Saturday 15 January 2011

Tentang AKU

Salam,

tiba tiba macam angin apa tah menyeru supaya aku menceritakan pasal diri aku kepada aku. eh ape neh. macam tak betul lah bunyik .. betul betul.. ni kan blog aku. seronok bercerita kat sini xde sape nak sampuk aku masa aku asyik bercrita. sapa nak dengar dengarlah. nak baca bacalah. tak mahu SUDAHH.. nama aku RAFIDAH..jalan dahh.. hahaha

pasal ape yek nak cerita tentang aku ni. macam terbosan bosan lah berchating atau berbual dengan kawan kawan yang dok tanya soklan sama sebanyak seratus lipa puluh juta kali..haha aku tambah tambah je. kalau baru kenal sehari seminggu sebulan setahun tak pe lah. ini lama kenal dah bagitau banyak kali tanya jugak.

FAQ.. kau bila balik ? kau dok London tu buat apa? kau keja eh?

aku bukan takmo jawab soklan pandai pandai macam ni. tapi ko pon tahu lah BEZA waktu kat London ngan Malaysia tak sama. masa terhad. dapat berchating dengan kawan kawan memang BEST sangat. hilang skit bosan kat sini. kadang kadang tengah chat anak kacau. tengah nak masak tapi bila soklan bosan kluar mula lah aku nak errkkkk.. offline. tapi aku tak suka offline. aku suka online. kalau boleh nak 24 jam tapi ade lak FAQ lain tanya engkau ni tak tido ke? arghhhh.. tengok aku online sudahlah. nak tegur tegurlah tak mau tegur pun sudahlah jalan dahhh..

kadang kadang manusia ni suka sangat di suap. maksud aku.. errr sume nak jawapan je. aku jenis yang malas nak tanya orang itu ini. aku suka carik lah sendiri pasal yang aku nak tahu tu. engkau tengok je lah gamba yang dorang tayang kat album. baca lah sikit sikit kat komen tu pasal feedback dia kan. ini tak still tanya aku anak berapa ? punyalah berlambak gamba anak anak aku kat album tanya lagi tanya lagi. bukan tanak jawap tapi macam letih sikit lah jemari ni nak naip. kena aku yang anak 4 ok lagi jawab. kena yang takde anak. kan dah jadik isu sensitip. kannn.. kaji lah skit.

tika ini tarikh (15 Jan 2011) ni aku berada di London, UK sebagai isteri bersama suami terchenta dengan EMPAT anak. iaitu Hakim [9 (2001)], Hazim [8 (2002)], Hariz [5 (2006)], Puteri [2 (2008)]. duduk London sejak 1/1/2009. dah dua tahun dah. bukan suka suki sangat nak datang sini bawak duit berkepuk wehh. ianya bersebab. MENGIKUT HUSBAND FURTHER STUDY kat sini. tak keja.. aku ulang TAK KERJAAAA.. kat sini la tak kerja. kat Malaysia kerja.

aku datang, duduk berdiri baring sini err pendek kata tinggal sini lah untuk tempoh 3 TAHUN. aku amek UNPAID LEAVE 3 tahun jugak. balik nanti aku sambung la keja. kalau UniKL BMI perlukan aku. cewah rendah diri yang memang dah sedia rendah. eh tapi aku tetap keja kat UniKL laaa.. SEBUMBUNG dengan suami (DC). tapi dia Dept Akademik. aku ? aku cikai je. alooo KRANI cabok je. kat Admin nun. duk dalam partition ciput tu ja. orang bawah bawah level pon below. ye lo ground floor. xdok pangkat beso pon. tak ade title menarik. itu pun dah SYUKUR ALHAMDULILLAH ada kerja. ada gaji bulan bulan masuk. tak lebih dan tak kurang. keja situ sejak gaji RM900 weh tahun 1999. masa tu pon dah melompat lompat. kini.. BOLEH laa NOT BAD

suami aku yang aku sendiri panggil DC .. dia Lecturer. kat sini sedang pembikinan membuat PhD kat BRUNEL bukan Brunei ... sebut betul betul BRUNEL UNIVERSITI. Brunel tu nama ketua kampung kat sini. erk aku pon tak kenal sangat. haha. DC nak jadik resercher. cita cita dia nak jadik Profesor. eh itu cerita dia masa sekolah lah. kawan kawan bantai gelak. tapi InsyaAllah akan terbukti. FAQ lain.. err husband ko takde kelas ke? hurmmm PhD TIADA kelas kelas ni. dia belajar membuat research sambil dibantu/guide oleh Supervisor. bidang ? Renewable Energy; SOLAR. cerita secara penuh tak berapa tahu. kalau nak berita penuh boleh buat temujanji sendiri untuk di interbiu. :P pelajar tajaan MARA dan UniKL. kira nya bonding la ngan UniKL.

anak anak 3 lelaki tu sekolah sini sejak datang sini. Year 4, year 3 dan Reception (ala2 tadika). yang kechek tu blom skolah. masih kechik. insyaAllah Sept 2011 boleh dah masuk nursery. dapatlah 3/4 bulan skolah. jadiklah merasa jugak berbual bermain dan belajar ngan anak mat saleh mata wana warni. mata biru, mata hijau, mata coklat, mata kucing, mata mata.. apa apa lah lagi. heh

aku tak keja. sebab takde keja. kalau ada keja nak jugak aku keja. lagipon keja yang sedia ada kat dalam umah ni pon tak terhabis buat. nampak sempoi eh duduk rumah jaga anak. surirumah membuat keja rumah. simple. cuba lah rasa. banyaknya keja macam lebih teruk jadik kerani lah. cuma jadual aku ikut suka.. yeayy.!! 3 tahun je pun. lepas ni balik Malaysia kembali ke dunia nyata. akan ku tinggalkan dunia sementara. kalau ikut hati boleh jugak nak berhenti keja bila balik Malaysia. apa orang kata "nak jaga anak dengan tangan sendiri" apakan daya tarap idup tinggi duduk KL. semua pakai duit. nak masuk toilet pon kena bayar. nasib kentut free kalao bayar jugak tak tahu lah aku. huh! ntah2 tak lama lagi kajaan akan buat tempat untuk kentut pulak. HAISHHH..

kalau aku kata 3 tahun kau kira lah.. datang 2009.. makanya.... 2011 lah balik oii. eh pesal aku kira macam 2 tahun je. ngek .. Jan 2009 hingga Dec 2011 itu 3 tahun lahh.. hisyhh tu kan plus minus je. takde guna sipir pon. InsyaAllah
InsyaAllah InsyaAllah 3 tahun. DC sedang berUSAHA keras untuk SIAPPP.. 3 tahun. setiap minggu bulan tahun aku dok peringat kat dia. kalau tak siap 3 tahun aku nak say Bye Bye banggg.. Sayang pulang dulu yea. sebab aku kena keja keja keja. lapor diri UniKL BMI Januari 2012. yuhuuuu.. err sebenarnya tak gembira pun nak tinggalkan suami kat sini tapiiii cemana eh.. abang kena USAHA seKUAT nya lah. NAK BALIK SAMA SAMA..

errr ada FAQ lain yang aku annoying .. hurmmmm SANA SKANG PUKUL BRAPA YEK? adehh.. ok lah next next entry lah citer.. eh jap.. kang ade lak yang yang FAQ tu apa? sighh! jaman skang ni kan sume maklumat di hujung jari. resepi goreng telur dadar pun ada takkan FAQ takde ..ye dak. ABANG GOOGLE kan adaaa.. macam macam adaa..

moral of the story.. makan lah secara sendiri .. jangan le nak bersuap.. manja lah you ni. :P


4 comments:

Anonymous said...

fidah- lenkali kalau nak tanya2 kena tgk fb ngn blog lah ye?kwang kwang kwang. kalau jumpa tak leh tanya2

Ana said...

waaaa....sifu dah bising tu...ok la lenkali tanya soklan lain...mcm "bila nak buat anak?" atau "agak2 dc ada gepren matsalleh tak kt sana?" atau "ko rasa kalau ko balik sini ko rasa kekok tak?" ...boleyyyy??? alaaa....soklan2 yang berulangkali tu maknanyer dorang sumer sayang kt ko...anggaplah ko sebagai seorg receptionist yg berhemah dan berdedikasi...sentiasa sedia berkhidmat...hahahaha....

Rafidah AKA Linda said...

anoy (sapa yek.. lenkali bagi nama eh) maklumlah peminat tak ramai.. hahaha
kalau jumpa live..ko nak tanya sampai kering airliur pon xpe..i like

anggaplah entry ni sbnarnya errr biodata aku .. kahkahkahhh..

Rafidah AKA Linda said...

ana.. bagus kan kengkawan sangat ambil berat tanya itu ini kat aku. sayang dorang..
cumanya soklan tak mencabar.. hahahaa
bagus gak cth2 soklan tu.. suka suka suka
lepas ni kena tinggikan tahap keshobaran menjawap soklan kasih sayang camtu.. hahahah