Sunday, 27 February 2011

Clarks Village - jalan2 je

23 Feb 2011 - Rabu

plan nak keluar rumah pukul 8 pagi. tapi hampeh. ngok ngek ngok ngek ngan anak anak masak masak laa.. last2 pukul nak dekat pukul 10 kuar..

pagi tu hujan renyai. bila hujan mula la xtra sejuk dari biasa. tengah highway berkabus. kat depan nampak hanya 3 keta je. pemandangan lain berasap je putih. dalam keta jugak sama sama berkabus. DC terpaksa bukak tingkap sikit bagi nak ngilangkan kabus tebal. takleh nak tengok depan. lap lap pon xmo ilang. bila dah bukak tingkap dalam keadaan keta bergerak. mak aih sejuk la apa lagi. ghrasa nak patah balik amek duvet yang 15 tog. :P

12 tengahari lebih skit sampai Kampung Clark. aku dok bayang dalam pale ni tempat tu dipenuhi ngan kasut kasut sana sini. udah nama 'clarks' kan. tentulah kasut bersepah sepah. rupanya TIDAK.. tempat tu macam outlet semua brand la. ce bukak ce bukak website dia.. SINI..

kiranya tempat ni LUBUK soping la. ate udoh nama kampung. serius betul punya kampung la. kalo ko datang bawak duit bekepuk kepuk memang berbaloi la. macam kitorang beli tingkap je. sambil posin posing. ngeh ngeh. nak kabo kat orang Mesia "Haku dah sampai Clark Village hoiiii" kahkahkah..



pe lagi masuk pintu sana kuar pintu sini. sume deme kata diskaun tapi aku gulp gulp kata mahal jugak. apa la pelanggan ni tak menjana ekonomi UK lah. membazir dorang ade pelanggan macam kami. penat kejo anak anak je lebih. pandai dorang ni buat tempat soping hebat hebat pastu sedia playground bagi anak anak leka. mak meroyan soping. aku tengok orang la. bergayut gayut beg soping.

tak shopping pon penat?



melihat view perkampungan encik Clarks



ade meja kusi kedai kat situ DC slumberland je makan nasik lemak lauk ayam merah. hahahaa.. mat saleh mandang kitorang macam kitorang mandang bangla kalau kat Malaysia. DC kata "alang alang dah mandang kita mcm bangla. meh la kita buat muka selenga macam bangla gak. buat blur jeee.." hahaha terpelik pelik mat saleh yang tekulat kulat makan sandwich.. ce ko bayangkan.


ni playground castle




puas ronda tawaf sampai dapat title window shopping mabrur. barulah lastt skali masuk kedai kasut Clark. syahdu tengok kasut anak anak sejak mai sini tak penah beli. asyik beli kat Car Boot je. tupun dah 60% lunyai. sampai kat depa 100% lah lunyai. yang ade baru pon kasut skolah. yang lain sume dah ranap. so skang yang tinggal nyawa ikan is kasut skolah. tu lah kasut skolah tu lah kasut pegi park. tu lah kasut pi jalan jalan. tu lah kasut pi main beskal. main blakang rumah. lenjan sampai rabak.

OK la OK bole la beli. tu pon stelah pikir 7-8 kali woh. syarat nya.. sorang hanya sepasang. sepasang tak boleh lebih £15. pilih yang tahan lama sampai boleh bawak balik M'sia. x mo kale putih nanti cepat kotor. pilih nampak mahal tapi nak yang murah. haha gila banyak syarat. ngalahkan nak minang Puteri Gunung Ledang.

murah lah kasut clark kat UK ni. Hakim dan Hazim punya sama saiz sama design dari £19 lepas dikaun dapat £12. Hariz punya dari £29 lepas diskaun dapat £19 sebab kasut dia x jumpa yang muroh dan saiz susah carik. yela yang diskaun cepat le habisnya. siap ade lampu lip lap lagi. kesian x penah beli kan kat dia kasut baru soo approve kan lah. Puteri punya dari £20 dapat £9.90 ada banyak design corak kaler yang beza. rambang mata pilih sume rega sama. gila kejap. kalau kat Mesia rega dia lalu depan kedai pon boleh kena sawan oi.. sawan terkujat tekejut sebab slipar nampak mcm bodo2 tu je dh RM250 ..ngaaaaahhh..

err macam biasa ..kirim kirim with money only haa. no money no kirim :D

habis ronda ronda click sana click sini ..tiba tiba.... "err sir, u can't take picture in this village" hoh????? OK .. laaa rhopenya tak leh amek gambo. nasib dah nak kluar baru security tegur. dah banyak kitorang amik gamba laaa.. ceh



sooo OK laa tak dapat meroyan soping macam orang orang kaya, dapat tengok pon jadik laaa.. hahaha tu pon dh bleh ilangkan stress. hirup udara segar sejuk di kawasan kampung. country home view memang cantik cantik. view on the way kat highway pon tenang mata mandang. ala ala balik kampung la feel dia. perjalanan timing pon macam balik Tanjung Malim jugak. cuma kita tukau je nama nya jadik SWINDON.

makin petang makin sejuk. sebelum jemari kejang dan gelap berlari mengejar siang. 4.30 petang tu kami terus tuju rumah Kak Anis untuk menjejak kasih sayang sahabat... keluarga dan sedara mara
berjuta batu jauhnya. kawan kawan BMI jadik adik bradik kami...bermalam di sana. rumah landlord Kak Anis MasyaAllah cantik.. suka suka suka.

bersambungggg...



5 comments:

fatini02 said...

hahaha...samalah kami.. ct x bawak balik paper beg pun,bawak balik beg makanan yg dah kosong,x abis pusing sbb mcm sama aje outlet dia,tengok anak main playground,tp ct yg excited nak pergi..
tp fidah ct dpt rembat kat clark york bln 1 ari tu (lps boxing day).kasut iesya £5,kasut fatini £9,kasut ct £9,ct dpt 2,tp design kasut kerja la..w/pun blk mesia x kerja .. hahah

solly pakai anak punya

fatini02 said...

tp outlet kat york murah sikit rasenya .. dekat aje ngan rumah kami ,nnt ct wajib bawakan fidah tour desinger outlet york .

Rafidah said...

ct - wahh best tu... ok ok set nanti summer holiday kami tour york plak eh jgn lupa bwak yea.. beli x beli blakang kira..hahaha

MakSuSuE said...

Kalu kt KL..masuk kedai clark..test2..letak balik..test yg lain lak..tgok rege..letak lgi..angkat kaki..mak aiiii mahal gila..kasut bodoh2 pn RM200 lebih..aritu en asben kirim kt kwn duk study kt MU..sandle RM150..sini RM250

Zie Noorzail said...

Teringin nak ke Clark village jugekk,,tapi tak tauu..sempat ke idak. InsyaAllah akan ke sana dlm bulan May2012.