Monday 28 February 2011

design rumah english @Zuhanis

sambungan entry before ...

petang tu 5.30 petang sampai umah k.Anis.. masuk masuk je . whoaaaa terpegun slama 23 saat melihat anggunnya rumah yang dia sewa. fully furnish gitu wooo.. taste orang puteh. chantek la memang chantekk.

dari luo biasa biasa je. macam kebanyakkan rumah. cuma pelik skit rumah dorang macam kat lereng bukit. nak masuk pintu depan kena naik tangga. kena bersungguh panjat nak nyampaikan ke pintu. kalo dukung Puteri mahu semput oi. kami ngan kak Anis kan senasib. anak dia kan ramai hero. Suffian yang kecik tu segeng la kan anak anak kami Hakim Hazim tu. melompat lah Hakim Hazim Hariz carik geng. tengok Suffian dan kawan sleepover dia men game PS2. ralit tak hirau kami dah. suka kemain dorang together gether.

dari kiri : Hazim, Sharic (kawan Suffian), Suffian (anak k.Anis no 4), Hakim, Hariz





Puteri pulak jumpa Kakak Zulaikha (anak K.Anis no 3), mula mula malu lama lama mahu.. lepas tu berkepit kulu kilir dengan kakak. maklomle orang tak de kakak. Kak Ika pulak rajin melayan Puteri. siap dengarkan lagu lagu kat utube lah. caya tak kak Ika anak Kak Anis ni baru Year 5 .. 11 tahun. yang sedihnya dia sama tinggi ngan Untie Fidah.. muahahhaa.. boleh lah Untie Fidah menyamar jadik student kat kelas Kak Ika. :P anak anak kak Anis semua tinggi ikut baka mak pak dorang. nasib Suffian rendah sikit je dari Untie. kalo dak boleh jadik boyfreng Untie. haku mandang Sulaiman dan Safwan sampai mendongak sebab tinggi blaka. semua malu malu dan sangat rajin tolong mama dia masak. rupanya memasing ade jadual dorang. bagusnya lah. anak lelaki jugak kena sesama buat keja rumah OK. K.Anis kata ada bahagian baju, bahagian masak dan macam macam lagi. yang lebih hebat masa puasa siap buat biskut raya si abang abang berdua tu..hebat you.

macam mama ayah dorang lah jugak. jumpa geng BMI. pok pek pok pek citer macam tak cukup mulut. hahaha.. kak Anis lawan aku lawan DC citer sahut menyahut. nasib abg Shahril cool je. kalo dak retak dinding.. citer PhD pon aku nak join skali. macam paham. haha. eh buat buat paham la hai. dah kekanda buat Phd slalu dengo citer lelama paham lah jugak. tapi bila bab teknikal tu takkan nak nyampuk jugak. buat buat gigit kuku dah lah.

makan je tak sudah sudah. kejap kak Anis kasik makan Dunkin Donut. kang Dinner dia buat Mee goreng Mamak yang amatlah sedap dan marvelous nya. berborak sakan dari isu belajar, isu supervisor, isu unikl, isu mara, isu kewangan dan segala isu suka duka masalah problem lah. tu yang syoknya bila jumpa geng bmi. borak sampai lebam.

malam tu kami tumpang sleepover kat situ. masa dia tengah arrange bilik. aku curik2 amik gambaq rumah dia.. hihi.. korang orang BMI jangan kasik tahu dia tau..!

ni Living Hall
(maafkanlah model yang cumil bersimpuh malu tu..haha mcm nak tunggu org masuk minang je :P)

alahai suami sapa lah yang sopan berbudi bahasa tu. berkenan ai..

ni Dining (simple dan kemas)

Internet Area/Study Table (bagus idea, jimat ruang dok bawah tangga)

ni Kitchen (build in cabinet) simple dan moden.

ni pintu masuk dapo.
belah kanan pintu ni peti ais besar. belah kanan petiais tu microwave

Kitchen kecik chomel tapi lengkap dalam 1 ruang. dapoq xbleh nak amek gambaq. susah nak dapatkan angle. tapi dapur dia canggih. dapo ceramic letrik 6 tungku berskali ngan oven kau. jakun aku nenguk siap bukak bukak oven rumah orang. tak malu betul. gila murah rumah kat Bristol. £700 per calender month (kat sini tak panggil sebulan) fully furnish plak tu. best lah. kalau kat London rumah cenggini dah mau 1700 or more. Bristol tu ko bayangkan macam pegi Melaka laaa.. kalau dari London direct ke Bristol amek masa 2 jam jugak.

Ground floor fully floor board (alah yang lantai kayu santek) aku suka suka suka.. sampai ke toilet nya pon ada floor board. jenuh la nak mengawal air jangan percik. bila sesejuk camni jadik bertambah sejuk woh. tambah pulak sofa dia jenis leather. siap berselimut tersedia sebab dia memang tahu akan sejuk lah. K.Anis criter pakai floor board memang cantik tapi masa snow ritu sejuk sangat kayu jadik kembang lalu menggelembung macam perut orang peknen weh. mungkin kena air / wap. lantas pintu tak boleh tutup. kesian dorang kesejukkan. sudahnya kena panggil pomen rumah la merepair. jenuh gak tu. tapi nak menten kemas sapu senang laa.. bab tu la yang ai soka.

gambaq bilik xde lah. xnak la amik gamba bilik orang. malu nanti. bilik 3 je semua kat atas. saiz biasa je. toilet 1 jugak. typikal rumah omputeh. kena amik nombor nak mandi buang air sume tu. hayohhh.. kami skip je mandi mandi ni. hihi..

besok tu bekpes nasik goreng kak Anis ... layanan ngalahkan 5 star hotel kau. TERIMA KASIH banyak Madam Zuhanis. then kami terus jalan jalan ke Bristol City. betul punya jalan nak tercabut kaki. mengah mengah laju degup jantung turun naik bukit sambil kejo anak. kau bole. cuba la. adoiiii..

kita sambung lagi OK.. tata

eh jap.. last but not least...

pesal tah dalam gambo ni aku nampak debab.. sbb tu aku x soka amik gambo dlm keadaan duduk grrrr


No comments: