Monday, 25 April 2011

10 April 2011

lepas berpenat penatan kat Pusat Sains Atomium dan menjelajah Mini Europe.. hari pun dah petang.. itenary seterusnya ke Royal Palace. lepas pusing pusing carik parking akhirnya DC parking dalam bangunan sebelah Royal Palace. berbayar tapi selamat. keluar je dari bangunan parking tu ... TU DIAAAAA coklat sebesar gajah. haha..

Hakim cuba untuk menggigit telinga gajah perisa coklat.. :P
*
*
*
*
tu replika je lah..

blakang kami tu deretan booth kedai cenderamata.

Puteri dan Hariz dah over penat.. dorang dah lena baik punya kat dalam keta. tetiba kena turun plak bila sampai tempat ni.. Hariz apa lagi ngamuk sakan. suruh aku dukung dia yang seberat hampir 20 kilo masa jenjalan kat kawasan ni. patah riuk tulang belulang mama Hariz oiii..

sebenonya tak leh amik gamba. ini gamba curi curi ni. xde flash. kabur skit.

Belgium memang terkenal dengan coklat Belgian Coklat..

masa kami datang takde orang tengah buat cekelat waktu tu.. tak dapat nak tengok cemana pembikinan nya.. sedih. dapat tengok yang dah siap pon jadiklahhh.. huk huk



rupa paras cekelat yang comel lote..
mengeramkan macam sayang nak makan hikss

dah macam kedai kuih muih coklat dah. padahal 100% coklat ni

alaaa Belgian Coklat ni kan ada jual merata tempat. so kami takde lah beli kat sini. entah sampai sini jadik mahal plak.. maybe sebab fresh kot.

lepas jamu mata dengan coklat..

meh jamu mata dengan beg plak..

hand made bag.. cantek gila.. suka! klassik je nampak..

ronda ronda kat kawsan Royal Palace dan Grand Palace plak.. ramai nya orang tak terhingga. macam ada pesta plak. sume pakat pakat nak tengok bangunan paling berseni kat sini. aku kalau tengok bangunan berseni seni sangat macam ni rasa macam berhantu pun ada. patung sana sini. haishh.. alah istana omputeh memang la cenggini. berkerawang krawang. dinding atas berkilau dengan sadur gold. bapa karat tak pasti plak. ;)





belakang kami tu Museum Sains. tapi dah macam bangunan purbakala.. sana sini patung berterbangan melekat kat dinding. tak leh tenung lama lama.. takut ngigau..

sadur emas kat bangunan tu agak agak kalau kikis skit2 jual boleh kaya tak.. kikiki



kitorang melepak tengok ramai pelancong senasib macam kami jugak. sume sume jakun tengok bangunan kat sini ..


bukti nehhh.. hakhak..

ni bangunan apa tah.. sampai lupa..

berakhirlah jalan jalan 3 negara europe kami ni.. mungkin tak akan sampai sini lagi. hahaha.. apa lagi teruslah pecut untuk check in feri. benti rehat makan kat stesen minyak je. nasik lemak pagi tadi berlauk daging burger masak sos. cewah resepi hentam keromo. maklum le dapur instant rice cooker.. ngeh ngeh..

3 jam jugak perjalanan ke Calais. Puteri pulak tak tido sepanjang jalan. pesta nyanyi nyanyi la dalam kereta di iring dengan tangisan.

dalam feri amik port paling private dan strategic.
anak anak boleh memekak. takde orang jeling ;)

sempat jugak explore seluruh tingkat feri yang gedabak besau. mujur kedai duty free dah tutup. kalau tak melayang duit. ceh! ada niat nak beli tuuu..

sampai tingkat atas open air pon kitorang naik jelajah. takleh amik gamba sebab gegar... dan takleh lama lama pasal ditakuti aku mabuk laut.. bukan mabuk peknen yew..


duk dalam lagi best dan cosy.. melayang layang macam kena buai.. hampir 3 pagi sampai Bridge Road, Uxbridge, London.. barang sume tak angkat. semua pakat terjun carik katil dan bantal.. aaaaaaaaa... home sweet home..

TAMATTT..

p/s - hari last kat Belgium ni sebenarnya Birthday Hariz. Mama Ayah semua bizi berjalan sakan.. tak dan nak celebrate.

4 comments:

Ana said...

wa tamatun al kisah korang anak beranak yerrr....sib baik x de season 2...kalu x terpaksa aku tangguh buat kerja lain sebab nak tunggu citer baru plak...hehehe...apa2 pun tahniah la sebab misi korang yg sampai bercatu makan dan belanja utk jenjalan coti coti europe berjaya gak dilaksanakan...syabas inspektor sahab!!!!...(eerrr...x de ole2 ke utk aku dot???...)

Maya said...

akhirnya.... :)

ishamizu said...

Bestnya..geram tgk coklat2 tu kak, cantik2 plak tuh! mmg rasa syg nk mkn! hehe.

Nway, happy birthday to Hariz..dpt pg jln2 3europe country tu kira celebrate bday dia la tu, kn? ;)

Yan said...

YA ALLAH... bestnya coklat...banyak betul.. Bestttt...