Tuesday, 19 April 2011

3 Negara Europe - Episode 4 (PARIS)

duduk kat London kalau pegi Paris ni macam pegi Pulau Pinang je lah. sebab dah dekat kan. kena naik feri sume. ala ala pegi Langkawi lah jugak.

pengembaraan ke kota Paris bermulaaaaa...kami naik Metro je. DC beli ticket 1 hari jalan jalan pakai Metro je. Metro kat Paris buruk. 1st time naik tercengang. dengan nama tempat yang pelik pelik. susah botol nak nyebutnya. ce ko sebut nama station kat ataih ni. terbeliat lidah nyebut. naik tangga turun tangga tukar tukar station memang menyusahkan lah kalau ada anak ramai macam kami. mana nak angkat stroller lagi. mana nak turun tangga yang tak ada escalator lagi. bikin hangin je.


alang alang dah terbeli tiket seharian .. harung jugak lah. walaupun rasa macam dah nak menangis membaca line metro dia yang terbelit belit. itu kami dah siap siap bawak nota 2 helai A4 paper lengkap tulis naik train apa turun kat mana. pon pening jugak. HAIH! pressure gila. bertambah pressure bila gate nak keluar tu tak user friendly. berpalang palang gate dia. stroller tak boleh keluar. kena lipat stroller. semua benda tergantung kat stroller kena jinjing. dengan nak pimpin Puteri yang kesana kemari

tiket dia dah lah ketas manila kad cononet je. Hakim punya terlipat lipat dah tak boleh swap kat machine keluar masuk. takda quality langsung. tak macam Oyster Card. keras kad nya.

kat London pun sama jugak Underground. belit belit jugak. tapi sebab dah biasa dengar nama tempat. rasa macam tak de lah susah sangat. lagipun selalu naik. tu pun kadang kadang pening jugak. kalau ada sesapa nak jadikan coretan aku ni guidance nasihat aku JANGAN la naik Metro ni sume. memang murah sikit. tapi menyusahkan. baik terus je pegi zone 1 dan naik la RIVER BOAT SHUTTLE SERVICE atau pun naik la bas yang Sigh Seeing Tour Paris tu. mahal la skit tapi tak la fenin fenin nak baca map bagai nak gila. kalau korang datang berdua honeymoon takpe la. kalau bawak anak anak rentikanlah.

ni Des Hales.. yang dikatakan tempat shopping barang branded tu. kata orang beg tangan brand2 yang belas belas ribu mahal tu kalau beli kat Paris jauh lebih murah. entah. aku tak beli pon.. :P


signage yang fenin dan terbelit lidah nak nyebut.

ni kat dalam METRO. sama je lebih kurang ngan tube London


YEAYYYY!! ni la dia LOUVRE.. museum terbesar di dunia. woh di dunia OK. memang besau. ehee kami tengok luar je. masuk bayar. dan buiding dia memang besar dan bertengkat tengkat. yang femos kat dalam tu ada gamba Monalisa. dari luar tengok pon dah besar bentuk U. kat dalam lagi laa.. bangunan ni .. err biasa lah dah kat barat tentu ukiran patung berlambak lambak. sana sini patung melekat kat sepanjang dinding luar museum ni. seram je tengok. dah macam rumah hantu plak. ikut kata member yang dah masuk kan dalam lagi banyakkk..

agak agak bila mereka besar dalam 10 - 15 tahun lagi.. percaya tak mereka ni dah sampai kat museum ni. hehe

sana sini banyak askar dorang berkawal. dahsyat siap dengan senapang weh. takut rusuhan kot.. nak amik gamba pon tak senang. terpaksa lah aku angkut skali kau masuk blog.. ;)

aku pun macam tak caya je berada kat sini.

blakang kitorang tu Notre Dame Cathedral.
nama pun gereja besar.
amik gamba pon jauh je la. architecture nya cantik.

lepak kat situ lama skit sambil makan jajan. tengok tengok banyak gila burung merpati jinak ditangkap lari tengah carik makan. kami pon amik peluang bagi burung makan roti.

terkekek kekek Puteri gelak gelak sebab geli tangan dia kena patuk burung masa bagi roti kat burung tu. ada pelancong lain siap bagi Puteri roti suruh bagi kat burung sebab suka sangat tengok gelagat cik Puteri gelak gelak. suka sakan dia.


Seine River (merentas di sepanjang kota Paris)

salah satu Universiti kat Medical kat Paris.

rasa macam kat sungai buluh plak..:P
deretan gerai jual cenderahati bentuk buluh buluh. jual anak pokok bunga.

background Metro .. hijo kaler nya

ni kat Anvers.. deretan kedai kedai ..
ala ala gaya pekan Tanjung Malim je.. :P
jual kain baju, t-shirt, beg.. murah..

cik Puteri posing mengayakan beg tangan paris baru dia



tuu diaa dah nampak dah Eiffil Tower



dah dekat.. dah dekatt

akhirnya sampai jugak kat bawah Eiffil Tower ni haa..

nak nyampai kan kat Eiffil Tower tu mak aihh punya lah rasa nak tercabut tapak kaki wehh.. jauh gila kami jalan tak sampai sampai. siap sesat lagi. huh! adoyaiii.. bila dah dekat tu rasa macam nak merangkak je. punya tak larat nak jalan dah. mencungap jalan. hadoi yaiiii.. appointment nak naik Eiffil Tower pukul 7.30 petang. mujur dah siap siap beli tiket online dari London. tinggal nak berato je la tunggu turn.

Alhamdulillah.. sampai gak kat tingkat 2 Eiffil Tower.
(hajat nak naik atas skali tak kesampaian. dah lah mahal penuh plak tu)

ni kat atas Eiffil Tower. anak anak posing

eheee sempat tinggalkan 'kesan/jejak' kat ataih nun..
'fidadc n family'
view bawah snap dari atas Eiffil Tower

puncak Eiffil Tower kat atas kepala kami..

kamu dan Eiffil.. nak sebut Eiffil pon blom pandai lagi..

aku dan dia.. di Kota Cinta

ermmmm..


terimalah video.. live dari Eiffil Tower .. Paris

video

berbaloi berpenat lelah berjimat jimat guna duit semata nak datang sini. terbayar dengan kegembiraan. janganlah ingat kami pegi sini bersukaria menghabiskan duit gomen plak yea.

next entry... kembara ke Keukenhof, Holland. Apa ada situ?? Taman Tulip terbesar. akan ada bunga bungaan menyinari blog ini.. wait and see

6 comments:

fa10 said...

encik soami sy pun x suka paris... pening kepala katanya,
Sungai buluh? Fidah dr sana ke? agak2 sekampung ke kita?

Galuh Cendra Kirana said...

meriah kak fida! cantiknya eiffel tower malam2... cantiknyaaa!!!! lampuu... naaakkkkkkk!!!!

mommie yuyu said...

suka tgk gmbr2 ni..x dpt pegi pun xpe..layan gmbr dan cerita kak fida je

Rafidah said...

fa10 - sy orang KL.. Taman Batu Muda rumah mak. saya duduk Bt Caves. keja Gombak. pening kan Paris... best lagi UK

Rafidah said...

GCK - masa lampu kelip2 nyala tu memang cantik. onn hanya beberapa minit je. ko boleh je buatlah lampu kelip2 sendiri. tunggu Raya eh..ahahha

Rafidah said...

yuyu - boleh je kalau nak pegi.. kena sedia RM bebanyak.. sebab kalau dari Malaysia jauh .. :) ko layan citer akak macam dah pegi lah jugak..:))