahkan burung kakak tua suka niru niru cakap orang. kadang terpikir dia ni suka tiru cakap orang sebab dia paham atau sesaja je tiru. cakap melayu pon tiru english pon tiru. pakej ngan lenggok suara kita sekali dia hangkut tiru. haishh pandai betul..

tu lom dengar nyanyi "tikle tikle lite star.. how i mmmmmm mmm mmmm... u aree" eh dah abishh intro ngan ending je. tengahnya mana tah..

haaa alang alang dah pandai tu kan ni la la masa dia ngajor dia 'wee wee' aka potty training. sebenonya stok pampers kat umah dah abish kira dah cukup lah alasan pempers takde so kena wee wee kat potty. tak dan nak g beli. sesaja la cuba cuba suruh dia wee wee dalam potty. haruslah dengan efek bunyik bunyian gitu. SHYYYYYYY..SHYYYYY.. dia takde nak wee pon. lamaaa duduk kat potty tu tunggu. akhirnya dengan efek bunyian mendorong untuk dia BOLEH wee wee kat potyy .. hurrayyy.. aku dah gumbira dah. soo lepas tu selang 10 minit aku tanya 'Puteri nak wee tak? Nak kencin tak?" dia slumber je jawab "Na Naakkkk" (taknak). dua menit sengah lepas tu basah dah suar.. haishh

tengari tu masa NAP aku alas punggung dia ngan plasetik recycle. blasah je lah. terbabas jugak sekali. sikit je. lepas kejutkan dia dudukan kat potty. haaaa banyakkk keluar. pastu sambung balik NAP.

petang tu dipenuhi taburan hujan kata puji pujian tepukan gemuruh disegenap ruang bila dia dah boleh bagitau nak wee wee dan mencangkung sendiri. malamnya dah restock pampers so pakaikan lah balik. eh alih alih tak nak pakai. siap suruh bukak balik pampers yang dah siap terpasang kat punggung dia. aik ?. bagus bagus GOOD GIRL! WELL DONE!

tu citer SEMALAM..

5 STAR pose

2nd day ni dah macam OK sikit berbanding 1st day. semalam 4 helai seluar basah eksiden tak dan nak cakap. hari ini bagus pulak tak ada yang terbabas. dengan poo poo sekali dia harung. bagus gak yek.

Alhamdulillah jimat duit bajet pampers mama ayah untuk kamu. waktu siang je paling koman pon 2 keping. kalo skali poo poo plus lagi sekeping. belum petang sampai malam hingga tengah tengah malam tambah lagi 3. adehhh. sehari 6-7 keping, 64 keping habis 10 hari. sebulan 3 beg. 1 beg = £7 x 3 = £21. ni bukan nak berkira dengan anak. ni nama dia bajet.. pengiraan bajet keluarga.. :)

saiz popok kat sini tak ikut S, M, L, XL... sini pakai nombor.. 1, 2, 3, 4, 4+, 5, 6.. maka Puteri punya saiz 4. tak do brand brand Pampers, Drypers, Mamy Poko ke.. sume brand Tesco, Wilkinson dan Boots (sume nama supermarket) tu pon dah lebih kurang harga kat Malaysia. kalau branded maksudnya lebih mahal lah lagi.

seksa beb nak train dia. baru aku tahu seksa. dulu2 tak tahu sangat sebab teacher nursery yang train. padan muka aku! Hakim n Hazim dulu tetiba jek dah pandai je cakap nak pegi toilet. skang bila kena buat sendiri sebab udah nama suri rumah naik gila gak. temperature marah mendadak tinggi. sabor sabor.. sudahlah kat sini kadar kekerapan stimulate bladder penuh dengan cepat. kau paham lah sejuk menyengat. alangkan dewasa pon kekerapan jadik double. ni kan budak kecik tentulah triple kerap. bagus gak ajar dia time winter ni. sebab banyak duduk rumah. maka senang skit. tapi kalau keluar dan waktu memalam kena gak pakai balik.

jap aku tengah pikir kalau budak perempuan perit skit nak latih wee wee kat park outdoor. malu lah kan nak cangkung kat mana?.. pengalaman train Hariz taklah susah mana. lelaki kann.. itupon banyak terbabas masa kat nursery sini. balik je tengok tengok dah pakai seluar lain (sluar standby). ni lom citer nak train kencing waktu malam lagi. adoiii berkerut dahi..

selang 5 minit aku tanya, kang 10 minit tanya lagi. sengaja je ulang ulang cakap banyak banyak kali supaya dia tak lupa. "adik wee wee kat sini ye" sambil tunjuk potty. dia jawab "OK", "adik nak kencing cakap yea" dia jawab "OK", "mama, nak kecin (bunyik: key chain)" melompat aku tarik je suar dia. bawak kat potty. bila dah main leka. kalau tengah nangis tekanan semakin kuat. tengah nangis tu terus je bawak pegi potty. maka kekerapan dan kelajuan ulang alik ke dapo selama sehari boleh di samakan dengan ulang alik ke town centre jalan kaki. longguh buku lali. dapo aku ni dah lah beranak tangga sebanyak satu. lutut pun crak cruk. terus boleh kena osteoporosis.

ni belum ajar yang nak ke toilet kat tingat atas (bawah xdo toilet). adoyai.. mau tercabut tempurung lutut.

anyway dia baru je 2 tahun 5 bulan.. kira awal berbanding abang abang ;) kira lewat berbanding anak mat saleh :(


6 comments:

Ana said...

suka tengok pic puteri yg 1st tu...tembam pipi cik embon yerrrr....potty training dah? bagus anak dara nie...hehehe...aku dulu tang masa adib rajin la potty training...masuk nurin x dan nk training....x larat nk bangun tengah2 malam kejut dia pi wee wee...skrg nie cam nyesal plak x ajar dia...hehehe...

Rafidah AKA Linda said...

pic 1st tu dia soh tgkap "ma, gamba gamba" kata dia. kalo time sihat mmg bolat.
tapi Puteri memalam masih lagi popok. hukhuk. abis nurin masih ngompol ke? sian ko Na..

CT annie said...

cute tengok puteri kenyit mata...
farisya sampai skang pakai pampers... tp mlm aje lah ... sbb farisya kuat nyusu.. sblm tido dah soh dia wee.. tp kencing gak..asik2 terbabas kat tilam aje... pakai aje lah pampers... tp pakai brand aldi aje.murah sikit ..

Rafidah AKA Linda said...

ct - huyoo farisya kan dah skolah. pakai pampers lagi memalam. dia sebaya hariz kan. lahir 2005. train wee memalam mmg seksa. setiap sejam kena bangun kan kalau dia nyusu. besoknya kita yg pengsan sbb ngatuk. tp xpe bole qada tido. xpe la pelan2 boleh punya..

CT annie said...

farisya lahir 2006,payah benar kejutkan dia..mesti nangis ... ayahnya kata pakai aje lah pampers ...kesian kat dia kena bangun .tu lah pasal sampai skang dia pakai pampers.tp tgh ct tgh usha kan jugak kejutkan iesya .

Rafidah said...

ct - bagus ct .. chaiyokkk!