Monday 28 February 2011

Over Caring

Assalamualaikum w.b.t

aku sebenarnya nak sambung story lepas kami jenjalan ke Bristol City .. dah siap cerita cuma nak upload gamba je. tetiba kejadian hari ni paksa aku update citer lain pulak kat sini. latest lagi ni.. citer dia camni ...

kami keluar pegi Tesco Town Centre Uxbridge laa macam biasa beli groceries untuk next week. bawak la semua anak. dorang cuti hari sebab semua teacher skolah ade kursus apa tah. lebih kurang pukul 2 petang camtu la.. habis beli beli sume DC ajak pegi Kedai Arab Halal (Uxbridge Supermarket) nak beli ayam, nuget, sosej, roti canai and so on.

so DC pon antar la groceries kat keta dulu parking kat atas Pavilion je. so kami bleh jalan kaki je ke kedai Arab tu. masa keluar dari Tesco tu Puteri memang dah meragam mintak macam macam. mintak tah apa apa yang memang tak boleh nak bagi. eh main tunjuk tunjuk je kan mana boleh. lepas dia stat la buat hal. jerit jerit sepanjang jalan. pujuk kejap diam la kejap. pastu mintak lagi.... kali ni mintak nak panjat atas tebing laluan nak ke Tesco tu. aku tak kasik nanti jatuh sebab licin situ. dia marah mengamuk lagi. pujuk lagi diam la kejap.. lepas ok tu, on the way nak ke kedai arab tu DC dah jalan ke depan sikit bawak Hakim Hazim Hariz. aku terkedek kedek jalan ngan Puteri sebab banyak no sangkut sangkut dia jalan nak tengok itu ini. sampai kat booth orang jual2 kat tengah tengah tu ade ke dia nak panjat rak tu aku tarik tak kasik. takde marah pon. aku tarik tak kasik je.. sooo dia mengamuk sakan laaa.. nangis menjerit jerit sekuat tekak dia tanpa hirau semua orang tengok dia.

jalan terus sampai dah keluar Pavilion pon tak berenti lagi nangis. ni la pesen dia menangis memang susah nak berenti. meleret leret sambil bersulam dengan jerit pekik. orang pandang pandang kami dah tak hirau dah. aku dah malas nak pujuk. sebab aku dah 'panas hati'. DC la yang pimpin tangan dia pulak. aku pimpin the boys.

nak pegi kedai arab tu kan lalu kat depan pintu gerbang Tube Station Uxbride tu. then kami plan lalu la kat dalam The Chimmes tu. panas skit lalu ikut dalam. tembus kat pintu belakang The Chimes. betul betul depan pintu gerbang The Chimmes tu tiba tiba...

"EXCUSE ME!!! EXCUSE ME!!" ada sorang minah saleh pompuan dalam lingkungan umor 48 tahun la camtu. jerit kuat kat kami. so mandangkan Puteri sorang je yang nangis terjerit kat situ soo kami pon toleh laaa. ingatkan dia memang nak beramah mesra.. rupa rupanya ...

"What happen to your dotter???" dia tanya suara kuat sangat. DC jawab "its nothing happen. its OK.." dia tak puas hati lagi. aku tengah marah soo aku diam je laa.. malas nak layan.

tiba tiba dia kata dengan kuat dan lantang (aku translate la yea) "SAYA ADALAH PEMBELA KANAK KANAK. SAYA BOLEH DAKWA KAMU KERANA MENGABAIKAN ANAK KAMU. MEMBERI LAYAN BURUK KEPADA ANAK KAMU!!!!" aku dengar cuak lah pulak minah ni. jantung dah berdebar kencang dah ni. dia ni biar betul. alamak kalau betul la dia kata macam tu soo kami berhenti laa.. dia datang dekat dengan kami. pastu aku ngan DC pon terang kan la.. "dia nak sesuatu kami tak bagi" pastu dia siasat lagi.. "APA DIA NAK???" aku jawab laaa.. "dia nak panjat rak dalam kedai. itu merbahaya. saya nak protect her dan tak bagi dia berbuat begitu" dia tak puas hati lagi. dia tanya sendiri dengan Puteri. dia ingat Puteri boleh jawab agaknya. kami biarkan je.. Puteri senyap terkedu dengar pompuan tu tanya "WHAT HAPPEN TO MY LOVE.. WHAT'S YOUR PARENT DO TO YOU" aku dan DC pun buat muka senyum senyum peramah la. takutlah jugak kot kot betul ke dia nak dakwa kitorang. lelama Puteri diam sendiri dari ngamuk ngamuk tadi.. aku tak tahu lah sejak bila dia ikut kami dan perhatikan kami..

ingat dah habis takat tu.. kami kata OK lah kami nak pegi kedai.. tiba tiba dia kata "NEVER MIND, I'LL FOLLOW U ALL AND LOOK AFTER YOUR CHILDREN." adeh dia ni tak puas ati nak siasat lebih lebih pulak sampai nak ikut ikut. kami biarkan je la. masa tengah jalan tu aku saja saja tanya buat buat peramah la kan.. "berapa anak u ada ??" dia kata "i have 3 children all boys" ouhhhhhh kami macam impress laaa.. buat buat impress laa blakon pastu dia pulak cerita lebih lebih ... "one is lawyer, majisstret and police" (kalau tak silap dengar la) huyoh hebat nya anak kau ni biar betul. aku OUHHHH kan je la.

sampai depan kedai kedai tu Puteri mintak turun dari dukungan ayah sebab dia nak tengok bawah. so kami berhenti dia pon berhenti la. Hakim cerita la pasal skolah dia. sebab maybe dia tengok pompuan ni peramah semacam. budak budak ni bukan boleh tengok omputeh peramah dia pon nak peramah jugak. aku diamkan aje. pastu dia macam berminat nak dengar cerita Hakim dengan sungguh sungguh. DC pulak tengok Hakim ngan dia borak... dia bawak Hazim Hariz Puteri masuk dalam kedai Carry. soooo tinggal kami bertiga.

tiba tiba ....

dia cakap kat Hakim "I WANT TO TAKE CARE OF YOU". pastu dia suruh Hakim cakap suruh pilih nak stay dengan dia atau dengan aku. alamakkkk dia ni betul ke tidak.. aku lagi la cuak dahhh degup detap jantung ni. dah lah DC takde. dia pujuk pujuk Hakim suruh cakap dengan aku yang Hakim nak STAY dengan dia. kalau Hakim stay dengan aku Hakim tak dapat duit. dengan dia nanti dia bagi Hakim duit. sambil cium cium pipi Hakim. pegang pegang muka Hakim bersungguh sungguh macam berminat nak bawak Hakim pegi...

arrrrrrhhh sudahh.. aku takut jugak Hakim akan ikut cakap dia. aku cakap Melayu ngan Hakim.. "dia macam orang gila la Hakim. Hakim cakap dengan dia Hakim nak IKUT MAMA" soo Hakim cakap berulang ulang "i want to follow mama" nasib lepas tu dia lepaskan Hakim. aku pon cepat cepat tarik tangan Hakim pastu cakap nak pegi kedai. aku kena cepat.. pastu cepat cepat panggil DC dari dalam kedai Carry tu jalan terus tak payah toleh belakang lagi. 20 langkah tu aku jeling belakang still dia ada lagi kat situ. aku lajukan langkah sambil genggam tangan Hakim dan Hariz. jalan terus sambil menggigil tangan.

dah jauuuuhh tu baru lah aku cerita kat DC apa yang jadik tadi. orang tu macam gila laaa.. tak betul laaa. rupanya Hakim pun ketakutan dia kata. DC kata abang nampak dia macam OK je. sampai kedai beli barang cepat cepat jalan ikut luar The Chimmes pulak. takut terserempak dengan dia lagi. sambil jalan tu Hakim tak putus kata takut lah mama.. "that women look suspicious!!" ..iya la Hakim. pompuan tu GILA AGAKnya. masa dia nak lepas kan Hakim tu aku ngan Hakim nampak mata dia berkaca macam merah nak menangis sedih. tapi aku tak kesian terus blah je.

ADOYYAIIII pengalaman sungguh. dah sampai rumah pon tak habis habis lagi Hakim kata takut. dia fobia kot. aku pon.. aku selalu pesan kat budak budak ni BUKAN SEMUA OMPUTEH PERAMAH NI BAIK.. kita tak tahu niat mereka. selalu kata jangan percaya semua orang.

tapi tadi mula mula manalah tahu. sebenarnya ketakutan sebab dia kata nak dakwa kami. soo kena berlakon baik la. bila kita buat baik camni pulak jadiknya.. heiiii SERAM woiii .. nak nak pulak kita kat negara orang. apa apa jadik pon kita still orang luar. muslim pulak tu. dorang kan anti muslim tapi tak semua laa ade jugak yang betul baik. tapi susah nak predict. pompuan tadi tu appearence dia nampak macam pompuan berkerjaya. pakai KOD LABUH HITAM. pakai sluar SLEK HITAM.. pakai HIGH HEEL..berambut BLOND cantek. tak tahu apa niat dia sebenarnya..

tu lah pengalaman pahit hari ini.. :(((

ALHAMDULILLAH .. ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T selamatkan kami dari musibah..


No comments: