Tuesday 15 February 2011

masak campak campak, jimat masa pon sodap jugak

mari mari MASAK.. asyik beli kat kedai je korang .. masakkk laa.. cehh ni ayat dengki sebab aku tak dapat nak beli .. huk huk huk..sob sob terpaksa godek kuali. waaaa.. mana pulak aku nak gerai makan bawah pokok wehhh..

tapi kan tapi kan elok laa tak yah beli beli ni. bukan sahaja banyak bahan perasa yang menipu lidah serta berkalori tinggi malah membazir duit jugak.. dengarlah pesanan khidmat masyarakat ni. :D

balik keja ke balik kelas jangan la masak menu yang komplikated sangat hari hari kan. tak payah lah masak lemak santan berlada ayam pencen ke or asam pedas ikan tenggiri. selang selang la masak yang sempoi sempoi. yang boleh main campak campak je. kalau sensiang hari tu atau hari minggu ke bole la layan menu gempak gempak yang boleh publish kat majalah saji ke majalah sesedap rasa ke (eh ada ke majalah ni. biarlah salah).

aku nak tunjuk menu campak campak je ni. kalo korang try buat aku boleh jamin 15 minit je dah boleh makan. alangkan order kat gerai kalau silap order pon mau sengah jam ko tunggu. tapi kena pandai overlap masa laaa..

langkah je dapur.. terus ceduk beras tanak nasik. lepas tenggek nasik dlm rice cooker sementara nak tunggu nasik masak. terus panaskan minyak sementara nak tunggu minyak panas kau kopek dan hiris lah bawang besaq sebijik. hiris cili api 2 ulas. tomato di dadu sebijik. minyak dah panas goreng ikan bilis segenggam. biarkan atau kacau kan bilis yang tengah azab di goreng tadi. kalau dak hangus lah. angkat bilis asingkan. kurangkan minyak goreng. pastu campak cili api pastu bawang hiris tadi bia layu jap. tonggengkan kicap masin 5 saat. bia didih kejap. baling tomato dadu (atau boleh tonggengkan botol sos tomato 3 saat). lemparkan gula sesudu kechik. sos tiram 2 saat. kacau rata. angkat kuali tu curah kan kuah tu atas bilis goreng tadi. SIAP dah

masa ni dh siap masak lauk nasik belum siap lagi. confirm punya. sementara nak tunggu nasik tu. buat lah telur dadar. panas minyak sikit je kat kuali leper. sementara tu kopek bawang potong dadu pecah telo. kacaukan. letak serbuk lada hitam sikit, letak serbuk lada putih sikit then garam. kacau rata. kuali dah panas teruslah goreng sambil lalalallalalalaaa.. goreng telur dadar yang chantek bila nak terbalikkan dia. kena guna api kecik je bersama sebaldi kesabaran. hahaha.. hasilnyaaaaa..

*

*

*


*


.: bilis goreng bersos :.



.: telur dadar bersama nugget ayam :.

makan dengan nasik panas MasyaAllah memang marvelous i tell yu. nugget 4 ketul tu untuk Hariz je. makan dengan nasik jugak. xleh ratah. sebab dia takleh makan telor. diakan eczema. nanti gatal.

sempoi kan kan.. ajar lah suami tu makan benda benda sempoi yang bukan ringan. asyik nak tunjuk tahap keteroran sampai diri sendiri tersandar keletihan tak fair jugak. macam aku ni kadang kadang penat letih nak mengcreate menu canggih manggih. udah lah 247365 masak. naik gila mikio menu. tambah pulak urusan rumah yang tak penah siap dan anak anak yang mintak di layan serta suami yang mintak kasih sayang. opss.. ahaha

hah apa lagi pegi laa dapo tuu.. sekarang !! (nada tegas di situ). oh keja eh.. ah balik kang laa.. :P

1 comment:

Ana said...

hik..hik..baca citer ko ni, teringat aku ms aku balik kluang baru2 nie...aku masak nasik goreng sempoi sebelum bertolak balik kl...campak barang yong tau foo semalam yg x abis makan...taraaaaa...jadik nasik goreng...mcm2 aksesori ada...fish ball, fish cake, segala mak nenek brg yong tau foo aku main campak jer..nk buang sayang pulak...Nurin kata kalau mama hari2 masak mcm ni kan best!!!! cantik muka ko!!!