Tuesday, 26 April 2011

Hariz - 5

10 April 2011

masa besday Hariz kami semua kat atas feri dari Calais ke Dover malam tu. sampai rumah dah pagi.. hampir 3 pagi. so memasing dah kepenatan dan kemengantukkan. besoknya sume sume ganti tido yang tak cukup cukup. eh tak mama dan ayah je yang tak cukup tido. naik merah mata putih .. anak anak sume cukup tido. iskk jeles..

so celebrate birthday Hariz lewat sehari.. takpe la kan Hariz. janji sambut jugak. sambut kena sambut sebab sebulan sebelum April dok lah sakan tanya.. "Mama, when its my birthday??" diulang ulang soklan hingga dah sampai April.. tanya pulak bila 10th .. bila dah sampai date kesian pulak kalau tak belikan kek sama macam sambut abang abang punya besday.. tapi kudrat tak cukup nak bake the cake. makanya ayah tunjuk je la kat kedai.. KEK BOLA!!!

lepas nyanyi nyanyi .. baca doa makan.. kita potong kek laaa..


punya keras kek hik hik
sampai Hariz pon tak larat nak potong.
mintak bantuan abang Hakim

icing je lebih atas keras tu. manis sesangat sangat. sampai anak anak pun tanak sebab TERlalu lah manis ya ampun.. tapi kek memang sedappppsss..


senyum budak takde GG. :P
bergaya dengan badge Birthday Boy!

aik bukan dua laaa..LIMAAAA.. u are five. eh dia tahu dia 5 tahun. masa ni tengah buat 'peace'. Hariz start nursery masa tahun lepas. kiranya 2 tahun dah dia skolah kat sini. kadang kadang dia blur bila ditanya soklan bertubi tubi dalam bahasa melayu. lambat skit tangkap.. mama yang degil nak jugak cakap melayu. biar lah walau tak paham sekalipun. asalkan dia biasa dengar.. lama lama paham jugak. kadang kadang sampai hangin hingga ayah kena translate. grrr

dia je yang lain skit no IC.. sebab dia lahir kat KL.. haha.. dia lahir kat Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. sebab pusat perubatan tu beralamat KL so IC dia no 14 kat tengah. orang lain sume Selangor..

dia baby besar dalam 4 beradik. 3.6 kilo masa lahir. susah sikit nak keluarkan dia. disamping lupa meneran beranak cemana HAHA.. beza Hazim dan Hariz hampir 4 tahun. jauh skit jarak. Hakim Hazim beza setahun. memori beranak pon fresh.

aku ni jenis senang bersalin.. cukup je minggu 40 check up macam biasa terus cek bukaan servik 3-4 cm dahhh.. tak rasa pon. doc pon pelik.. banyak sangat jalan kot.. kiki tak ada rasa contraction bersalin hingga lah di induce.. EMPAT anak semua macam tu.. Alhamdulillah..

lepas induce barulah start contraction.. 20 minit terus kluar baby. Hariz amik masa setengah jam jugak. kan dah kata lupa meneran. banyak meneran di muka je. bukan kat perut. kesannyaaaa... hingga pembuluh darah di mata pecah. macam mata berdarah dalaman. boleh nampak darah kat mata. darah beku. sentuh gosok pon tak hilang. lepas habis pantang terus hilang.

Hariz kecik kecik kuat mengamuk. hempas pulas pujuk tak makan saman. akhirnya aku tak layan. dia sendiri sambil tertido kepenatan mengamuk.

membesarkan 3 anak lelaki yang ligat memang rumah tak boleh nak kemas. ada je idea dorang ni. nak citer pasal hyper tak tersenarai lah.. Hakim Hazim pernah jatuh. Hakim koyak di kening berjahit beberapa jahitan. Hazim pulak koyak di dagu dengan beberapa jahitan, sampai Klinik Family punya doktor dah kenal dah kami..haha.. Hariz poonnn penah jatuh tapi tak sampai berjahir sebab bibir je pecah. skarang ni kalau tengok betul betul bibir bawah dia macam lain skit. tebal lebih..:D

penah jugak Hakim Hazim panjat tiang buai yang boleh alih tu hingga membengkokkan bilah kipas kat bilik kami. sampai rosak kipas siling tu. mujur tiang buai yang kena kipas. kalau kamu yang kena ..cane?? nangis tak kuar lagu mama.. hukhuk

panjat bumbung bilik solar kat BMI.. pak guard jumpa bawak turun. sebab kat dinding bangunan tu ada tangga pasal tu boleh sampai bumbung. tengokkkk.. punya berani. tak takut langsung.

pernah jugak terjumpa kunci tingkap rumah selayang bilik atas. keluar ikut tingkap bertenggek atas bumbung anjung bawah. jiran nampak. terjerit terkujat tengok. ayah tengahh mandi. aku sibuk masak. anakkk!!! anakkkkkk!!!

masa rumah apartment lama selalu jatuh kolam renang orang dewasa hingga timbul sendiri sebab dorang terkapai kapai naik atas..

bawak pegi rumah orang mama dan ayah yang tak senang duduk..

dengan anak anak hyperaktif ni otak tak stop fikir apa nak buat.. mata kami pon kalau boleh tak boleh berkelip dari tengok mereka ni. bila abang abang nya dah bergeliga sangat.. di ajak nya adik mengeligakan otak sekali.. pandai pandaiii! atok pon surrender. retak cermin muka kat rumah mak di kejakannya.. apa nak buattt cucuuu..hihi

sekarang pun masih ligat.. apa abang abang buat Hariz ikut je.

HAPPY BIRTHDAY HARIZZZ!!
MAMA DOA KAMU BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.. AMINNN

3 comments:

Ana said...

Birthday boy....happy birthday Hariz...pejam celik pejam celik dah lima tahun rupanyer umur dia..ingat lagi si Hariz ni...hingus meleleh memanjang...hehehe...Cik Ana doakan jadik anak yang berjaya dunia dan akhirat...moga2 menjadik anak yang soleh...aminnn....

Anonymous said...

happy bday 5th bursday Hariz with lotta love from Aunty Nora and family..tak per balik Msia tu akan pandai sendiri ckp BM.Maybe jarang nak converse in English sbb excited learning 'new language'.Kak Nora Jeffrey

ishamizu said...

seronok baca psl ank2 akk ni..kelakar mama dia cerita. best! hehe..

Nway, jeles dgr akk sng je bersalin sume..alhamdulillah ye kak, rezeki akk.:)

Happy birthday Hariz! mudah2an jd insan yg soleh, bguna dn bjaya di dunia dn di akhirat n taat pd ayah n ibu. :)