Friday 21 January 2011

Silibus Sekolah - Part 1

ini saja la nak share cara pembelajaran kat sini ...

1. Handwriting

entry entry sebelom ni aku ada bagitau handwriting Hazim cantik. cantik yang aku pon tak leh buat lah.

Hazim mula skolah kat sini Year One (Whitehall Infant School). so masa dia tadika kat Educare UIAM dulu belaja writing macam biasa biasa je. pakai buku yang ade line merah biru merah biru tu kan. jari masih lembut nak bentuk supaya tulisan jadik cantik. datang sini still ada belajar handwriting. tapiiii.. lain skit..

handwriting mereka ialah tulisan sambung. semua bersambung. kalau tak sambung teacher dia suruh buat semula hingga bersambung. so selama setahun dia latih tulisan sambung jadi bila Year Two tulisan dia dah cantik dah.

tak caya cuba tengok ni....

yang ni kiranya teacher dia suruh buat laporan la apa yg dia buat weekend

ayat yang last tu .. tulisan teacher dia.
(ko abai kan grammer budak skolah ni yeh :D)


aku sendiri kagum tengok tulisan dia. aku rasa aku nak buat ni masa darjah 6 baru boleh kot. memang hebat lah.. teacher dia memang sungguh sungguh ajar tulisan ni. memang ada dalam key target utk handwriting cenggini. kalau salah buat semula. salah buat lagi. KALAH tulisan ayah. conteng conteng.

kalau tengok tulisan matsaleh yang dah tua tua atau kat universiti .. cuba korang perhatikan. tulisan dorang tak cantik. tulis sebiji sebiji jarak jarak.. macam malas tulis. sekarang kat skolah dah serap buat tulisan macam ni untuk future la gaknya.

2. Times Table Test

sekarang Year 3 dan Year 4 (Whiteall Junior School) sedang bertungkus lumus menghafal sifir. sama lah macam kat Mesia jugak kan. Math ni kan atas dasar latihan. banyak latihan lagi teror lah.. melainkan kau dilahirkan genius.

ok aku nak share cara latihan darab .. kata mak aku hapal sipir. hihi


teacher sediakan kertas A4 ada table macam ni je. so kena buat every day 1 table pon dah cukup. every week ade 1 je A4 paper. table depan belakang. bawah setiap table tu tercatat time. maksudnya kena buat stopwatch la. aku selalu suruh Hakim dan Hazim berlumba lumba buat. catat time sapa paling cepat. baru semangat nak buat. lepas tu boleh kira score (markah kan).

kat Mesia aku tak tahu lah latihan nya cemana. sebab Hakim sempat setahun je skolah Darjah 1 kat Sg Pusu Gombak nun. idea buat jadual macam ni simple dan macam senang nak buat untuk kanak2. secara tak langsung mereka TERHAFAL kalau buat latihan camni. asyik dok la berzikir hafal sifir bagus jugak latihan camni. cuba lahh..

ada lagi .. akan bersambung..next next entry..

2 comments:

Ana said...

waaa...bravo Hazim...cantik tulisan yea...harap2 sok kt mesia masih teruskan tulisan cam gini...mat saleh mmg particular tang tulisan...kadang2 kalo ko tgk tulisan org2 tua lagi susah nak baca....tambah plak campur ngan tatabahasa yg kita sendiri x pernah jumpa...merangkak2 nk membaca...well done Hazim...keep up the good work..!!!!

Rafidah AKA Linda said...

itu la aku tengok pon whoaaaa... terkejut sbb cantik. aku pon xleh buat.