Wednesday, 20 April 2011

3 Negara Europe - Episode 5 (Keukenhof, Holland)

9 April 2011

balik dari kepenatan mengembara di Paris Town. penat tak terungkap dengan kata kata. malam tu kitorang kena bertolak awal dari Paris untuk ke Nederland, Holland. nak pegi Keukenhof. kat situlah ada Taman Tulip terbesar. tempat ni HANYA dibuka pada 24 Mac hingga 21 May 2011 SAHAJA untuk tahun ni. dah alang alang menyeberang ke Europe kami pon panjang lah langkah ke sini plak. kalau tak pegi entah bila tahun umur plak nak pegi kan.

tahu tak kami tidur hanya 4 jam.. lepas dinner maggi dan rebus spagetthi untuk goreng esoknya aku pon pengsan tak sedar diri. esok kena bangun pagi .. pagi morning.. pagi gila laaa..

3 pagi dah bangun dah.. DC kemas barang2. aku masak masak untuk makan siangnya. turun 2 trip hantar barang ke kereta. plan kena sampai sana pukul 10 pagi. perjalanan 6 jam. ENAM JAM weh.. hadoiii.. patut kena gerak dah pukul 3.30 pagi. hempas pulas bersiap.. dah gerak dah.. tiba tiba Garmin buat hal. tak jumpa pulak coordinate ke Keukenhof. heh? apa halnya ni. hampir setengah jam godek godek.. rupanya.. ayokkkk silly mistake je.. masa kat Paris DC pegi setting gps jalan kaki ke Eiffil Tower. pagi tu bila arah garmin tunjuk jalan ke Nederland dia bengong. hampehh.. lewat sengah jam bertolak..

sampai kat Keukenhof Holland pukul 11.30 pagi. cuaca cantik pagi masuk tengahari tu. kami lunch spagetthi goreng kat sebelah Tulip. SUBHANALLAH cantek sangat Taman Tulip tu. walau penat masih terasa kaki tetap melangkah cergas kat taman tu. tengok bunga bunga segar terapi minda kurang sikit letih.




sempat la kami dok guling guling nyanyi lagu kuch kuch hota hai.. ekekeke


anak anak pun aku paksa posing.. hahaha

terompah yang glamer kat Holland

posing dengan Windmill.. masih berpusing lagi ni.


kembara hari ke 5 kami ritu di kelilingi bunga bungaan. hero hero aku hampir pening dikelilingi bunga bunga sana sini. heh! ni fevret mama soooo kamu kamu kena ikot jugak.. PAKSA.. haha kesian.

ni la .. bunga HARUM SUNDAL MALAM. yang dalam citer puntianak harum sundal malam tu kan sempena nama bunga ni. memang harum semerbak. harum manis bau dia.. banyak spesis ni kat sini.. siap kacuk kalerful lagi. ni purple muda ni. ada merah, biru, purple.. banyak la.. setaman ni bau dia saja. DC kata bau wangi.. apa ke buruk nama dia eh.. entahlahhh..

dah lah nak rehat lah citer pasal cuti kami ni.. muntah plak orang baca.. aku yg nulis ni pon rasa nak muntah jugak.. ada lagi skit je coretan nak abis.. petang tu kami pegi Town Centre Amsterdam.. nak sambung ke tak eh? nak sambung ke tak?? ermmmmm

hari last kami kat Brussel, Belgium.. masuk Atomium dan Mini Europe.. posing kat Royal Palace dan berlonggok longgok cekelat belgium.. wow.. posing je tak beli pon.. :P

penutup cuti skolah ni nak pegi Portsmouth.. yeay! bye

11 comments:

Nadiah Sidek said...

cantiknya! geram rasa tgk bunga tulip tu

Yan said...

cantiknya.. My sister ada kat Holland. Asik tayang gambar tulip dan dia je..

Nieza said...

ni ler tempat yg selalu diidamkan nk pergi harap ada rezeki ke sana juga nanti...suka bunga tulip..:)

Galuh Cendra Kirana said...

Cunnnnnnnnnnnn!!! rase nak kunyah2 jer bunga2 ni. Kak.. citer pasal Amsterdam satu.. plish plish...

Sharifah Mohd Sharif said...

Kau buat aku gila..sesangat cantekkk..ape2 pun thanks kongsi cite ngan aku..insyallah aku akan sampai kat Europe!!!!!Eifill tower tungguuuu... kalau ko ambik 3 4 bln aku may b 4 5 tahun br sampai..

Ana said...

penat gak mengikuti cerita ko nie dot...sama penat mcm ko ngan anak beranak....apa2 pun aku tumpang jeles la sebab dpt gak ko sampai ke holland tuuuu....huuwwaaaa!!!! aku tumpang tengok jer tulip tu..paling2 pun dpt beli tulip pelestik kat jln TAR bile nk dekat raye nnti...kak zah pun meraung tengok gambar tulip tu...itu la tempat idaman kita org kalau ada byk duit.....

MakSuSuE said...

betul ckp ana...tu la tmpt idmn kak sue jugak..dr dulu & selamanya...dot..cept la sikit smbung penat nungu citA Ko ni..

Rafidah said...

nadiah - tengok gamba dah cantek.. tengok real lagi laaa bole gila.. hihi

kak yan - sister? haa apa lagi bole la k.yan pegi pulak holland lepas ni..

nieza - memang cantik nieza.. pegi nieza jangan tak pegi.. hehe

Rafidah said...

GCK - aik kunyah?? ingat ni sireh ke..hahaha.. ok sebab GCK la akak citer Amsterdam kat next entry.. <3 u

sharifah - hik hik jangan la sampai gila.. boleh boleh apa lagi plan pi europe cepat mulai dari sekarang.. haha

Rafidah said...

ana - ko baca citer dh penat. aku yang lalui lagi la nak tercabut kaki weh.. tapi takpe ku gagah jua sebab seronok kan ehehe
kalau kumpul duit pelan pelan boleh aja plan pegi sana.. :)

kak sue - tempat idaman saya jugak kak. akhirnya tercapai gak nak pegi.. alaa kak sue boleh je pujuk cik abang honeymoon ke sana.. hehe wah tertunggu tunggu citer saya ke.. hihihi tq tq

Frau Azmir said...

oh ni lah kisah di keukenhof ye.. :) memang cantik kan.. rase nak pegi lagi hehehe, oh pegi 9hb ye? sy pegi 16 April, tersangat la ramai nye orang huhu.. Tour europe ni x sampai Deutschland ke?