Thursday, 17 February 2011

Bacalah Anakku cara Mat Saleh

kali ni aku nak share ngan pembaca berstatus ibu, emak, mama, umi .. apa lagi yek.. apa apa lah. yang bukan ibu pon boleh gak kutlah suatu hari nanti dah jadik ibu boleh buat rujukan. kan kan .. eh ini sudut INFO la. syabas aku :D

Bacalah Anakku tu kan buku Cara Membaca ikut sebutan (Phonics) dalam Bahasa Melayu kat Malaysia kan. bagus lah buku tu. anak jadik cepat membaca. dah tak baca A, B C dah. terus je Aaaa Bhaaa Chaaa. tapi ada skolah yang tak guna pon cara tu. tapi tak tahu lah yang latest ni sejak kitorang kat sini. kotlah Mesia dah naik taraf silibus nya. nanti pembaca berpanggilan cekgu cekgu boleh komen yeh. Hakim dan Hazim dulu blaja Bacalah Anakku tu masa kat Taska UIAM.

kat London ni, pakai flash card sebiji la ala ala dalam buku Bacalah Anakku tu. TAPI ada KELAINAN skit. ni kat skolah anak anak aku laa.. Whitehall Infant School. skolah lain aku tak pasti. sebab ni pengalaman. yang guna ni Hariz lah. umo dia 10 April ni 5 tahun. skang ni belom lagi. masih di kira 4 tahun la an. ikut bulan kelahiran jugak skolah sini.

ok teacher dia bagi Flash Card skolah buat sendiri. alaaa pakai ketas kale jek. jimat skit an.. camni la rupa dia



-ni di kira sebagai sukukata dan huruf single-

untuk membaca dalam english terus sebut bunyik (Phonics) tak boleh nak A, B, C.. terus Ah Ah Ah.. Beh Beh Beh.. eh memang bunyik macam tu. ce teray ce teray.. kelainan cemana ??

OK OK tengok gamba bawah ni pulak ..

-flash card yang sama cuma aku terbalikkan-
kiranya ni view belakang kad tu


see.. setiap sebutan tu ada BUNYI, GAMBAR dan BUAT GAYA.. kan kan lain skit kan. dari segi teori kajian laa .. budak budak mudah mengingat sesuatu bila bergambar dan tambah satu lagi membuat gaya. haaa kalo ko duk Universiti macam kena buat presentation tu laa.. jangan marah marah kalo lecturer soh buat presentation. malu lah. tak reti lah.. biasa tu ! banyak alasan..

aku amik satu contoh laaa..ok yang ni.. huruf dalam sukukata english



yang kat bawah ni pulak gamba dalam gaya perbuatan. siap penerangan lagi cemana nak bunyikkan dia dan gaya cemana kena buat. sooooo bila kena buat gaya budak budak senang ingat. terbukti ni. Hariz dah boleh ingat dalam masa 2 bulan jek. 2 bulan untuk anak kepada mama dan a
yah dia yang cakap Melayu kat rumah ..hihi.. kalau aku ngan DC belasah cakap english tentu lagi cepat kot. BUTTT kena prektis lah hari hari takleh la skip skip kat rumah. erkk aku kengkadang skip gak. tapi dia boleh buat sendiri kalau aku tak temankan. sebab kat skolah pun dia blajaq tu jugak la. Puteri dengar pun dia tiru jugak. so adik pun dapat belajar jugak. untung kan.

ok tengok aku close up satu yeh..


Hariz ada banyak flash card ni. macam macam gaya ada. gaya lucu. gaya seius. gaya geletek. gaya lompat lompat. banyak ah. teacher suruh simpan bawak balik rumah prektis. aku tak pasti phonic Bacalah Anakku tu ikut cara belajar orang UK or US. setahunya tak ada membuat gaya. hanya sebutan je.

nampak tak dorang advance skit cara belajar dan peng ajaran dia kepada kanak kanak. Haris punya english skang dah iku slang British. haih cakap Melayu pun dah bunyik gaya omputeh. berlenggok lenggok. kengkadang aku yg tak paham dia. dia plak tak paham aku. adoiii..

mama : Harizz! pegi pakai seluar cepat (biasa la kan guna bahasa pasar kat rumah)

hariz : What is seeeeluuuaaarrrr.. ? (sampai senget molot sebut seluar)

mama : laaa 'trousers' lah.. (sambil bulatkan mata)

hariz : oh ok .. (senyum senyum blur)


5 comments:

Ana said...

laaa...ni mcm ala ala Iqra' kat sini la tu...bebudak belajar baca muqaddam cepat...memang bagus cara mcm tu..cepat dan mudah... tak mcm kita dodulu...alif di atas aaaa...alif di bawah eeee....hehehe...

rafidah said...

iya sama.. TAPI budak2 kena buat buat gaya mengikut bunyi.. :))

The Nurul said...

amboi kemain hariz. mesti sedap kan dia speaking

Ein Auzai'y said...

mmmm..sekarang dah macam2..macam2 cara ada...macam2 teknik...

rafidah said...

nurul - ckap melayu dh senget senget..ahaha

Ein - betul betul betul. kita mak mak ni pon kena macam macam jugak mengayakannya..hehe