Thursday, 15 July 2010

Roda Hidup

Salam,

Hari ni nk citer pasal roda2 hidup kat dunia tak kira kat mana kita berada ... di Uxbridge ke, London ke, Malaysia, opis ke, dlm umah ke, luar rumah yang penting atas mukabumi ciptaaNya ini. Hati kita slalu disakiti orang tapi dan ada juga kita menyakiti hati orang tanpa kita sedari. Mata ini selalu sangat nampak silap orang tapi x nampak silap kita. Telinga ini selalu dengar dan marah orang kutuk kita tapi mulut x sedar kita jugak ade kutuk orang.. begitulah yg aku maksudkan roda berputar selagi ade hayat dikandung badan..

Aku cuba utk mengingatkan diri ini bila apa yg berlaku baik atau buruk atas diri aku adalah BALASAN buruk dan baik atau jahat perbuatan aku.. mcm bayar cash lah pendek kata.. Allah maha adil. Alah cth nya pagi2 aku marah kat orang kedai pasal bagi barang salah tiba2 lepas 2 jam aku terlanggar batu lalu jatuh dan lutut berdarah haaa camtu lah maksudnya dikecikkan skop.. cuba membayang skop stori itu dalam kehidupan kita yg besar.. Aku cuba juga menenangkan diri ini pabila perkara buruk berlaku dlm hidupku..mungkin aku jua pernah berbuat dosa kepada orang .. kalau hari ini orang menyakiti kita ntah2 kita juga pernah menyakiti hati orang itu tapi kita TIDAK TAHU atau TIDAK SEDAR.. mata ini selalu nampak diri kita ini baik, x pernah menyakiti hati orang, x pernah kutuk orang, x pernah itu x pernah ini ... cuba kita dengar kata2 dari musuh kita atau kawan2 baik/rapat yg iklas komen pasal kita tentu berhelai2 kertas kajang akan dia critakan.. aku pon sebenaqnya nak jugak dengar pasal diri sendiri pada pandangan orang len kan .. ade ke orang nak citer.. nangis la kalo denga kan.. tapi kalo ikhlas dan demi kebaikan ape salahnya kan ...

errmmm tu lah lumrah hidup maka nak BERLAPANG DADA dan BERSYUKUR atas ape yang berlaku pada diri ini.. InsyaAllah...

No comments: