Friday, 22 April 2011

3 Negara Europe - Episode 6 (Amsterdam)

ok ok aku sambung...

lepas berlenguh kaki kepenatan kat Taman Tulip kami naik ke atas ke Town Centre, Amsterdam. hajat nak pusing pusing Amsterdam. tapi hajat tinggal buang hajat. dek kerana kepenatan yang tak terhingga kami pusing pusing jugak la. tapi pusing pusing dalam kereta je sambil tengok tengok cemana bandar Amsterdam ni.


kata pusat bandar kan dah tentu tentu lah sesak. alah macam town centre KL Sogo ke, Kotaraya la jugak. ce ko bawak keta pegi masuk sana.. haaa ambik stuck kat jem ntah bapa lama. sana jem tu takde lah. biasa la traffic light melambak lambak. nak harung kereta dengan kelajuan yang minima.

kat sini BASIKAL lebih berkuasa dari kenderaan berinjin. sana sini basikal. lampu untuk kereta jalan dah hijau. orang yang bawak basikal slumber je melintas lagi. kami pulak kena tunggu. eh degil betul la dorang ni. siap terlanggar side miror kami lagi. pastu blah je tak toleh kata sory ke apa ke. hishhh melampau betul. kita plak yang takut. takut terlanggar dorang. tunggang basikal plak berderet deret bersambung sambung tak putus. beramai ramai sambil borak borak ketawa ketawa. tak takut bahaya langsung dorang ni. dengan tak pakai helmet atau apa apa pelindung keselamatan. dah la tu basikal cikai cikai je. macam basikal tua yang kat kampung kampung tu. siap ada raga kat depan tu.


kelakar marah pon ada tengok gelagat dorang ni. pakaian dah vogue habis la ni. jacket kulit macam rocker trend muda mudi terkini dengan rambut blond tercacak cacak bertindik bagai. tetiba naik basikal cabuk siap raga depan. hahahaha lawak pon ada. agaknya jimat duit eh naik basikal kat bandar besar camni. takyah duit minyak. lemak pon terbakar.. kami yang naik keta plak tension.. huh!

kenderaan lain sama je la ngan kat Malaysia. eh jap jap ada lain lain.. TRAM nama dia. sekali pandang macam bas.. eh eh 2 kali pandang takde tayar la.. jakun la kan kat Malaysia takde.. hihi. Tram ni ada landasan dia sendiri. macam LRT .. tapi sama level dengan jalan raya yang bas kereta guna tu. ada driver. gerak guna letrik kot. sebab kat atas bersawang sawang kabel dia lintas sana sini. gerun gak eh. buatnya putus satu tersangkut plak atas pale kita .. cane? tak ke jadik Final Distination 4.. fuh fuh selisih malaikat wehh.. alaa itukan risiko negara maju. Amsterdam termasuk dalam 7 negara termaju kat Europe. kiranya dorang ni bina rumah di tepi pantai lah.. laaa lupa eh kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. tetiba ada falsampah plak..

ni la kabel untuk Tram ni..
dan view Town nya. sana sini ramai orang.

ni belakang Tram ni...

ni landasan dia. orang awam boleh je lalu lalang atas dia ni.

Tram ni kan sama level je ngan bas dan kereta.. so dia jugak guna traffic light yang sama. walaupun engkau maju sikit sebab takde tayar ko pon kena ikut peraturan tau.. hahaha

ingat nak pegi tengok Canal Cruise je. nak tengok dari dekat sambil posing posing. nak carik parking susah pulak. sooo snap view dari dalam kereta je la.. ;) tu pon tak dapat nak lalu secara dekat dengan cruise tu. takpe lah sama je lah macam view Canal kat Little Lake Britain yang dekat dengan rumah kami kat London tu. hehe takde lah terkilan sangat. (pujuk hati :P)

Canal in Amsterdam
pic fr google

naik Cruise kat Canal ni pun bayar jugak. boleh tahan mahal. oleh sebab takde dalam bajet itenary sooo TOUCH n GO je laa.. free :P


rumah plak lebih kurang sama je macam kat London. classic laa..


drive lagi carik parking.. nak pegi kat Monumen .. I amSTERDAM. parking tepi tepi park tu free. Hariz je yang tak tido masa tu. soo aku ajak Hariz je pegi kat Monumen tu. snap snap gamba mama yeh.. yeayy!!..anak anak yang lain dah keletihan main main kat Taman Tulip. semua dah terpengsan tidor tak sedar diri dah kat dalam kereta.

berdepan dengan kolam air jernih

gamba ni Hariz yang snap.. macam alien plak halus kat situ.

kami bertiga je la posing posing dengan Monumen tu. Hariz siap dapat main playground dorang yang adventure. apa lagi panjat panjat sakan la dia.

sempat dapat kawan main sama kat playground tu. tapi macam ayam itik lah jugak. Hariz cakap english. budak tu cakap bahasa Dutch.. entah apa apa bunyiknya. felik semacam. sesekali DC cuba lah bukak radio Dutch ni masa kat sana. sakit perut dok gelak dia punya bahasa. ni kalau baca karangan dalam bahasa dorang ni kering bersih kahak kat tekak. gaya membuang kahak je bunyiknya. siap ada mencarut carut lagi.. dalam bahasa dia maksud lain la kot.. hehe

ramai plak manusia berebut nak posing kat situ..
besaunya monumen tu
nampak ke Mama dan Hariz kat situ? :D

ecececee

then kami teruskan perjalanan ke Belgium. semua dah tak larat tunggu masa je nak pengsan. terus je check in hotel Campanile Hotel Antwerpen Belgium sebelum maghrib tiba. tapi kami booking melalui booking.com. besoknya plak ada misi jelajah Brussel pulak.


masuk je bilik hotel terkejut sebab takde dapur lah pulak. hanya dorang kasik extra tilam je untuk tidur kami berenam. mana nak tahu kan. boleh masuk bereman pon dah cukup baik dah. view dalam hotel pon saling tak tumpah macam Travelodge jugak.. ingat ada dapur. mahal je lebih. takde dapor pon boleh masak jugak.. rice cooker kan adaaa.. eheee.. malam tu kami dinner burger sorang satu set. mencabar jugak goreng daging burger dalam rice cooker. takut smoke detector bunyik plak. terpaksa bukak tingkap seluas yang boleh.

kembara ke Brussel esoknya ke tempat tempat ilmiah sikit.. :) bagi anak anak dan maknya skali timba ilmu.. daaaaaaaa


5 comments:

syAfA said...

bestnya Amsterdam kak!

syafa nanti jun singgah amsterdam,before smpi ke malaysia..huhu

fa10 said...

pening pergi amsterdam... asyik kena ring dek basikal jer!
i x der rezeki nak posing kat block iamsterdam tu sbb time tu perlawanan akhir bola, depa sorok benda alah tu.. hukhukhuk

ishamizu said...

bestkan! rindu Amsterdam! dulu pegi tk jmp blok I AMsterdam tu..hrp bley pg lg la nti. hihi..

sweetsal said...

bestnya jalan2 Europe...kalo ada rezeki teringin nk kesini..

Sharifah Mohd Sharif said...

Best!!!!!..aku suka view amsterdam..klasik n unik..aku menyimpan angan2 utk sampai ke sane insyallah..amin.