Sunday, 24 April 2011

3 Negara Europe - Episode 7 (Brussel)


last day kembara ke 3 negara europe kami ke Brussel, Belgium..Link
10 April 2011

pagi yang tak berapa pagi.. sengaja keluar lewat. konon konon nak mendapatkan rehat yang extra cukup setelah di accumulate kepenatan 5 hari sebelumnya.. gagah jugak berjalan lagi. walau denyutan kaki masih belum pulih. guna habis habisan kudrat kaki. hadoyaiii..

ngam2 check out pukul 11 pagi. mujur tempat nak pegi dekat je. sengah jam dah sampai. parking keta betul betul depan padang Atomium tu..free. hari ke 6 ni punya lah panas seteriknya.. TERBAKO kami. rentung... eh spring ke summer ni.? confuse..

meh jom aku bawak korang mengembara ke alam sains dan teknologi.. ewah teror sangat nak citer. ni tempat tempat orang yang macam DC laa.. otak saintis. insyaAllah. kami masuk explore Pusat Sains Atomium tu. benda bulat bulat tu.. simbul Iron Crystal. nak citer lebih lebih aku pon tak tahu sangat. rajin rajin baca ni.. ATOMIUM. kang kalau aku citer salah macam bagi ajaran sesat pulak. baca sendiri la yea..

5 dari 9 spheres tu boleh di explore...

Atomium dari dekat. kagum jugak benda ni jadik icon masa World Fair of Brussels tahun 1958.. kita baru setahun jagung merdeka. hik hik


berkilat licin licau.. boleh betulkan tudung kat sini.
ermm benda ni tinggi sangat lah.. ke aku yang pendek :P

terowong yang menghubungkan sphere.. ni pakai escalator
gelap dan berwarna warni lampu..

terowong penghubung jugak.. escalator terang benderang..
ada lubang boleh tengok luar..

nampak ini view..



ada jugak terowong bertangga :( mencungap haku.. adehh

ni view paling atas.. banyak keta mainan kat bawah.. (kata Hariz)

mari belajar planet planet..

mari belajar atom atom.. DC sebagai jurucakap.. hihi..

banyak lagi .. restoren, tempat show show tv pasal sejarah benda ni. tengok saintis dia bina benda ni cemana.. kiranya penuhlah ilmu di dada. cewah. puas explore Atomium kami keluar pegi Mini Europe plak..


kiranya tempat ni macam miniture bangunan dan tempat tempat tarikan di ibu negari semua negara kat Benua Eropah. yeay! kitorang dah pegi dah semua negara kat Eropah dalam masa 2 jam je.. terel kan.. hahahaha. hari tu kami semua menjadi gergasi menakluk bangunan di Kuala Lumpur.. eh KL Asia lo.. dah sampai Spain, Italy.. jauh tu kami pegi.. hek hek..

tempat ni memang open air open sun tan habis kitorang yang dah sedia legam ni.. tade tempat berteduh langsung.. maklumla pokok yang ada pon mini mini jugak.. boleh teduh tangan jek. tupon tangan cik Puteri jek :P

anak anak paling enjoy.. sebab kalau ada train, train tu gerak sana sini. kalau kapal siap belayar lagi. kalau ada windmill boleh pusing pusing kan dia. kalau ada feri besau siap boleh pandu lagi.. kalau dekat kawasan gunung berapi siap ada asap dan bumi gegar gegar. banyak laa.. tak tersenarai. dulu kami dah pegi jugak mini mini bangunan kat Legoland.. tu dibuat dari Lego. yang ni macam real la bangunan dia..

biarlah gambar pulak berbicara..


ritu tak dan nak pi Marble Arch (Paris).. kat sini kita ketemu :)


empat gergasi nak serang..!



gunung berapi dan gegarannya..

gagahnya .. nak di angkatnya menara condong Pisa di Italy ;P

mari kita runtuhkannnn!!

tiba tiba... pahlawan perang zaman dulu datangggg..

macam kenal je muka askar ni.. tak takutlahh..


HABISS.. masuk bangunan information nya plak.. baca baca bacaaa

next.. pegi Royal Palace ... next entry la..





3 comments:

Yan said...

wah..seronoknya..

entah bilalah kitarang boleh sampai sana ek...

MakSuSuE said...

Yan...kita smpi guna mimpi jer ler..dot..ini mcm kt pulau wan man terengganu,menomun bangunan2 dr negara2 islam..rasanya ko mesti lum pgi..blk m'sia jgn lupa pegi arrrr...

Sharifah Mohd Sharif said...

BEst...best...tggu lak giliran aku...tp entah bila..