Sunday 2 January 2011

DUA TAHUN masa berlalu..part 1

1 JAN 2011

1 JAN 2009 yang lalu.. date ni lah kami sampai UK. berdebar debar kuar dari kapal terbang. iya arr takut gak imegresyen tanya panjang panjang xleh nak jawap dia hantar balik Malaysia balik haaa cemana? punah harapan DC nak buat PhD kat sini. xpe lah tak start lagi rugi duit tambang je RM14,940.. murah kan! hahaha ko terbalikkan la.. MAHAL gilaaa.. mcm2 bleh dapat dengan duit sebanyak tu. apapun kami anggap pengorbanan yang tak terhitung dengan duit. duit sendiri weh..sedih arr bila ingat balik. TERPAKSA jual Apartment kami yang kat Taman Sri Gombak tu sebab nak buat flight ticket kami sekeluarga. entahlah kenapa UniKL or MARA tak sponsor. bukan kami je. semua yg datang belajar kat sini under UniKL dorang tak sponsor family flight ticket. sedih tak dengar? elaun bagi pulak tu. isk tak paham aku haih.. lain lah kami ni anak keturunan kaya raya .. boleh lah self sponsored.

pengawai imegresen tengok anak ramai lari sana lari sini. dia pon pening so dia cepat cepat kasik kluar. hahaha. mereka tak cek bag langsung. cis! kalo ku tahu akan ku bawak cencalok 10 botol, belacan 10 bongkos dan macam macam makanan exotic Malaysia lain lagi.

terjenguk jenguk mencarik orang yang sambut kami .. tapi takde.. gelabah dah mana nak pegi ni. anak anak dah semakin melasak dengan xtvt lari lari. adehh fenin fenin. yea arrr dorang dah puas tido kat dalam flight. aisehh kami je dapat 2 jam je tido sebab Puteri masa tu baby 4-5 bulan nangis sepanjang penerbangan. hiruk pikuk dibuatnya. DC col tak dapat. apa pun TUNGGU je pasrah. at last kami nak carik surau je. baru nak mencarik surau Pak Raziff pon datang, lepas tu Kak Lip.. fuhhhh legaaa..

aku dah penah citer ni dulu ... mcm dejavu lah.. mereka bawak bermalam di Brunnel Lodge. MAHAL..bayangkan £100 utk 1 malam. tido situ 3 malam je. nak carik rumah lama lagi. kopak lah nak bayo. duit macam AIR.. keperluan bawak sikit je. 3 beg besar untuk 6 orang. byak menda kena beli lagi. decide pindah Travel Lodge Uxbridge. pon mahal jugak £50 untuk 1 malam. rate tak sama setiap hari. dah lah tak booking. tapi OK lah better dari Lodge yg 1st tu. dah lah bau setanggi kuat. nak pengsan. hari hari pun kena update bayar tiap hari kata nak duduk lagi besoknya. datang waktu winter mcm ni siksa. keluar sejuk. sedangkan kena keluar hari hari untuk carik rumah sewa, beli keperluan, beli makanan. masa tu memang shock. aku tak pernah datang London. DC pulak gelabah sebab 1st time bwak family camni ramai2. soo duduklah kami kat Travelodge Uxbridge tu 7 malam. kiralah berapa duit habis. sighh..

dengan Rice Cooker tak bawak. hari hari makan kebab yg kat Town tu. sehari sekali je makan. sebab mahal. lagipon bnyak. anak2 makan fries. bila dah beli rice cooker hari ke 6 tu barulah jumpa nasi. tu pon masak dalam takut takut sebab takut smoke detector bunyik. nahas. hotel mat saleh camni arrr.. berjaya jugak bikin telur dadar dalam rice cooker. nasik dengan kicap. selang seli nasik lauk kebab. hentam je lah. shock betul kelaparan tak terhingga walau tak keluar hotel pon. sejuk dan lapar. aku banyak duduk hotel je jaga anak. DC lah beli barang kuali periuk belanga, brg letrik semuanya. aku ikut je. hari ke10 Alhamdulillah dapat dah rumah sewa. dekat je. ulang alik hantar barang keperluan ke rumah sewa tu. 83 bridge road yang kami duduk hingga saat ini dan hingga saat terakhir disini jugak InsyaAllah.

boring, pressure, takut .. semua perasaan ada mase duduk hotel. Hakim Hazim Hariz tengah aktif. lompat lompat dalam hotel. aku takut orang len komplen. jenuh mendiamkan mereka. tv terpasang channel CBBC pon tak endah. aku dalam hotel hanya duduk saja, masak, makan, jaga anak anak. semua kerana gara gara susah jugak nak dapatkan rumah sewa. panjang citer..

datang sini New Year.. dah lah cuti. Universiti cuti start before Krismas sampai 2 minggu. nak kena register Uni dulu 5 Jan 2008. dah register Uni. barulah boleh buat proses lain macam buat account bank, agent carik rumah boleh settle clearance cek akaun elaun dr Malaysia. kena pulak 6-7 tu sabtu ahad Malaysia pulak cuti. heh.. drag lagi timing. so 8-9 hb tu barulah clear dan baru agent kasik duduk rumah ni. moralnya bila drag timing duit pon terbang.

nak dapatkan rumah ni pon bukan senang. memula tuan rumah husband dia mcm xmo bagi sebab anak kami ramai takut rumah rosak. nasib agent OK kata dia mintak kami tambah half lagi deposit utk yakinkan kami jaga rumah dia. wife tuan rumah tu OK je. dah lah kena duduk rumah 3 bilik which is mahal gilos.. £975 sebulan. cuba ko kira berapa duit Malaysia dan banglo boleh duduk kalau di Malaysia OK.. mintak mintak tuan rumah tak adalah naikkan sewa sampai kami nak balik nanti.. marilah doa. sebab sekarang rate rumah 3 bilik semua dah £1K keatas woo..

kenapa 3 bilik.? elehhh kata agen kat sini tak boleh anak 4 kena 3 bilik kononya 1 bilik parent, 1 bilik for sons dan 1 bilik for daughter. ih ih .. ikut undeng undeng sungguh lah. padalah kami guna 2 je bilik. ye arr bilik 1 lagi kat bawah sume takut nak tido. pehtu lak nak nyewa rumah kat London WAJIB pakai agent. xleh main sewa sewa sendiri. tapi bila dah lama kat sini ade je kengkawan yang deal sendiri dengan tuan rumah senyap senyap. kalo selamat xpe lah. deposit pon ade sesuatu agensi yg pegang. memula bank in duit sewa pon melalui agent. tapi dah 2nd year ritu kami direct je ngan tuan rumah tapi agent still amek skit. komisen gaknya.

bersambung ahh.. penat pulak nak story pepanjang ...banyak lagi citer tungguuuuu.. haha kalo xde yg tunggu entry ni untuk kenang kenangan kami. untuk reference anak2 kalau2 mereka nak belajaq kat sini nanti. biar mereka sedar betapa strees nya duduk UK dengan keluarga. bujang senang eh. bawak diri je..

xde gamba pulak.. besok lah upload gamba lama yeh. kena carik dolu..


No comments: