Tuesday 4 January 2011

DUA TAHUN masa berlalu..part 2

sambungan citer entry yang lalu..


TRAVELODGE, UXBRIDGE
bentuk flat je

ini lah hotel yang kami duduk selama 7 malam... lama kan sementara nak dapat rumah yg real. pendek citer hanya lah SEBUAH BILIK untuk kami berENAM dalam jangkamasa 7 malam. bayangkan bertapa crowded nya. situlah makan, situ lah salin baju, situlah tido, situlah jugak anak anak main.

sebenarnya Travelodge ni ada di mana mana di banyak tempat di genap bandar dan negeri kat UK. memang kalau jalan jalan jangka pendek boleh lah duduk sini. boleh tahan lah murah mampu sewa lah jugak. itupon kalau booking awal dan ada promosi boleh dapat dala £9.00 untuk 1 malam. kami penah gak lah sewa kat Cardiff dulu £20 utk 1 malam. tupon kalau kat pendalaman skit. murah lah. kalau kat bandar dekat dgn town centre time takde promo tak booking pulak tu haaa boleh kena sampai £50 hingga £70


nampak besar jugak eh. tapi tulah kalau tak ada berbondong bondong beg dan barang sepah sana sini dengan xde orang memang nampak beso. cuma kalo penuh dgn sume tu sure duduk atas katil je. utk sehari dua bole lah yek.. cuba ko duduk sebulan ngan anak empat ni haa. tak fenin pala..

yang sofa merah kat ujung nun boleh pull out.. sofa bed. bolehlah anak2 tido situ. Hakim Hazim... Hariz Puteri Mama Ayah berasak atas 1 katil. tukar tukar.. ayah tido sofabed pulak.. Hazim pulak tido katil camtu lah selama 7 malam..


dalam gamba ni tak bampak TV pulak yea.. sebenarnya ada TV tergantung di dinding atas meja . nak tengok kena baring. kalo tak mendongak lah ngko. haha


toilet dia simple je.. stail omputih laa ade bath tab. bole berenang. boleh rendam baju koto jugak.. lantai toilet xleh basah. omputih stail jugak. lagipon xde jalan keluar air kat lantai tu. tapi anak2 ni kalau mandi eksiden jugak banjirrrr.. ngelapp mcam cinderalela lah aku ...

intermediate teres
3 bilik (2 atas 1 bawah
1 toilet (atas) 1 living area (bawah)
1 dapur, besar jugak lah (bawah)
boleh muat 2 kereta Car Park (kalo keta kecik)

YEAY ! dah dapat rumah sewa. not bad jugak. yg penting dapurnya luas. senang adegen masak2. mula mula kata kat agent nak carik rumah yang amat penting nya dekat dengan sekolah.. Alhamdulillah memang betul punya dekat dengan sekolah. hanya belakang rmah je. jalan kaki. yang lainnya macam kedai, Universiti, town centre jauh skit takpe laa.. tiba tiba dia suggest rumah yang complete semua dekat.. SYUKUR

sebab tu kami 2 tahun tak pakai kereta. sebab semuaa dekat walk distance je sume. mudah bakar lemak yang ada. tapi tak kurus pown :P

ini semua KENANGAN DUA TAHUN yang lalu. semuanya masih terngiang di ingatan... semoga menjadi kenangan manis dan pahit buat kami sekeluarga...

eh kejap... masa duduk kat Travelodge inilah kami bertemu dengan YUS.. aku citer next entry pulak yeh..



4 comments:

Ana said...

adussssss....syahdu syahdan aku baca entry ngko ni dot...tabik spring sungguh la kt ko..sungguh tabah ko sekuarga kt sana..apa2 pun tahniah la sebab berjaya gak ko harungi semua suka duka tu..itu lah namanya kehidupan..dan ia akan menjadi kenangan manis dan bermakna bila ko balik ke mesia nnti...apa2 pun aku doakan yg terbaik buat ko sekuarga...moga2 DC balik bersama2 dgn PhDnyer...ko akan merasa kenikmatan itu bila DC berjaya nnti...

Rafidah AKA Linda said...

btol tu Na.. ia akan jadik kenangan terindah dalam hidup. thanks doakan kami n DC berjaya dgn PhDnya..

CT annie said...

time dtg berhempas pulas cari duit nak beli tiket,visa,pasport..mcm2 gedebuk gedebak..skang berhempas pulas nak kumpul duit beli tiket balik mesia... kalau lambat balik blk boleh x bg reason .. duit tiket x cukup :)

Rafidah AKA Linda said...

btol tu ct. fidah stuju sgt. :) derita sungguh kita yg b'kuaga ni kan.. harap2 'mereka' paham lah.