Monday 24 January 2011

Dapur Malaysia @ Westfield

Salam,

22 Jan 2011 – Sabtu

Malam semalam DC dapat info yang kat Wesfield ada Malaysian Kitchen nak bukak booth sempena Winter. Malaysian Kitchen ni sebenarnya adalah Persatuan Café Café atau semua restoran milik rakyat Malaysia. bukan warong eh. Eh kat UK ni mano lah ado warong. eerk kalau ada kan best. Tengah membayangkan lepaks kat warung bawah pokok di London sambil hirup oksigen sejuk. Muahahaa.. berangan!

Whoaaa !! sebut pasal Malaysian Kitchen je mula lah tebayang MAKANANNNNN.. apa yek nak makan makanan yang tak buleh bikin dengan sendiri secara sedap. Haha.. ouhhhh yeahh.. nak satey nak sateyy nak satey (bayangkan iklan monyet nak buah cili dalam iklan lama tu) dari rumah dah membayangkan satey.. nyum nyum..

Soo pagi tu bangun lewat la skit nak skip breakfast eh bukan lah tak makan langsung. Tapi nak makan macam orang papa la. Bukan mama papa tu .. macam orang miskin la. Hukhuk.. punyalah nak spare ruang perut ni kengkonon nak makan gelojoh yang banyak la. bunga bunga hati ni nak pegi. Dah sampai tu tercarik carik la lokasi kat manalahhh booth ni dipacakkan.

Ecehhhhh DC dok bayangkan ianya dalam bangunan Westfield la. Dengan gaya santai slumbernya tinggal la jacket winter dalam kereta. Malas lah nak pakai. Haku pon soh budak2 ni pakai jumper jek. Termasuk haku skali.. .. sekali dorang bukak booth kat luar bangunan Westfield daaaa.. HAHAH hamekk ko makan dalam kesejukan ditokok pulak perut yang lapar extreme. kahkahkah... Kak NORSHAM yang bagitau.

Terserempak ngan member DC masa pegi BTN before datang London. Norsham nama dia. Dia dok Cambridge. Hehehehe boleh le melawat Uni Cambridge pulak lepas ni. alang2 membe dah ngajak tu. Save Accommodation. Best best.. dia lagi hebat anak 5 orang. Yang ke 5 tu lahir kat Cambridge. Siap pos ke Malaysia, kakak dia jaga sebab nak concentrate study. Soo yang ada ngan dia 4 orang je. Pengorbanan betul la kan.

Hakim dok ingat JAMUAN Raya ke hapa. Ade ke patut dia gi mintak je ngan makcik yang jual tu. I want this want that want those.. ngeh ngeh ngeh.. cecepat aku tarik baju dia pelan pelan. Hei sayang ini bukan jamuan makan yang buleh makan FREE .. kena BAYAR nak.. orang yang menjual tu senyum2 je.

Round round la dulu tenguk tengok ada jual apa? OK jugak banyak pilihan. Tapi lebih hebat Malaysian Night Market masa kat Trafalgar Square dulu. Tengok tengok booth yang jual satey kena berato panjang. Sighhh.. but adinda isteri nak jugak kan. Maka nya kekanda suami kena lah berato jugak dalam kedinginan. Kesian. Tulah pakai T-Shirt je. Padan ngan muka kami. DC tengah berato aku panjangkan leher yang pendek tengok booth lain. Alamak nampak best pulak RENDANG Mussel. Nama meleyunnya KEPAH. Nak makan rendang kerang tak adalah jumpa. Kerang susah lah nak dapat kat sini. Tidak lah pulak dorang menjual rendang semata mata. Urghhhh kena makan lak ngan nasik lemak. Haha padahal selalu je buat sendiri nasi lemak.

ni la view Malaysian Kitchen.. tu bumbung merah kuning tu booth gerai nya

HARGA? Hamper bubuh diri nenguknya… satey 5 cucuk lima pound, nasi lemak ngan rendang kepah seciput 5 pound, roti bom 2 keping ngan kuah dhal 3 pound, keledek goreng 3 ketul 3 pound, mee goreng mamak ngan ayam goreng rempah seketul 5 pound…£21 (kalau masak boleh makan 15 orang ..)

Jumpa lak booth jual bahan instant rencah masakan.. beli lagi. plan nya senang la nanti kut kut lah nak bercoti coti UK. Rencang Rendang Instant, Rencah Masak Lemak Cili Api Instant, Sambal Tumis Instant. Semua brand ALIF. Murah pulak dorang jual sepeket 1 pound. Nampak Meggi manggil manggil suruh beli. Sesekali teringin gak makan megi perisa Asam Laksa dan Kari. Pastu pakcik (cina) yang jual suruh pulak beli air kotak Milo dia bagi £2.50 ada 6 kotak kecik murah pulak kat aku sebab last stok.. before tu dia jual £3 . Amek la jugak mandangkan dah lama tak minum milo. Wah anak2 suka kemain. Rasa macam kat Malaysia lah. Nasib 3 bulan je acara macam ni. Kalo dak pengsan sebab bankrupt.

5 cucuk satey gebu dimakan dengan CATUnya untuk kami ber6. Sedih kan.. Alhamdulillah dapat gak merasa satey yang sedap. Mahu yang kat kedai jugak yang sedapnya. Pesal tah buat sendiri manjang tak jadik. Marah betul.

Meh tengok gambar gambar sekitar acara ini berlansung..

Dah macam pelarian pendatang halal…

Berpeleleseran makan.. tak tenang dibuatnya.

Puteri lari sana lari sini. Tersungkur sana tergolek sini.

LAPAR betul muka Hazim..:D

menikmati AIR KOTAK MILO

aksi JEJAKA KEBAL .. :P

Abis jek acara ni memasing dah kesejukkan sampai biru tangan bibir sume. Menggelabah carik toilet. Mujur bangunan Westfield dekat 43 tapak je. Kalo dak beku la kami kat luar. Mat Saleh pon respek lah.. KEBAL betul .. padahal..

Ronda ronda dalam Westfield sebab nak kan heater.. then baru la kitowang pulang ke pangkal jalan.. tak buleh lelama la hai kat tempat orang kaya kaya macam tu.. parking je dah £7.50 .. HUHU.

jumpa ramai orang Malaysia tapi lebih ramai OMPUTEH.. mat saleh suka betul la makanan Malaysia. korang kena bangga ngan menu mesia tau.. jumpa Malaysian pon just hai hai sempat bagi salam je. bukan sombong tapi jalan dengan anak anak kat tempat ramai orang memang tak sesuai nak cerita panjang. kau tahu lah jumpa org Mesia kang nak tanya asal usul lagi tanya itu tanya ini. malas betul. tak suka. dah lah borak bukan boleh concentrate. mata aku ni melilau tengok anak. kang ilang putih pulak mata. biar lah orang nak kata sombong asalkan anak aku tak hilang. nak citer panjang2 amik no tipon takpon bagi je nama kat FB. lebih bagus datang rumah terus .. haaaa borak lah sampai lebam.. :)

Sampai umah Hakim dan Hazim sibuk ngan acara apa tah kat rumah kawan dorang nama Oscar. Party katanya. Dah terlewat pon. Tapi nak jugak pegi.

Petang tu pukul 7 dah lapar balik. Itulah penangan winter memang lah cepat lapar. Tunggu 4 dara pinggitan yang comei loteh datang..makan ramai ramai. layan MOVIE MELAYU.... SYIOK betul sampai pukul 2 pagi.. dorang sleepover kat sini. besoknya haku yang terbungkang sampai pukul 10 .. buat BRUNCH je lah. Nasik Lemak lagi.. hahaha makin tebel la lemaks aku.. muahahaaa..

OK ni je laporan dari BUKAN dapur aku. tapi DAPUR MALAYSIA..


No comments: