Monday 24 January 2011

Silibus Sekolah - Part 2

...sambungan entry yang lepas

3. Buku Latihan / Nota

sejak skolah kat sini memang tak ada buku latihan yang bercetak apatah lagi buku teks yang tebal tebal tu. memang tak ada bayang. teacher kalau nak bagi homework hanya leaflet sehelai dua. yang ada hanya semua buku tulis untuk buat latihan semua kat skolah. hujung tahun dah habis tahun nak naik kelas lain baru amek semua buku tulis latihan yang simpan kat skolah. berlungguk lungguk.haaa masa tu lah boleh tengok hasil keja dorang selama setahun kat skolah. sorang sebakul.. 3 orang maka 3 bakul. termasuk kraftangan atau apa apa projek yang mereka buat kat skolah. BAGUS kan.. tidaklah sampai nak tumbang senget benget bahu nak mikul buku tebal ke sana ke mari semata nak belajar untuk sehari guna sehelai dua je. BEZA kan.

OK kali ni 1st time teacher Hakim suruh beli buku nota untuk rujukan kat rumah kalau ada homework. buat pertama kali lepas 2 tahun skolah sini. hanya 3 buah buku nota Sains, Maths and English. nota tu just note note penting tips untuk setiap subjek. ringkat padat dan nipis je.

ini la buku nya..


jom intai apa dalam dia. skali imbas memang macam 'alah lebey kurang je ngan buku kat M'sia'.

BUT telek sesatu.. ada kelainan skit. meh amik 1 contoh ... Mental Arithmetic.. setahu aku dan aku tanya bebudak student yang bujang yang baru habis skolah kata Mental Arithmatic ni tak ada di ajar kat skolah..kalau nak belajar mental arithmetic ni kena amik tuisyen luar (bayar mahal) TAPIIII di sini.. ianya salah satu silibus pelajar. mereka ajar jugak cara kira ortodoks.. err maksunya kiraan kalau tolak tu tak cukup main pinjam pinjam tu.. kalau kiraan campur tu satu naik atas. haha.. tak pasal pasal kena imbas balik matematik masa skolah dulu.

bila dorang (students undergrad) baca buku nota sains tu .. mereka kata "eh kami belajar ni masa sekolah menengah" maksudnya year 4-5 (darjah 4/5) dah belajar silibus tingkatan 2-3 di Malaysia. kiranya sini punya level silibus tinggi. skolah rendah dah blaja apa skolah menengah punya silibus. makaaa High School (Sek Men) dah kena buat assignment wehhh.. haaa tengokk tinggi preparation untuk ke Universiti lebih awal di prektis. that's why mereka lebih maju dari kita.

4. Reading Record

hari hari tak boleh miss tertinggal dalam sehari pun mesti kena MEMBACA..baca lah apa sahaja then recordkan. nampak tak. teacher dan sekolah tanamkan minat membaca sejak di Nursery. sebab sekolah mula dari 3 tahun walau kelas hanya 3 jam je kelas tapi tetap ada reading record. apatah lagi year 1 ke atas adalah wajib baca. ini sebenarnya di panggil budaya. budaya ni sebenarnya dah di serap kat baby lagi. sejak anak dah boleh mula mendengar dah kena ajar dia dengan cara memperdengarkan cerita.. like bedtime story. kita orang melayu pon ade jugak yang dah lama tiru stail ni. cuma tak menyeluruh. ada yang buat ada yang tak buat.

kat sini anak anak aku dok tanya dan suruh aku baca buku untuk dorang sebelum tido. erkk biasa lah kan banyak nak settle hal2 rumah. update blog lagi :P, kemas dapo setelah seharian masak masak.
asyik lupa. bila aku bacakan asyik lah kena tegur je ngan Hakim dan Hazim sebab salah pronouns MAKA aku suruh je mereka baca sendiri sebelum tido :P lepas bedtime story then doa pastu tido.

tengokkk .. sampai anak suruh mak dia baca kan. punya lah tak biasa nak buat. kamu? ada ? anak buah tak kira eh.. hahaha tak laa.. anak buah pon boleh jugak buat belatih. nanti nanti ada anak sendiri terus tak kekok.

OK to be continue lagi yea... untuk part part yang seterusnya

aku bukanlah nak sanjung sanjung atau puji lebey lebeyy cara orang sini tapi kalau benda baik tak salah ikot. BUT banyak gak menda2 hampeh tinggalkan laa kannnnnn.. nanti nanti next next entry aku cerita bab bab hampeh yang tak boleh ikut tu yeh. xleh campur aduk. fenin nanti. bila dah duduk sini dah boleh perhati la mana mana perkara baik, perkara maju boleh ikut
... perkara rosak lagi merosakkan diri buang la jauh jauh. ini baru betul BUANG YANG KERUH ..AMBIL YANG JERNIH.

apa pun pengalaman setiap orang yang tinggal kat UK ni berbeda beda dong. ini hanya pengalaman aku je..



No comments: