Thursday 21 October 2010

Masak Laju Laju

Salam,

ada anak2 yg hyperactif ni.. aku pon kena jadik hypermama jugak. sebab baru matching. sebab aku kemas 1 kali ganda mereka mengkretif 3 kali ganda. itu normal. syukur.

bila dh terbiasa membuat sume benda secara hyper. masak jugak kena hyper laju. aku selalu buat plan. bila xde plan keja dapo pon jadik delay. makan pon delay. aku x suka.

bila sume perkara nak kena pantas rasa mcm nk berlari buat semua benda. lpas tu terus pengsan. kalau terlalu ligat dpt tidur 15 min utk lepaskan letih dh cukup.

pagi tadi makan laksa semalam. mkn b/fast berciri kuah mencepatkan kenyang perut jugak mensegerakan lapa perut. tak mahu makan magi. suami makan meggi dikala isteri segar bugar sihat walafiat bermaksud penghinaan pd isteri itu. selalu berlengah masak tghari sbb kenyang lagi mkn b/f berat tapi hari ni cpt pulak rasa lapa. maka pukul 1.30 tghari terkocoh2 masuk dapo. xde plan. nak buat benda yg cepat siap. sempoi dn kenyang. apa ya?

oklah. panaskan nasik smalam. apa2 hal potong dn kopek bawang2. sambil potong bwang sambil pikir. dc kata goreng aje ikan. arghhhh nk tunggu ikan goreng masak makan masa lama. jadi aku goreng jgak ikan iaitu ikan bilis..

sapa2 yg bizi dn xde plan nak mask. msak ringkas boleh tiru aku. eh x sbnarnya ni mak aku suka buat mcm ni. aku tiru mak..

goreng bilis segenggam garing2. masa bilis bergorengan di kuali boleh hiris bawang besar n bwag puteh serta cili api 4 biji. bilis goreng angkat ketepikan. kurangkan myak goreng bilis. tumis bwag bsr, putih n cili api. bila half way layu masuk sos tomato dlm 2 sudu bsr, kicap masin 2 sudu besar dn gula 1 sudu kecik. kacau kejap. then curah atas bilis goreng tadi. siap..
bilis tu kalau nk tukar dgn telor mata pon ok jgak. sama jgak best dia.

aku suka masak serentak ngan kuah .. buat kuah sup suhun kentang fucuk. sempoi jgak. itu kalau x tahu sila hantok pale kat dinding.. sila buat sekarang

dh selalu sgt mkn lauk berat2 kari la, kurma la, nasi ayam la, tomyam la, padprik la, sambal la, lemak cili api la. jom buat yg sempoi pulak. mesti best tau cuba la.. masam masin manis dn pedas. DC makan 3 pinggan. walaupon dia kuis kuis cili api tapi tergigit jgak sehiris 2.. padan muka. haha

selalunya menu2 campak2 ni bila kena masak secara mengejut atau balik dari kuar jalan2. terlalu lapar dn nk makan dgn cepat. kdg2 lauk dh siap tggu nasik tanak punyalah lama. DC selalu kata magicnya !!

aku suka jugak pakai gadget yg memudahkan dan mempercepatkan kerja. kalau di opis tentu kena ada computer dan printer. aku ada MINI CHOPPER brand Kenwood 300Watt. telah miliki sejak duduk sini masa tgok rancangan masak Delia Chef. n mereka suggest pakai gadget tu utk pantaskan kerja. dan memang terbukti berkesan. eh mcm iklan pulak. tapi kisah benar. harga £20 sapa nak boleh bagitau, kirim duit aku belikan. eceh promo. ini betul.

review gadget :
ia kecil mudah operate. laju. dry chopper. kalau guna blender kena isi air baru jalan. lgpun blender besar susah basuh. Mini Chopper Kenwood ini tak. jadi bwang yg dh chopper ditumis tidak lama sebab takde air. ia kecil ringan dan mudah alih. tidak makan ruang. hiris bwang nk msak kari pedihkan mata. ini tidak. biar mesin yg chop kan. hanya 10 saat smua hancur tidak terlalu halus jugak tidak terlalu kasar. hand blander jgak bagus tapi butang ON dn motor control di atas. sambil ON sambil pegang motor. panas. tapi Mini Chopper Kenwood tidak.

sangat sesuai utk org yg x ckup masa utk masak. berkerjaya. serta ramai anak tak byak buang masa di dapur. paling best bila nk buat nasik goreng. blend je bwang bsar, bilis n cilii api. 15 saat blend dah boleh tumis. tak payah tumbuk mcm mak mak kita selalu buat.

sejak 2 menjak ni aku malas nk upload gamba. sebab tak de sebab yg boleh pakai sangat. upload nk tggu lama. lama yg tak suka tunggu..

aku tak suka MENUNGGU DAN DI TUNGGU. aku suka ngam ngam soi. tidak lah terlalu TEPAT tapi berpada pada.

aku suka sambil. sambil masak basuh pinggan. sambil mandi cuci bilik air. 2 in 1. mcm syampoo

aku jugak suka tetamu yg rajin macam IRMA.. dan EMAK ZED. aku malu sebenarnya mereka kemas rumah aku. dikala aku bizi ngan anak2. tapi tak la sampai amik kesempatan. mereka mengelap dapur aku selepas aku penat masak. mereka kemas mainan yg anak2 main bila aku tgah mandikan Puteri sambil cuci toilet. seperti mensenangkan hati aku. kalau boleh aku cuba jugak nak buat macam tu kat rumah orang lain.

nampaknya aku mcm dh melalut ke laut. baik aku keluar sekarang...





No comments: