Friday, 15 April 2011

3 Negara Europe - Episode 3 (Disneyland, Paris)

7 April 2011

pagi ni kami terus check-out hotel sebab dari Disneyland petang nanti terus ke hotel lain kat Paris jugak tapi Zone lain la. habis dah pakej Disneyland 3D 2N. befor check out tu kitorang baru teringat nak amik set breakfast yang hotel bagi. serius lain dari yg lain. dorang bagi set tapau.. macam set Happy Meal McDonald tu tapi dalam dia ada 3 jenis roti French. roti baguette (yang besar panjanggg tu), roti croissant, roti manis.. semua sedap sedap. makan roti french kat Paris baru matching :P .. siap skali dengan juice orange dalam kotak besar, susu fresh milk sekotak besar dan pelbagai jenis jem yang kecik kecik tu. dah breakfast nasik goreng kat hotel makan lagi roti tu.. wah bertenaga lebih kitorang hari tu. yang menarik packaging dia comel. alaa lupa nk amik gamba..

hari ke tiga kat disneyland ni kami masuk Walt Disney Studio. WDS ni sebelah Disneyland Park. ada jugak games cuma tak sebanyak kat Disneyland Park. sini banyak fokus studio studio live performance dari watak watak katun Disney. alaa macam kat TV tu tapi boleh tengok live. kami sampai pon pintu pagar tak bukak lagi. duk la tertonggok kat situ melayan roti roti free tu. :D..


pintu masuk Walt Disney Studio

macam biasa la masuk masuk je main game yang ringan ringan dulu. layan cik Puteri bergumbira. lepas tu baru la DC Hakim Hazim main roller coester turtle yang menakutkan. tertungging terbalik sampai pening lalat kepala DC. sebab terlalu berpusing pusing kata dia. bila aku naik steady je. Hazim siap naik 2 kali sebab nak temankan mama naik.


main kat kawasan toy story ni. ada satu games tu macam buaian menghayun 180 darjah. DC Hakim Hazim jugak yang naik. sementara dorang naik tu aku bawak Hariz dengan Puteri naik kereta mainan berpusing pusing. aku pun seronok jugak. ingat kan keretanya bergerak.. rupanya lantainya yang bergerak pusing pusing .. heh tipah tertipu... dasar mainan kanak kanak.. HAHA

then aku, Hazim dan Hariz naik payung terjun ni. sebijik macam terjunan payung terjun. mendalah ni naikkan kitorang tinggi tinggi dan jatuhkan laju laju. rasa terbuai buai jantung macam nak gugur. Hariz kata "mama it was ticklling my heart" haha.. nak kata geli jantung di hayun la tu.. simple tapi best.

sementara tu Puteri dan Hazim dapat jumpa dengan askar mainan yang real.. macam patung tapi orang betul ni. nasib dia bukak mata. kalau tutup memang 360 ijo..hehe


puaslah bermain kat dalam ni. banyak jugak games untuk kami. tapi tak semua Puteri boleh main. kena ikut ketinggian dia. kalau tak cukup kena la dia main playground fancy je. dah tu dia kan free.. ;)

penat main games.. erkk main games nya tak lah penat mana.. berato yang penat. ni pegi bulan 4 yang hari sekolah jalan ni. kalau musim panas ntah bape kilometer pulak kena berato gaknya.. adehh.. kitotang nak naik bas ni haaa..

ingatkan arhhhhh hanya bas jalan jalan je la kut. lepas penat berato dan kami naik bas ni. kami di bawak ke satu tempat di mana lokasi pengambaran (sample) aksi letupan dan perang perang selalu dibuat. dorang buat demo la cemana dia aksi tembak tembak. tiba tiba KEBABOMMMMMM!!! siap dengan api berkepul kepul letupan mengejutkan sambil bas yang kami naik tu huyung hayang .. wah kejutan letupan rupanya. Hakim dah lah duduk tepi. dia kata "my face was burning, mama" haha.. ha'ah lah bulu hidung mama pon dah terbakar ni.. kiki.. gila dekat api tu ngan kami. sebab api tu besar soo bahang dia rasa api tu macam dah dekat dengan muka je. gerun terkezutt.. sampai ada budak menangis dalam bas tu. Puteri relekss je.

then aku study study pamplet show.. ada perarakkan watak katun pulak lepas ni. plan nak makan tangguh dulu.. dapat laa tengok live cinderalela yang jelita. itu je la yang aku kenal.. haha yang lain DC lebih mengenali dengan lebih rapat.. HAHA :P mekap sampai jelita macam real dalam watak sebenar. gila la .. terpegun kejap tengok dorang ni. DC pun pelik cemana boleh sama muka dorang ni dalam watak cerita tu. agaknya masa interbiuw nak dapatkan job ni kena ada muka iras iras watak jugak eh.. erkk sampai ke situ kami pikir. ke memang yang sebenar? entah.. ce korang tengok pulak ye ke?



si jelita ni aku terserempak masa kami tengah makan ais krim.
cecepat amik camera click kat dia.
sporting plak hingga melambai lambai kat aku.


tapi ..errrrr kalau watak macam gamba di bawah ni ... sapa sapa pon boleh lah nak jadik model ni. DC kata susah ni nak cakap nama profession apa? haha.. :P



apa pun sarung watak ni comel. buat kan Hariz dan Puteri membuat imaginasi sendiri menjadik nyata. ye la selalu tengok kat TV je kan. tetiba ada kat depan mata.. kan lebih teruja.. mereka ni siap buat show lagi. budak budak duduk depan skali sebab VIP.. hehe

eh eh lepas perarakkan ada show car stunt pulak.. berlariiii pulak kami mengejar show car stunt. masuk masuk je dah penuh stadium. tengok aksi stunt kereta .. mula mula dia tunjuk motor rempit. alaa biasa lah banyak dah biasa nampak kat KL.. kekekeke.. then tunjuk aksi stun keta plak. masa tunjuk tu .. whoaaaaa terel nya bawak keta mengundur secara drift lagik.. bila dia bukak rahsia laaaaaa ropanya memang stering memang ada kat belakang. yg kat depan tu patung aje.. alohh tertipu kami. mereka buat aksi tembak menembak penjahat motosikal mengejo hero.. lalu naik kereta pulak. kereta terbang motor terbang...

tak la dasatt sangat.. sekali tuuuuu tiba tibaaaa...

KEBABOOOOO... VOSHHHHH.. huh letupan mengejut lagi kami kena.. nasib duduk jauh skit. idok le terbako bulu idung. sapa yang duduk depan tu rasakannnn HAHAH.. tapi duk jauh but bahang jugak. terkejut sumorang.. sapa ada sakit jatuh sure mati lepas tu.. hihi.

abis show motocar ni kami pon menggelupur makan.. maka melepakk lah kami kat ataih rumput ni haaa meyantap makanan.. banyak syiok pekena rendang ayam. dengan slumbernya takde rasa bersalah pon.. sebelah tu restoren dorang.. haha

tengok Hakim tu tak bleh ada masa terluang. kat tempat best banyak xtvt pon stil nak main PSP dia. dorang ni bukan boleh statik satu tempat lama lama. cepat bosan. ligat je pala tu mikir apa nak buat. resah je kalau kena duduk diam. bawak bebudak hyper camni la. haih..

takpelah tu maksudnya otak kamu aktif berfikir..

lepas kenyang kami jalan lagi sambil nak masuk dalam studio nak tengok performance live. takleh nak tunjuk sebab tak boleh amik gamba. lagipun gulap sangat. best jugak performance dorang. pentas dia bergerak gerak. terasa macam hidup persembahan tu. katun buat lawak. takde lah bosan. aku sempat terlelap sebelum show. ye la perut tengah kenyang. gelap plak tu tambanh plak dengan letih lagi. enaknyaaa..

jalan jalan jumpa port MENJERIT sekuat hati. tengok graph sapa paling tinggi.. HEHE mama lah menang. haa masa ni kalau nak lepas geram dengan sesapa atau apa saja bole la. sila kan menjerit sampai terkeluar isi perut. takde sapa marah ;)

sebelum balik Hakim Hazim dan DC naik Tower Hantu... seram dan menakutkan. kecut perut budak budak ni. HAKIM sampai nangis nangis terjerit jerit mintak nak turun masa dah dekat atas. hahaha.. mana boleh. bila dah turun .. uwaaaa Hakim tak nak naik lagi roller coster ke apa ke semua. aik dah hari last baru kata tak nak.. harap harap benda benda ni akan mengatasi ketakutan kamu. supaya kamu lebih yakin lagi. kikiki.. dah sampai hotel.. "sebenarnya BESTlah mama naik tu. sekarang Hakim dah tak takut.." ceh !


kitorang melepak sini sampai Walt Disney ni tutup. sini tutup awal. berakhirlah imaginasi anak anak di Dineyland Park selama 3 hari. bye bye Disneyland, Paris.. tak akan datang lagi.. HAHAHA.. cukup lah sekali merasa.. hari last ni elok plak mood cik Puteri. tak meragam dan nangis nangis masa tengah berato. mungkin dah faham.

sampai hari ni anak anak masih lagi bercerita tentang ke best san Disneyland. naik tu naik ni. Puteri pulak membuat gaya gaya ikon katun tu. banyak kenal pelbagai jenis haiwan. vocab pun bertambah.

sooo petang tu kami check in hotel lain kat Paris awal skit. kat online booking tu hotel tu dah siap siap bagi code no pagar dan peti besi untuk amik card pintu bilik kalau check in lewat. sebab counter tutup lepas 8 malam. kami sampai 7.30 petang. proses check in lambat pulak. nak copy card bank sume lah. leceh. dah lah apartment tingkat satu. adehhh... nak manjat lift dengan huyung hayang bawak barang. sampai 2 trip turun amek barang. nasib baik apartment kau ada mesin basuh. dapat lah aku jadik tukang cuci malam tu. :)

living room

balcony apartment

dapur dan dining - snap pic dari balcony.

ok laa apartment besttt besau.. harga pon besauuu.. :P ada balcony lagi. tapi ngadap umah orang. nak buat hapaa! ada 2 bilik yang cosy. eh kat disney ritu pun cabin 2 bilik jugak. yang penting dapur best siap breakfast bar. petiais pon besar.. City Residence Appart Hotel .. sapa nak try book click nama hotel tu. mahal skit sebab berdekatan dengan Metro (ala ala LRT Malaysia la). senang.. jalan kaki je ke Metro station. parking je keta depan aparment tu.

kitorang tak kisah kalau dapat hotel murah yang kecik. tapi booking hotel kat Paris sume soh letak bapa anak sume. takut plak nak tipu tipu. tu yg kena dok apartment tu. anak ramai ni bajet berjalan pon besau. tu yg kena cut kos makan.. hehe

dinner malam tu aku goreng ayam tepung kfc. fevret anak anak. banyak dorang makan. penat dan lapar gaknya. lepas sidai baju gantung sana sini haku pon pengsan tak sedar diri membawa kaki yang berdenyut.. heeee.. DC plak sempat download Raja Lawak. layan jugak sambil mata suam kuku ngantukss..

besokk nya kami nak mulakan pengembaraan di kota Paris.. TUNGUUU.. aku ada video kat Eiffil Tower tau.. ngeeee...

8 comments:

Pika pongpong said...

wahhh.. kira sempoi n sporting jugak lah ye disney land ea sbb bagi kt bawak masuk makanan sendiri kan?

Kat sini.. baru pegi sunway lagoon dah check beg segala takut ada bwk masuk makanan atau air mineral..
Apa pun, seronok tngok kak fida n family happy n enjoy bercuti.. dorng sama je hyper active mcm adik2 saya. tp itulah yg jadi meriah.. :)

ishamizu said...

Wah pegi cuti2 Paris rupanya. bestnya Disneyland..nti klu nk pg leh refr akk ..tk khtam lg bc sume episod, will come again. :)

Anonymous said...

From Sufi :

wahhh kak, ko beli jugak scarf mini mouse tu....aku beli gak masa kat disneyland japan thn lepas...aku cakap kat sayuzi..scarf ni kalau sape2 mintak nangis2 waima anak kita mintak nak main sekalipun xkan aku bagi...kenangan tuh...kene simpan...hehehehhe

Sharifah Mohd Sharif said...

Sampoi!!!!!!!!!!! dlm bebanyak gambar aku suka gambar ko makan atas rumput ngan family kat Disneyland....aku pun kena belaja cam ko la klu nk jimat masa p holiday..tahun ni x tahu nk gi mana??? tggu budgettttt..

Rafidah said...

Pika - itulah patutnya Sunway Lagoon kena tiru Disneyland tak kisah pon kalau bwak makanan..

Rafidah said...

izu - nanti izu bawak baby ke sana tak banyak boleh main. kena pegi time baby dah besar skit lah. :)

Rafidah said...

sharifah - masak dan bawak bekal memang jimat Pah. tapi penat la skit nak siapkan bekal bekal tu sume. kena banyak sabar. pegi Pah cuti jgan tak pegi. duduk rumah je pon boring..

Rafidah said...

Supi - cekak mini tu Aku yang nak sangat sebenarnya.. HAHAHA tak tahan sebab comel sangat.