Tuesday 26 October 2010

Heater jantung hati rumah

Salam,

bangun pagi jenguk jendela.. hujan. seharian hujan hingga petang. mendung. tak jenguk luar langsung. tak amik udara segar langsung. terperap kat rumah. kalau ayam di marinate kemudian di bakar pon sodap. jeruk mangga kalau di peram lagi lama lagi lah deliciuos nya. aku ?? xde beza pon. duduk dalam rumah yg 360 darjah tertutup membuat hidung aku bersin tak henti2 tambah tambah carpet ni yg menyokong pertumbuhan bakteria. masak kat dapor pon bukak tingkap sikit je. nak bukak banyak sejuk sangat. kena bukak jugak sikit takut mati lemas.

duduk dalam rumah menghadap heater pon dah comfy. kalau nyorok dalam duvey takut tido.. tido bengkak sume mata, bengkak muka, bengkak badan. arghhhh.. lawan lawan lawan jgn duduk dlm duvet. memang syiok tapi alamat nya aku nanti dreamland.

kalau takde heater boleh mati kejang kesejukkan. orang M'sia selalu kata bestnya duduk kat UK .. sejukkkkk.. itu aje yg mereka tahu. kalau London sejuk. tapi tidak sejuk 365 hari lah. hanya pada musim tertentu je.

sebelom dtg UK .. tak tahu pon mcmana nak hidup dlm sejuk tu. rupanya ada PEMANAS. berciri besi. gunakan kuasa gas utk panas kan. kalau kat M'sia ada Air Cond. kat sini ada heater. kalau kat M'sia ada kipas kat sini ada jugak kipas tapi yg keluar bukan angin sejuk tapi angin panas.

sejuk yg keterlaluan mendatangkan mcm2 sakit. panas keterlaluan jugak didampingi penyakit. tapi kalau kat M'sia rumah yg ada Air Cond mcm mewah. kalau disini WAJIB ada heater. rumah cikai cikai pon mesti ada heater. kalau tak heater karen, mesti heater gas. heater BIL nya lain kira lo. kalau heater karen bil nya bil letrik laa.. kalau heater gas. bilnya bil gas. sooo ada 3 bil. bil letrik, bil gas, bil telepon. bil air rumah aku ni bersekali ngan sewa umah kot atau disatukan dgn bil gas. kalau ikut kata tuan pakar letrik kat dlm umah ni sape lagi kalau bukan encik DC, gas memanaskan air dan terus di alirkan air panas kesekeliling rumah maka rumah jadik panas. ENTAH. tipu dia tipulah aku.

pernah tahun lepas gas kat rumah kami ROSAK. then air panas pown xde. huyooo payah weehhh nak amik wudu' nak basoh pinggan. mandi tu bole la seminggu 3 kali. tu pon masak air kat kettle. kalau air mandi utk org besar Puteri tu sebaldi dh cukup. kalau sebesar DC ? hagak2 brape tong nak pakai. sudahnya kami tumpang mandi kat umah Miswati.. heheheeee ....
kalau heaater rosak otomatik air panas takde. soo bayangkanlah aku basuh pinggan guna air sejuk bedi mcm air dlm peti ais. kecut sume tulang tulang jari. pakai glove pon still kebas jemariku. ohh sgt menderita woiii xde air panas. nak gosok GG pon ngilu wooo..
masa rosak tu kesujukkan la kami. nasib tuan rumah ni sediakan 2 bijik Portable Heater Letrik. 1 letak dlm bilik. 1 lagi letak kat Living Room. soo 2 tmpat je bole lepaks. tapiiii pakai Portable Heater Letrik ..bil Letrik melambung lambung mcm belon naiknya.. tergeliat nak membayo. baik hati tuan rumah tolong top up skit. (gantirugi)

betul laaa HEATER ni jantung hati rumah. kalau sakit jantung maka boleh mati rumah.

TAPI korang kena paham heater ni pakai mase musim yg mempunyai kepulan udara 20 darjah celcius kebwah SAHAJA yeaaa.. kalau musim panas terjelepuk kat stor berabuk..hahahahaaa

ni xceli entry semalam.. edisi tertunda

No comments: