Monday 14 February 2011

Main Bowling 1 POUND d' London

12 Feb 2011 - Sabtu

jumaat malam tu, Yus and Aidi ajak pi main bowling besok. dulu dulu dorang penah gak ajak tapi musim tak kena. sebab musim lain kan spring, summer, autum bersibuk sibuk bersoping sakan di Car Boot. time time winter ni sesuai la pegi tempat nak release tension di TEMPAT TERTUTUP. lagipun masa tu xde keta. susah skit nak bersosiap. kesian anak2 kena bangun pepagi sesejuk lak tu turun nek bas sambil gosok gosok taik mata.. :D

sabtu tu beriya iya lah ni 6.45 pagi dh start buat sandwich sardin, sandwich tuna. siap nasik goreng lagi you.. 8.05 pagi kami sampai. gila pagi pegi pusat bowling. nasib tak tolong pekerja dia bukak pintu. haha. kami sampai dah ade orang main dah. huyoooo pukul bape pulak dorang datang.. :P

ingatkan kami terlewat sampai. sebab katanya start pepagi pukul 8. rupanya kami terawal. nyesal tak sempat nak sambar Teh Tarik yang dah siap bancuh. tinggal nak curah dalam termos. masa tunggu dorang sampai tu berkepul kepul asap kat atas pale membayangkan Teh Tarik tu :((

tak penah umo pegi men bowling pepagi gitu. slalu orang pegi jonging. nak jogging pekebenda nya sejuk bedi nih. SEBAB nya Airport Bowl tu Offer 1 POUND seorang setiap Sabtu Ahad pukul 8 sampai 10 pagi. gilak muroh wokk.. nomal price 5 pound sorang. ce bukak website. ce bukak!

ceeehhh aku gebek debuk citer macam laa aku main.. haha taknya aku brani nak main. aku takut dengan aku aku skali terglongsor kat lorong tu.. malu mak nyahh..

DC telah menunjukkan skill lontaran ke longkang..haha

utk anak anak dan
beginner OK la.. kalau tak puas hati nak lepaskan geram dengan suami yang tak basuh pinggan lepas makan.. baling bola bowling tu dentam dentum boleh boleh dibolehkan. wuwu. Hakim siap terhayun kebelakang plak lagi. tapi xpe tepuk je tangan bagi semangat. tu pon stelah terkekek kekek ketawa..


ate syilap .. ramei bebenor dlm 1 lane.
sampai lapan orang. DC, Hakim, Hazim, Jeff, Byron, Munzir, Izni dan Fatin. Wieda ? tak men. sebab letih masak puding roti sedaps.. hoyehh.. kematu punggung nunggu giliran. takpe next time bahagi dua yea.


biar menang GAYA.. hahaha :P

yg menariknya lorong bowling dorang siap ada pagar kat kiri kanan lorong supaya bola tak ke longkang. malangnya kami main awal ni tak tahu. so banyak laa bola yg ke longkang. hanyut ke lautt..

dapat la amatur Hakim Hazim main sama. aku melayan Puteri dan Hariz je la kulu kilir sambil kejap kejap makan bekal. dah macam berkelah pulak. padahal ada je cafe dia jual makanan.. save bajet punya pasal. kalo boleh seteguk air pun tak nak beli.. ngeh3 jimat aka kedekut :P sanggup bawak air kotak laici seliter.. beli kat tesco baru 89p sekotak.

tengok arr.. makanan bergelimpangan.
sib bek duduk ceruk skit.
kalo dak sure kena halau ngan pekerja situ.. hihihi

machine game pon bersepah. kalau tak kena gaya mahu rabak poket. stakat nak eksyen eksyen duduk kat game machine konon konon macam main padahal miming jek .. tempat dia luas puaslah anak lari lari habiskan tenaga bateri. memang tempat hiburan family yang mampu bayar lah selama 2 jam. but korban ah skit bangun pepagi.


hoihh! akak nak amek gamba view dalam Airport Bowl ni. isk isk tepi skit! tepi skit!.. laa tak dengau rupanya. dorang ingat aku suruh buat peace gak nya.. kehkehkeh merasalah badan Fatin yang kena kerat tu masuk blog akak. :P:P ... psttt.. jangan mare kolang (versi Madi)



walau tak main.. GAYA kena adaaa..
berat sehhh bola tu.. 13 kg. mcm dukung Puteri je.

kat sini bukan selalu dapat jumpa kengkawan sekapatebang. time time gini ar nak spend sok sek citer terkini. xde sempat nak ngumpat2 oii.. isu semasa kehidupan je la. apa murah kat mana murah di mana murah. BUT hari tu kami xleh nak berlama lama. DC tu gelabah sangat takut lewat appointment nak sign agreement rumah pukul 11.30 pagi. pukul 10 lebih dah kecoh ajak balik.. grrrrrrr sob sob padahal dari tempat nak pegi tu 15 menit je.. merasalah gantung hanger kat mulut ni haa. :'( last last sampai terawal soo dia antar kami balik dulu. pastu dia kluar pegi sendiri nek bas.. haih.. hangin btol arr.. suka sgt mundar mandir. huh!


masa ni aku nak balik dah. Yus, Nadia, Mimi, Saiful, Aidi, Loko, Firdaus sampai batch ke 3. lewat skit so dpt nomal price 5 pound :(.. tapi kalau tunjuk student card dapat lagi diskaun. soo jangan lupa bawak student card yea. (info untuk kawan kawan yang kat London)


Alhamdullillah kami renew agreement rumah lagi setaun. tahun akhir.. yeay.. stelah pujuk rayu ngadu domba ngan landload dorang stuju tak naikkan harga sewa.. sujud syukur terus :)) kekal 975 pound. YEAYYYY. sebenarnya landload ada hati nak naikkan jadi 1K pound mandangkan rate rumah kawasan tu dah naik. mungkin dia kesian tengok kami anak ramai keperluan banyak nak beli..murah rezeki landload. lagi pun dia dah kaya. ada 6 bijik rumah sewa kat London ni tau. fuh.. tengokkk.. Pakistan dah sama level ngan omputih kayanya.

OK arr byee..

aku tinggalkan model cilik dengan dress CBS nya.. huhuhu..cik Putewi (slang dia)




6 comments:

Ein Makrai... said...

wah seronoknyer....tak mahallah....bestnyer nyer...

rafidah aka linda said...

ein - BUT kena dtg pagi pagi.. pukul 8 - 10 pagi. kalau kat Mesia ntah ada owang ke dak pepagi camtu.. sini dh penuh dah... :)

MTM said...

bestnye 1 pound je? asa nak cube jgk la bila datang london nanti...hhihi

rafidah aka linda said...

mira (MTM)- a'ah dikk. boley je dtg .. nanti bukak website dia utk info lain eh..:))

mirul said...

bes la. semua dapat merasa main bowling. hehe

blog post terbaru: Cari Jodoh - Wali Band ( feat. Amirul Abu ) ~~ Versi Sumbang

redzuan ridz said...

wow bestnyer !! lama x main boling, ingat hujung minggu ni nak main boling.

Tips Blogging : Kenapa Blog Perlu Di "PING"