Thursday, 10 February 2011

fevret DC

9 Feb 2011 - Rabu

pagi pagi lepas hantar anak ke sekolah menaiki kaki DC terus ikut rombongan cik Kiah Teacher Hakim pegi Museum Sains. tak berniat nak hikut pon sebab tak ngisik borang untuk jaga student year 4. tetiba teacher mintak tolong suruh ikut pulak sebab dah tak cukup parents yang nak ikut untuk jaga student year 4 yang ramai nak pegi rombongan tu. tanak ikut tu sebab kitorang dah pegi dah masa Winter tahun lepas. ada banyak gamba kat FB.

dah free tu ikut je lah. lagipon masuk situ memang percuma pon. tapi yelah oyster sumer skolah sponsor ataupon TFL sponsor pasal rombongan kanak kanak dan cekgu kekanak. kengkonon DC tu cekgu le.

so sepanjang hari aku ngan Puteri kebohsanan tahap Ultraman yang lemah hingga keluar lampu merah menyala nyala. aku pon apa lagi ngajak laaa si Mila. ingat tak Mila? Mila kawan indonesia ai tu. alaa ngajak ke Town Centre jek. pegi merewang. eh dak ehh. ngan Mila mana ada merewang rewang ni. straight to da point ja. pegi tesco beli susu Puteri then balik tu singgah playground pulak kasik Cik Puteri ngan anak dia Ibrahim lari lari sampai penat. akhirnya kami yang penat sebab angin kuat sejuk pedih tangan berlari pulang.

ahhhhhhh.. lega dapat masuk rumah yang dah sedia terpasang heater. penat pulak. ececeeeeehhhh sejak 2 menjak berkereta ni rasa penat gile le jalan kaki pegi town. ye wooo setelah 2 tahun mengalami penderitaan kesana kemari heret 4 orang tu jalan kaki sama. double letih. sesekali kena la berlagak penat jalan kaki.. hua hua huaa

balik tu kitorang santai santai la makan kebab. sempat sambar kebab sebelum balik dari town. asyik nasik je kan sesekali pekena kebab donor sedap ya amat. kena pulak ade cili jeruk dengan curry souce walahhhh.. alah takde gamba laa. gelojoh sangat makan sampai lupa nak snap. lagi pon entry dulu dulu aku dah gantung dah gamba kebab tu.

tiap minggu sekarang ni samaada selasa atau rabu Mila ngan anak dia Ibrahim datang rumah aku borak borak. terurai lah kesepian seketika. kami membincangkan ekonomi negara nilai matawang negara masing masing. pahlawan islam pada zaman nabi. fuhhhh.. hebat tak? takde gosip gosip pasal pendatang indon ke gosip artis Bunga Cinta Lestari dah peknen ke blom ke NO NO.. perhhhhhh tak caya sudah

sementara tu anak anak kami boleh lah bemain secara berduet. bukan nyanyi tapi main. Ibrahim ni hensem. kacukan Indonesia dan German. pasai ayah dia orang German tulen. dapat hidayah 7-8 tahun lepas peluk islam di Mesir. perrhhhh..

meh tengok ni..


jangan lah kau teliti sangat pegi tengok background gamba ni. huhu
rumah orang ada anak empat memang la camni. kalau rumah ni kemas macam pelik lah..:P
tapi kadang kadang nak jugak hipokrit nak bagi nampak kemas kalau ada orang nak datang. macam superman berlari lari laju keliling dalam kawasan rumah tahu..
but kalau stakat Mila yang tiap minggu datang haku dah tak heran dah lantak lah situ sepah pon sepah lah..haha
Mila pun jenis tak kisah dan dia paham. Ibrahim pun tulun punggah menan sama ..


gamba 1st tadi muka Ibrahim macam terkejut kena snap ngan camera. bila dah 2nd time Puteri dah ajar cecara nak senyum paling comei. hahahaha...

lepas solat zuhur asar terus 3.20 pm keluar balik ambik Hariz dan Hazim pulang dari skolah. amek Hariz tengok tengah nangis nangis sebab cuaca sejuk badan dia hangat. demam teacher kata. balik rumah kasik Neurofen Oren (nama ubat) kegemaran dia. terus tertido. serius! betul kegemaran. nak kasik ubat siap senyum senyum sebab suka sangat makan ubat sedap tu.

#####

meh citer makanan lah macam biasa .. kan aku dah kata Winter dan Makan macam irama dan lagu. tak boleh pisah punya. soo layan kan je la yea

dulu dulu masa kat Malaysia masak asal boleh makan dan kenyang je lah. malas lah nak pikir rasa sedap ke dak ke. hentam je lah kan. dah penat balik keja asalkan boleh dinner sudahhh.. masak dalam suasana anak terkuak sana kuak sini mintak perhatian. memang tak leh nak concentrate masak. maklum le dah ada anak kecik sejak umor aku 23 tahun. huyoo muda remaja gitu. habis zaman keremajaan ku di ragut dengan mengkendong anak. takdir penentu segala. cewahh

tapi skang ni concern pulak pasal rasa. maklom lah banyak masa terbuang kat dapo aka opis. BUT now haku dah boleh nak berbangga macam pegang award atas stage sambil buat ucapan "Syukur Alhamdulillah.. terima kasih kepada suami yang banyak beri dorongan dan aku PAKSA dia komen lauk pauk yang aku masak. tanpa beliau apalah agak rasanya lauk aku hingga kini" alaa alaa penerima anugerah popular masakan tersedap katogeri favorite hubby. ekekeke ni aku reka reka je ni

tu lah hakikat nya. walaupun nama masakan tidaklah seGAH western food atau seglamor nama lauk yang terbelit lidah nak nyebutnya. tapi cukup buat dia senyum sampai telinga dan rasa tak sabar sabar nak makan kalau aku masak ini..

mempersembahkann...




KARI AYAM ya aaa awww ya aa awww

AYAM MASAK MERAH ala DC

actualy semua masakan yang ada perkataan AYAM atau CHICKEN kat menu tersebut dia suka. pendek kata segala spesis ayam dalam dunia ni lah. dalam banyak banyak list menu tu dia paling soka yang dua ni lah. kalau ikutkan tamak haloba mau di baham nya sekor ayam. serius weh dia boleh abis sekor. gila ketang betul lah.

menu ni macam tak mencabar je kan. bak kata mak aku "alah mak masak sambil pejam mata je" huyooo.. itu mak lah .. kalau aku kena pakai kanta pembesar mata.. heheheheeeee jangan ko ngengada mintak resepi pulak. kang kalau ko masak pakai resepi aku rasa tak sedap. nanti korang ketuk kepala aku ngan kuali.

adoiiii tak sabar sabar nak masuk spring. lama benau aku ghasa winter kali ni. masa g park ritu dah nampak dah pokok Daffodil dah keluar tunas.. yeayyy! (sambil lompat lompat sama level ngan anak anak). dup dap dup dap nak tunggu bulan empat.. ehem

ok .. maceh baca corat coret goreng sampai hangus aku ni.. hahahaa


4 comments:

ishamizu said...

hehehehe...nway, kami pun tk sbr nk tgu Spring..kesian ank2 asyik tperap je dlm rumah..patu bising ajk keluar. bila dh keluar, kena angin sejuk dan laju tu mulalah selsema lak..huhu.

Nor Moscow said...

haha..memang encik asben kita kena komen masakan kita coz nak tingkatkan lagi kualiti yg dihasilkan..betul tak? tai kekadang..yg tak sedap pun dikatanya sedap..camana tu?

rafidah aka linda said...

izu - nanti dh spring summer hari hari nak keluar rumah sampai x larat dh nak kluar hingga malas pulak nak keluar.. hahahhaa

Nor Moscow - thanks dtg lawat blog ni..:))
fidah siap marah2 kalau dia asyik jwb sedap. sampai cik asben garu pale nak pikir nak komen apa.. hehehhe

Nor said...

hehhe..kan! sedap marah..tak sedap pun marah..habis ilang idea depa..