Thursday 14 April 2011

3 Negara Europe - Episode 2 (Disneyland, Paris)


6 April 2011

pepagi subuh sepiee dah bangun. rasa macam baru je tido dah kena bangun. siap kan breakfast berat. kasik penuh perut. supaya tak merengek nak itu ini kat sana nanti. masak nasik goreng.. MASAK wehh.. bukan beli nasi goreng. words masak tu macam senang je kan nak sebut. padahal banyaknya karenah. mana tak banyak kerenah.. bahan bahan lagi. gadget lagi. aku kalau boleh nak bawak sebijik dapor tu ke sanun. ce ko bayang dengan bawang dan segala bahan yang berkenaan dengan menu lah aku hangkut. kuali belanga, piuk nasik, chopper fevret aku tu. YA YA.. aku dah pikir dah xnak buang masa pegi kedai lah. nak samak piuk belanga lah.. siap sume bawak dari rumah. packed kan kecik kecik. dah siap siap pikir apa nak buat. so xde buang masa carik itu ini nanti kat sana. dahlah nak mencarik apa kita nak punya susah. packaging semua dalam bahasa French. boleh aku teringgal garam. jenuh carik kat hotel. siap rasa sebelum beli takut silap. :D

ok pagi pagi taknak buang masa melayan kerenah nak mandi ke apa ke.. petang petang balik semalam suruh budak budak ni mandi siap siap. soo pagi ni takde dorang mengamuk kena mandi sume. baju utk pagi ni pon dah siap pakai dah. just gosok gigi basuh muka je. kecuali nak siap kan cik Puteri je la. remeh skit dia. DC pulak prepare gadget2 nak bawak camera, h/p yang dah siap siap charge malam tadi. kemas2 bekalan makanan masuk beg terus ke kereta. soo tiap tiap pagi macam ni lah rutin kami yang meletihkan tapi terpaksa buat demi menjaga masa yang tak terbuang macam tu je dek kerana nak bersiap. buang masa sama macam buang duit jugak. gigih tak?

seawal 8 pagi kami dah gerak dah ke Disneyland. tu kira lewat dah tu. 7.30 pagi dah berpusu pelancong lain gerak. soo pagi tu sejam dah burn dekat on the way nak ke sana, jalan kaki nak masuk ke dalammmm park lagi.

escalator pejalan kaki hanya separuh jalan je. lebihnya jalannn lagi. :(
tengokkk .. sempat isi perut dengan roti lah crips lah.
padahal dah breakfast kat hotel

apa apa hal wajib bergambo dulu..hehehe

masuk masuk je Discoveryland dimana semua permainan berimaginasi dalam kepala budak lelaki aktif .. melompat lah kegirangan. aku pun termasuk jugak dalam imaginasi mereka. dengan terpaksa naik helicopter ini...

best jugak sebenarnya.. kena tiup angin Paris yang dingin.
alahh macam kat Genting jugak laa


main game secara reality. masuk ke alam game.
sambil membuat target tembak menembak. lawan sapa dapat markah terbanyak.

budak budak ni fun gila la masuk mendalah ni. berimaginasi di alam nyata gitu. aku merasai kebestan nya sampai masuk 2 kali. kan kan kami sedang mengecilkan skala otak. dengan mak paknya skali enjoy.

mama dan ayah jugak bagi peluang kat Hakim dan Hazim memandu kereta sebenar. real weii kereta berinjin betul betul pakai minyak petrol. siap pedal tekan minyak bagi. bezanya dia kecik dan ada landasan sendiri. wah kemain seronok lah. Puteri pon had fun jugak sebab terhenjut henjut kekiri kekanan bila membelok. DC pon eksaited sampai ajak main 2 kali. sanggup menderita berato berlagukan tangisan Puteri yang tak sabar.




lepas penat lelah beratur dan kegirangan bermain. kami isi perut kat kusi yang sedia ada. carik pot baik bukak bekal nasik putih kari ayam semalam serta nescafe tarik dalam termos. santap dengan tenang. stroller Puteri di jadikan platform untuk menggayutkan makanan sana sini. banyak jasa stroller tu. hehe

tengah syok syok makan tetiba ikon Gopi ni datang. apa lagi berkejar Puteri dan Hariz nak bergambar. Hariz sibuk dok tarik misai si Gopi ni.. 'that is not real, Mama.." kata dia. HAHA memang laaa.. (aku panggil Gopi je.. ntah apa napa dia tah)

habis makan jalan jalan lagi jumpa.. robot hitam ni...

kemudian kami duduk bersantai kat taman permainan Wild West ni haaa.. dapat lah aku baring kejap tegangkan urat bersimpul akibat beratur dan berjalan berkilo kilometer.

then sambung balik naik kapal besarr.. besar gila la kapal ni. macam yang sebenar je. kalau kapal sebesar tu boleh berlayar kat tasik Disneyland tu maknanya berapa dalam tasik tersebut. duduk dalam kapal tu eh macam dalam Titanic pulak. U jump I tak nak lah jump...haha

masa ni sume orang dah turun. kami cecepat amik gamba.
punya susah nak amik gamba tak berbackgroundkan orang.

turun kapal besau.. kami masuk Rumah Hantu. serius rumah hantu. siap sound efek macam dalam filem. masuk sensorang sure takut. gulap gulita dalam tu. rumah bersawang. orang yang jaga suruh shhhhhhhyyyyyyy diam jangan bercakap. kami semua masuk. Puteri relek je tak takut pon.. agaknya dah biasa tengok citer hantu kot.. hihi. aku pulak yang risau takut mengigau. sibuk aku tutupkan mata dia. tengkorak terbang terbang la. drakula mengilai lah.. eh seram lah. sebijik sejiban macam kat pilem omputeh hantu tu. ce bayang!

sebuah rumah hantu yang seramm

banyak betul kedai jual benda benda yang bersangkut paut dengan permainan dorang. Disneyland pon jahat jugak buat perangkap.. jalan nak keluar di letaknya kedai. apa lagiiii .. memasing nak.. mcm biasa lah jawapan nya TAK BOLEH.. cuba cuba je boleh.. haaa yang bagusnya kedai kat dalam Disneyland sini anak ko main lah kat situ cemana lama skali pon takde dia marah pon. siap pakai cuba then bergamba pon tak marah.. jangan ko bawak balik tak bayar sudah lah. ce ko buat camtu kat tmpat lain .. menjeling sakan salesgirl dia..


kalau koboi koboi ni kat Frontierland lah. DC, Hakim, Hazim dan Hariz naik roller coster. keluar jeee muka memasing pucat ketakutan.. haaa rasakannn nak naik sangat. aik DC pon takut.. kah kah kah heh! apa lah muka ganas takut roller coster kanak kanak.

belakang DC tu lah roller coster nya. seram dan ngeri katanya lah.. Hariz pun ngam ngam je ikut ketinggian dia boleh naik. Puteri tak lepas soo aku pon tour lah land cuci mata.

banyak jugak games yang kami dapat main 2nd day ni. kebanyakkan permaian bersifat kelelakian. naik bengkak kaki. alang alang dah datang sini kami melepak habiskan masa sampai malam. sampai tutup permainan semua lah. lepak malam sebab nak tengok view malam kat situ cemana. whoaaa berwana warni lampu sana sini.

baru 2nd day letih tak terkata. hangin pon banyak gak. mana tak nya sedang penat lelah berato sedang elok nak sampai giliran kang tetiba kang Hariz cakap nak berakk .. adoiii.. tension je. sibuklah suruh dia tahan. bawak budak memang banyak kesabaran. benti toilet je ntah bapa kali. nak menjaga dari takut hilang jenuh oiii.. kena pulak Hariz kalau berjalan melilau. tu belom cerita merunggut penat. mintak mainan itu ini. baru pegi satu femli. kalau pegi 2-3 family caner plak gayanya.

malam tu balik ... masak lagi. kali ni nak masak sambil baring baring je. sekor ayam goreng kosong sebab nak buat rendang dengan rempah rendang instant untuk bekalan besok dan dinner malam tu. lepas dinner baru boleh zzzzzzzz. hampir 11 mlm. kalau goreng ayam dulu ni tahan lama skit untuk ke arah basi.

besoookk kami masuk Walt Studio Disney pulak. macam macam adaa.. show live. roller coster sampai nangis nangis meronta nak turun.. sapa gaknya tu.?. jumpa mikey minnie, cinderalela watak watak disney sume adaa..besok plak aku citer eh..



3 comments:

chinta... said...

huhuhu..bestnyer...bila la chinta dapat mersai semua tu kan..hikhikhik

Aleyn said...

Bestnyer....bertuah badan dapat gi nengok negara orang kan...

Salam kenal..

DrMaya said...

perrgghhhh!!!!!!!!!!

Hebatnya coverage ronda euro..huh jeles ya amat nih =P