Monday 7 February 2011

Squid Sambal

salam

FROZEN ! FROZEN ! buhsan dengar word frozen kat sini. semua frozen. habis semua haiwan haiwan untuk dimakan diBEKUkan. keras kejung kamu dibekukan. ntah bape bulan start beku ntah la. nasib baik berbulan. kalau makan tahun tak tahu lah ayat apa yang sesuai untuk dilafazkan. bila unfrozen... mak aihh gemalai dah lebam. ikan beku, udang beku, sotong beku, daging proses (burger, nugget, sosej) dah tentu beku. sampaikan ada jugak sayur pun beku.

dek kerana nak makan jugak. beku pon beku lah. lebih baik beku dari tak ada langsung. nak fresh kena menjala kat Bilinggate Market, sudahlah jauh di tengah London sanun. kena pegi pepagi buta tuli subuh sepiee. mahal pulak tu sebab kalau pegi sana kena beli banyak banyak macam nak bukak pasar mini. pakej lengkap alasan tak pegi sana menjala makanan basah. ni pon rembat kat kedai arab/pakistan stakat nak makan sikit je.

ini SOTONG atau nama omputih nya SQUID.

bila dah frozen tu .. adeh!! zat sume telah disedut oleh ais. bukan stakat zat, malah rasa manis pon dah takde. orang putih kan memang terkenal dengan malasnya. dorang malas takpe. mereka kaya. kita malas? jawab sndrik la. tengok incik sotong ataih nun. putih melepak. kacak segak bergaya. kalau lelaki mudah jadik rebutan. abis yg tak kacak sapa nak? biar tak kacak dimata tapi hensem dihati. semua haiwan frozen semua dah siap mandi. dah sabun. dah makeup. tinggal terjun je dalam kuali. kalau malas masak jugak. haih tak tau lah nak habaq lagu mana lagi.

kat sini MasyaAllah terlalu banyak makanan segera. yang terus boleh makan pon ada. kan dah kata omputih malas. dok negara omputih pon kita terikut kemalasan. tak boleh bawak balik Malaysia malas tu. memang hancur lah.


sambal sotong.. hoyehhh dimakan bersama nasi lemak
buat bekpes membawa ke lunch (jimat gas)

bila aku kata frozen.. ini maknanya ianya berperisa tawar akibat daripada proses penyejukbekuan tersebut. masa makan ni pelbagai persoalan. adakah aku memakan chewing gum atau sotong? huh! liat smacam. but takpe burppppp Alhamdulillah..harus bersyukur masih menikmati makanan bernama sotong.

sekian kisah Encik Sotong. eh teringat seseorang..haha opss

6 comments:

Yus said...

Salam kak fidah...

hihi tu la kalau beli yg frozen kat sini, semua rasa manis dah takde. yg tinggal rasa tawar je. Tp, sebab nak makan punye pasal, kena beli la jugak kan.

yus pun pernah masak sambal sotong frozen ni, sekali tu punye la liat... taubat dah tak beli lg yg frozen. Kalau betul2 teringin, terpaksa la en hubby pegi billingsgate tu beli yg fresh... hihi

ummi_ziz said...

hihi sedihkan di perantauan ni..tp bila dah teringin frozen pun frozen la..:)

Nadiah Sidek said...

hihi..senasib la kita. takpe, balik malaysia nanti kita mkn puas2 yg fresh punya :D

Rafidah AKA Linda said...

yus - dari takde, liat pon makan lah jugak.

ishamizu - a'ah kan. bila kat sini memacam lak teringin kan kan

nadiah - fidah balik habislah naik berat. semua nak makan. haha

Yan-t said...

ko ckp sutun, aku pun tingat sutun....
octopus...octopus

Rafidah AKA Linda said...

yanti - ye ye aku pong tingat samo.. kehkehkeh.. cemana dia skang gak nya eh? haha..