Friday 22 October 2010

Autumn Half Term Holiday

Salam,

next week dh start cuti Autumn Half Term Holiday on 25th hingga 29th Oct. 2010. tapii hari ni 22 hb dah cuti sebab teacher pegi training. hebat betul teacher pegi training semua student kena cuti. waaaa suka lah student. kalau lah kat M'sia buat camtu melompat lompat lah budak2 yea.

Kalau kat M'sia cuti2 skolah boleh balik kampung, balik umah atuk nenek mereka. kat sini, mana nak pegi. nak pegi jenjalan pon bajet xde. nampaknya kena carik tmpat2 yg free aje lah. kemana yea?? xpe nnti dah pegi baru aku citer ok..

hari ni semua ada kat rumah Ayah nak masak special untuk semua. xde lah spesel sangat pon cuma berbaloi je la nak buat masak beriya iya kalau anak ada dirumah. kalau hari biasa kan aku ngan dc je yg ada. mcm x meriah. soo DC decide nak masak NASI AYAM. simple senang dan yg paling penting anak2 paling suka.


habis je makan.. DC mula la mencongak congak.. ini kalau makan kat kedai agak2 brape hengget habis agaknya. nak2 pulak ketua makan ni mkan dgn kadar maksima naik membukit tambah pulak lagi. selagi nasik dan ayam tu tak masuk ke segenap inci perut tak sudah sudah. masak banyak pulak tu sampai malam sekali. senang. ayam buat sekor terus. haa amik kau. Puteri pon mkn bertambah.. NAK AGIIII.. kata dia..

cuaca semakin sejuk sekarang ni .. kegiatan makan bertambah rancak. mcm boleh terima alasan cuaca sejuk perut jadik lapa. tolong la terima alasan ini. alasan typical manusia yg duk kat negara 4 musim.
anak2 balik sekolah je.. mcm tergopoh2 tnya mama masak apa.. xkan nk jwab xde apa2.. mcm tak berfungsi pulak mama kat rumah..

last week je.. balik skolah tadaaaaa.. cekodok bilis, esoknya cekodok pisang, esoknya lagi pisang goreng, esok esoknya pulak samosa. habis mkn cekodok roti roti pulak. biskut memang wajib ada.. isk abis umur kat dapo je.

blom masuk winter lagi.. kena kerja keras masak masak. ini baru cerita pasal masak masak masak.. makan makan makan dan makan. blom citer baju berlapis2. tangan kebas kaki kebas. idung berair, mata pedih, pale pening. macam2 ada.. itu cerita seorang senang .. ini cerita enam orang. cerita anak2.

hari ini jugak ngemas rak baju. simpan semua baju t-shirt nipis. baju summer yg nipis itu. simpan. keluar pulak baju tebal, jumper, jacket, jeans tebal. dah mula pakai baju berlapis lapis. nak siapkan sorang diri senang. nak siapkan empat anak.. kalau sorang pakai 3 lapis.. 4 org 12 lapis. tu baru baju. blom sluar, sock, kasut. arghhh byaknya dlm kepala padat otak menjelang sejuk sejuk. dapat keluar rumah memang hepi. prepare nak keluar rumah mahu amik masa sejam. tu tak termasuk timing nak siapkan makanan utk bwak bekal. gadget yg nak bawak keluar lagi camera, pampers xtra. susu xtra. wet tissue nak lap hingus Hariz n Puteri. nmpak kat gamba dlm FB memang cool. padahal......

abis cerita hari ini

No comments: