Tuesday 1 March 2011

Bristol City - Lawatan Jalan2

24 Feb 2011 - Khamis

sambungan story mori entry lepas...

kami meronda Bristol City. plan niatnya nak tengok Suspension Bridge yang terkenal di Bristol tapi hampehhh tak jumpa. salahkan GPS DC.. salahkan.. tuan punya GPS skali.. hajat tak sampai :((

ni la Clifton Suspension Bridge tu..
-pic fr. google-

xpe lah ronda town pon OK jugak. kami parking kat dalam bangunan Town Centre tu. murah skit dari 10 pagi sampai 4 petang £5 jek. OK la kan. pastu jalan kaki la pegi Museum Bristol, Harbourside, Bristol University (Uni.versity Kak Anis). sebab mereka dekat dekat je. tengok bangunan classic macam dalam pilem. syok gak kan. kat UK ni yang bagusnya dorang kekalkan design bangunan yang dah beratus ratus tahun. heritage.. skali pandang nampak horor laa.. lelama tengok macam hidup zaman dolu dolu..


memula masuk museum. iskkk kau paham laa masuk museum menguap dulu. not bad jugak sebenarnya. ada xtvt budak budak. sana sini patung haih.. agaknya memalam patung patung sume tu bangun mengeliat kot.. :P tak larat nak pegi sume tingkat. kalau lenggang kangkung berduaan macam honeymoon bercinta 30 tingkat pon sanggop naik. 3 tingkat je pon sambil mengejor anak jenuh tengok takut takut dorang terketuk cemin ke terpanjat rak display ke.. tu blom adegen cubit cubit sayang lagi. marah sambil senyum lagi (sebab depan omputih kan). memang boleh berbahang tengkuk.





kluar Museum susur bangunan nak ke Harbourside .. posing posing kat University of Bristol - Wills Memorial Building. sempat pegang rasa ukiran ukiran kat dinding nya. nampak macam rapuh je. tapi beratus tahun masih kekal di situ. hebat betul orang putih zaman dulu bina bangunan. kat Mesia tak sampai puluh tahun dah runtuh.. cemana tu?

blakang tu sebenaqnya church. maleh la nak g amek gambo dekat dekat


Bangunan Council Bristol

ni pejabat kajaan kot..err tak pasti sangat

kami terus carik Harbourside. nak ke sana kena susur bangunan yang menuruni bukit. masa pegi laju je la.. masa balik. hamek ko rasa nak putus urat jantung ngan paru paru. kembang kempis dada. bernapas macam tak cukup udara. sambil kejo Puteri yang tak mahu di pegang. kita tarik tangan dia kekiri, dia tarik badan dia ke kanan. menyelinap laju betul. otw nak ke sanun nampak pulak Mary go Round, menjerit pulak 300 skala riktor. bukan xmo bagi. kang kalo dh bagi abis masa xmo turun jerit lagi. soo baik xyah naik. dah sampai Harbourside seronok tengok kapal kapal dan boat kecil di sisir sungai. burung jinak. tengok tengok sambil amik gamba sebagai eviden..


sempat tengok jambatan kecik (laluan pejalan kaki) boleh terangkat sebab nak bagi laluan kat kapal tinggi nak lalu. bravo bravo..jalan menyusuri sungai. angin sepoi bahasa. tak sejuk sangat. sesuai la untuk jalan jalan berlamaa lamaan di luar. tapi hidung Hariz wajib leleh punya. nak kasik buang sikit punya siksa. puas lah anak anak berlari lari sakan. main air pancut lah. bila dah sejuk kena air. pandai pulak mintak tuka baju. tak ada nya nak bagi. rasa kan sejuk. sapa soh main ..grrrr..

ni sebenarnya jambatan jejantas lintas pejalan kaki.
masa ni tengah bukak sebab nak bagi laluan kat kapal yang tinggi lalu..

ni view Harbourside ..tenang je tengok kapal lalu lalang
angin tiup halus je.

lepas jalan jalan berlenguh lelahkan kaki tanpa keluar feluh.. perut lapaa gila. sepanjang jalan makan biskot, roti spread jem stoberi dan jem coklat je. rupanya kat tepi jalan tu ada kedai makan halal. ada kebab ada ayam goreng memacam. 3 kedai berderet deret. x tau nak pilih yg mana. skali DC ternampak sticker STUDENT DISCOUNT 15%.. wahhh apa lagi laju laa masukk.. beli la set ayam 6 ketul dan fries. sementara tunggu DC kuor duit nak bayar sebab kedai tu tak terima debit card. Minah Arab tu GERAM sangat dengan Puteri. siap cium cium .. terus tokey dia bagi Fresh Oren dalam botol tu FREE je. hehehehe.. pembawak rezeki jugak kamu ni yea. mana orang tak geram melalut lalut nyanyi nyanyi sekuat hati kat kedai tu.. tikle tikle lite star.. ulang ulang.. nak balik tu siap bagi 'flying kiss' lagi kat orang kedai.. waa soka la dorang...

petang tu terus jalan kaki balik ke keta. mengah2.. sampai keta DC terus jalan kami kat blakang NGAP NGAP NGAP ayam..hahah kesian dreba.. last2 kasik la jugak drumstik.... siannnn..

sblom magrib dah sampai umah.. sepanjang jalan budak budak tersadai kepenatan. dah sampai umah pon xmo bangun .. aik ? syok betol duduk dalam keta yea.. barulah ni nak merasa nikmatnya jalan jalan sakan yang agak jauh jugak dari London. tak terlintas kat pale boleh dapat jalan jalan macam ni. rasa syukur alhamdulillah sangat sangat. seronok gila. selalu dengar orang citer pasal jalan jalan aku menangis je dalam hati. sedih sangat. tapi senyum je la kan. pedih hati ni xde sapa tahu. sebab tak dapat nak pegi jalan macam orang lain. tapi kesabaran terbalas jugak.

eh thanks eh korang baca corat coret aku ni. pakej luahan hati skali. hahaha.. apa nak buat penulis dramatik sangat. :P





1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum,

Britain..cantik sbb dia preserve...hutan2 dan brg2 prasejarah dia org. Sblm balik gi..le scotland....lg cantik kurniaan Allah. Pegilah...peluang bermusafir..bukan selalu..inilah kenangan selagi ada hayat.