Monday 17 January 2011

Oxtail Soup

Salam

aku rasa macam dah lama tak citer pasal masak masak makan aku buat sendiri. asyik citer orang masak dan aku makan. sebab graph mood masak yang bombastik bombastik dah menurun hingga paras zero. dah nak negatif dah. bukan lah artinya tak masak langsung. tak masak kebulur oii.. nak makan kat luar JAUHHH sekali la kan. aku dok ulang la masak benda sama pusing pusing 360 darjah. macam malas nak pikir berat berat. hari ni kurma, besok sup, lusa kari, tulat masak lemak cili api, next tulat ayam goreng kfc. pusing lagi..bla.. bla.. blaa.. hari ni ayam, besok ikan goreng, lusa daging, tulat telor goreng, next tulat fish fillet... pusing balik..bla..bla..blaa..

sampai DC tanya nak beli apa abang nak g beli lauk ni ? haih.. tak tau lah nak apa.. biasa je lah. bukan kita sekuaga nak makan daging gajah ke, goreng kulit buaya ke, sup tanduk rusa ke.. tak ada lah kan.. kang kalo masak pelik pelik ala ala chef Gordon Ramsy kang ade lah orang tu tak suka lah. orang ni tak mahu lah. haaaa masak je SEMUA makan. sonang cito..

ini citer hari ni. fresh lagi masih panas. hari ni hujan tak berhenti dari bangun tido sampai nak tido balik pon tak berhenti lagi. pagi pagi macam biasa lah lepas urusan anak anak ke sekolah.. rutin yang tak tinggal adalah buat breakfast utk aku dan dc pulok. adoiiii.. aku masak hari hari rasa buntu nya nak masak apa. hangin barat daya betul pagi ni tak mahu masak. bukan mogok tapi memang tak mahu. sesekali tak mahu OK lah kan. hari hari tak mau masak memang nak kena penampo. eh entah memang hari ni jawapan dia tak de MOVE nak masak breakfast .. makan je lah apa apa ade. roti ka. cereal ka susu ka. biskut biskut ka. hari hari makan berat sana berat situ berat. haku pon dah naik BERAT dah. adoiii dah lah lemak musim winter ni tak terbakar langsung. kang lepas makan tertido. bangun tido lapa .. tu je keja. mana la tak tepu lemak weii. muka pon naik SEMBAP. heh takkan aku nak menyangkul bakar lemak sejuk bedi ni. tak kena ok !

bila dh tak breakfast heavy pepagi mulalah nak makan berat berkelo kilo dengan kadar kecepatan terburu buru serta kemengigilan sebab lapo. urghhh punya silap pegi rebus OXTAIL. erkkkk punya lama gilak nak masak. DC 2-3 kali turun dapo tak masak masak lagi .. haha kesian.
tapi sekali dah siap mak aihhh setengah piuk nasi abish. kena pulak chocha syahdu syahdan hujan sama rentak dengan perut lapa bunyik.

pelik eh bunyik Oxtail .. lagi buruks bunyik kalau dalam bahasa melayu. ekor kerbau. macam nak ketawa.. ketawalah sekarang. kalau dh jadik sup takyah la ko sebut kerbau tu. cakap sup ekor sudah lah. sebut sup ayam OK je. jangan la ko bayangkan kerbau tu.

SEDAP WEII.. sedap kalao makan kat kedai tapi lagi sedap buat sendiri. stail aku buat ... rebus je sup sampai empuk. sampai lembut longlai. api perlahan. kalau periuk besar tutup. kalau piuk kecik xyah tutup kang membuak air. kalau air dah susut ko top up je la. api perlahan tak payah lah duduk tertonggok depan sup tu tunggu sampai dia masak. biar api memasak secara sendiri. sambil tu boleh melayang FB ..hehehe

start rebus sejak pukul doblas. mak aihh pukul 3 baru empuks. ermmm menggelodak perut. kalau nak teray sup yang marvelos ni boleh la pollow stail mak aku. bila sup dah empuk. baru buat rempah nya dalam kuali yang lain. tumis bawang besar, bawang putih, halia (dichopper), kayu manis, bunga lawang, semua spesis kayu kayan yg sewaktu dengannya. bila bwang dh garing skit. masuk rempah sup dalam 1 sudu rempah sup (depend bape byak sup ko tu). goreng lama skit. lepas tu baru terjun kan rempah masak tadi dalam rebusan sup tadi. biar sebati dalam sup. then barulah masuk carot (potong bulat). bila carot dh lembut baru masuk kan celeri
(potong serong), tomato (potong baji) sebagai efek masam dan cili api (4-5 ketul dah la) beri halwa pedas skit akhir skali garam. walaaahhh umphh tak tipu punya. xceli cara masak sama je kan. mungkin ade gak yg masak stail ni. saja je nak manjangkan citer.

citer banyak pon tak guna kan.. meh tengok gamba lah. panggil orang kampung semua tengok yeh..


sangat indah dinikmati ketika hujan lebat mencurah. err masa kemarau pon boleh jugak. apatah lagi kalau hujan panas.. hurmmm makan sampai meleleh peluh ..hukhukhuk..

makan dengan anak anak kena asingkan dengan yang pedas dan yang tak.. kang ade lak yg mogok xmo makan. Puteri pon shuke.. nak shoup nak shoup.. kata dia..


tengok la cik kak ni.. ber ia iya hirup sup. huhuhu.

hokeh.. akhir kata pinjam ayat kata chef wan jap.."selamat mencuba yea puan puaaan" hahahaha.


2 comments:

Ana said...

wooiiii....aku nak gak oxtail soup!!!!(ceh...nak gaks sebut matsaleh style...buekksss...)mengancam jiwa raga aku nih...tambah plak puteri yg menggayakan cara hirupan paling seksyi...terseksya i youuuu....(bila tengok sup ko ni mcm nak gi makan sup taman melati la dot...hehehe)

Rafidah AKA Linda said...

adehhhh lama btol tak makan kat sup tmn melati kan kan.. nanti aku balik kita pulun eh. sambil cerita ceriti.. :)