Tuesday 22 February 2011

tetamu Malaysia


19 Feb 2011 - sabtu

sebulan yang lepas dah siap chit chat dengan Salina (wife Aswadi) dari Malaysia. dorang somi istri berduaan nak mai rumah. so dah DEAL lama dah. tetiba kengkawan Brunnel buat majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk arwah mak student Brunel Nadia (ADIK CHEQ ROY). makanya dah janji ngan orang tak leh la nak mungkir kan. soo tak dapat pegi majlis tu. SEDEY. geng Brunnel bukan lah selalu membuat jumpa jumpa together gether cenggini. bila dah buat tak dapat pegi pulak rasa bersalah. ye la takut mereka kata kami tak campur orang pulak. memang tak. selalu memang pantang buat maljis. memang muka kami sokmo ada. kali ni memang ada aral melintang. harap harap kengkawan paham la yea. takkan nak tinggal tetamu pulak.

petang tu lagi sengah jam nak maghrib dorang sampai rumah. lepas sesi makan makan cerita cerita.. tibalah masa majlis penganugerahan barang barang dari Malaysia .. YAHOOOO!!! meh tengok ni.


alaaaaa korang kat Malaysia apa ade hal ngan kopok ikan ni. kami kat sini mak aiii ghasa nak buat sujud syukur dah 2 tahun tak dapek ni haaa. ngalahkan orang ngidam. DC yang ngidam. 2 tahun dah ngandung ..ahahahah.. ni kopok pebret dia ni. TERIMA KASIH laa Wadi (tokey kopok) bawak ni sungguh sungguh dari Malaysia. mujur tak kena spot cek ngan UK security. kalo dak boleh kantoi ni. kami makan macam ayam patuk padi..muahahahaaaa kesian an..:(

pastu ermmmm dapat kirim tudung instant sampai empat lai kau. tanak lah jauh sangat tertinggal ngan Malaysia fashionista kan. ahahaaa.. ade baju kurung 2 pasang. try pakai mak oiiii gedabak gilos. aik mak ingat orang dah gemok sangat ke mak. huk huk huk.. dan novel sebijik. hahah ntah bila nak baca. ape tak nya baru baca seperenggan "mama nak toast bread, mama masakkan fish fingger..mama adik dah terkencing dalam suar, mama Hakim ketuk tangan Hazim, Mamaaa Hariz tak sampai nak amik cereal" adoii.. aku ni lak jenis kalo membaca xleh kena ganggu. perenggan yang sama lah aku duk ulang baca.

ahad besok tu kitorang jalan jalan la amik angin winter yang hampir hampir nak melabuhkan tirai. hamboi syahdu ayat. .. winter abis ?.. yeayyy.. pesal masih sejuk menggedik ni. Salina wife Wadi sampai tak tahan sejuk sangat. aku bagi je baju winter aku kat dia. sian tengok dia ketaq2. baju dia pakai nipis sangat.

kami pon melayan laa swan kat sungai..



jinak itik ni. ntah angsa ntah itik. hewan pon haku dh tak kenal..hahaha


Wadi ngan DC


Wadi, Salina ngan Aku leee

besok nak pegi JALAN JALAN.. bestnyaaa... nak jumpa Kak Anis a.k.a Zuhanis Mansor (Bristol). doakan perjalanan kami yea. 1st time ni nak keluar dari London naik keta. debor debor..;P .. sempena anak anak cuti skolah seminggu minggu ni. (cuti skolah half term 19 Feb - 27 Feb 2011)

cuti bebelog 2 hari yea.. aku apply aku rekmen aku luluskan.. hoyeh..:D nani aku balik story mory yea.. soo stay tune..DAAAAA





2 comments:

Anonymous said...

from : sufi

hehehhehe...snap la pic sikit baju kurung tu...nak nengok gak ko pakai gedobohnye camne...nanti aku tunjuk kat mak....:-)

Rafidah said...

Pi - xnak ah pakai skang.. nanti tunggu raya la