Saturday 16 October 2010

? £

Salam,

semalam 15 haribulan.. hari ini 16 haribulan dah due.. JANJI mula2 3 bulan sekali masuk. mula2 lewat seminggu hingga 4,5,6 haribulan. bila dah bincang sepakat kata setiap 15 haribulan 2 minggu dari tempoh 3 bulan LEWAT..DELAY.. arghhhh tensionyaaa.. tension hingga rasa nak nangis.. rasa pedih ulu hati sume lah.. bengang marah.. kenapa sesama manusia tak paham dengan masalah manusia lain. kalau engkau haiwan dan aku manusia tentulah aku tak faham. ini engkau manusia aku pon manusia kenapa masih tak faham..

KAMI enam beranak duduk di sini bukan suka suka, bukan melancong, bukan makan angin, bukan cuti2 sakan. Kami enam branak HIDUP seperti manusia lain di mukabumi Allah ini. bila kita sesama manusia sePATUTnya paham lah masalah manusia lain. kalau kamu tahu lapar kami jugak tahu lapar tahu.. sama saja xde beza pon.

Hidup di London yang taraf hidup tinggi segalanya MAHAL. kami bukan shopping kat Harrods. Kami ade anak kecil masih pakai pampers masih menyusu masih sekolah masih perlu keperluan harian makan dan minum. Apakah kami ini bukan dari manusia berpangkat besar, berjawatan tinggi, mempunyai darjat kebesaran maka masalah kewangan kami disini dianggap tak penting, anggap mudah, anggap enteng.. ohh janganlah menyiksa kehidupan kami kat sini.! tolong laaaaa...

SIAPA KATA DUIT GAJI KAT M'SIA TAK USIK??? sapa kata sapaaa.. oh takkk.. kami ade jgak loan rumah nak bayar, loan kereta nak bayar, ada keluarga yg nak tanggung, ada jgak loan2 kecil yg di langsai. lepas tolak semua tu berapa SEN yang tinggal. kalau RM200 yg tinggal. sama jugak £40. dengan £40 tu hanya boleh pakai 1 minggu je lauk, sayur, bahan masakan .. tak termasuk susu dan pampers. soo kami x idup mewah pon hidup kat sini. korang makan ayam kami pon makan ayam, korang makan nasi kami makan nasi. kami tak makan Lobster hari2 kami tak makan udang (mahal) hari2.. makan kat kedai yg beganda mahal tu apatah lagi...

korang kena ingat AKU.. UNPAID LEAVE.. tak paham.. cuti tanpa gaji. jadii memang berharap hanya SATU gaji sahaja. nak bagi makan ENAM org ahli kluarga.. empat daripadanya ANAK. memang kwajipan kan.

JADI kalau £££ tak masuk lagii cuba pikir apakah kami nak suruh anak berusia 2 tahun ini jangan makan.. atau makan sikit saja. tergamak kah kamu suruh anak kecil yg tak berdosa yg tak tahu masalah pentadbiran itu menanggung penderitaan atas kelalaian kamu melewatkan £££ kami masuk .. cuba bayangkan anak2 kecil kami ini adalah anak kamu.. apa kamu rasa.?? tiada naluri KEMANUSIAN dalam hati dan diri kamu, tiada kah??

luahan hati yang marah merah terbakar, bengang mennyala hingga keluar api .. sedey hingga nk keluar air mata pedih..

No comments: