Saturday, 4 December 2010

Ice Rink

Salam

maleh arrr nak citer pasal heater. hari ni sabtu hari malas malasan. macam la hari lain aku rajin. hari biasa pun malas jugak. tapi ujung minggu hari extra malas. kalau ada Car Boot rajin arr bangun pepagi monin. Winter Carboot musnah. musnah sementara saja. omputeh kan bukan suka dengan sejuk menggedix ni. mereka suka sun tann. ala jemur macam nak buat ikan masin kat pantai tu. jemur sampai kerin. eh ada gak car boot yang bukak. Carboor dalam pintu bukak la. (indoor)

macam biasa xtvt yang terlalu biasa di hujung kepada minggu adalah breakfast di waktu tengahari. ini kan jadual aku. maka suka suka hati je nak breakfast pukul 3 petang pon boleh. hahah tapi menggeletar lah usus oii. seperti biasa mari berangan seperti berada kat Malaysia. boleh start enjin keta carik mana mana parking lot dekat sebelah meja pakcik roti canai. order roti skali ngan air full set. 15 minit settle dah. bruppppppp.. alhamdulillah


kat London mana kau nak cari kedai roti canai cik kak oi. mujur manufacturing instant paratha (nama loti lo) expand dia punya bisnes kat London kalau tak meleleh air liur jatuh ke bumi nak makan roti canai segera dan sedap. kalau tak jenuh lah menguli. itupun kalau sedap. kalau tak sedap pon telan la jugak. roti canai instant settle. takkan makan roti togel je. nak jugak nak jugak yg macam kat kedai kat Mesia nun. nak jugak celup kat kuah dhal. hah amik ko. berlakulah adegen membuat kuah yang beriya iya. padahal hanya untuk cicah 6 keping roti canai instant telur tampal. gigih tak? tolong la puji aku. haha


minggu lepas kan Puteri tak sihat. sooo aku yang gigih tadi membikin la bubur nasi untuk usahakan agar dia makan. tapi dia takmo la. maka nya aku lah yang membedal. eh boleh tahan marvelous jugak eh. sedap hingga menjilat sudu. korang ni bubur nasi TERpaling senang pon nak makan kat kedai ke? termasuk lah aku jugak kadang kadang. padahal terAMAT paling senang masak dalam donia. dengan riak membagitahu.. hanya segengam beras sepenuh periuk kecik air. chopper bawang bersama udang kering. dicampak isi ayam. dibaling suku portion kiub ayam. diterjunkan carot dadu. disiram sikit garam. REBUS. api perlahan. aku buat sebelum mandi. tinggalkan. lepas mandi terus dah boleh makan. jangan lah kau mandi 5 minit weiii.. cenggitu pun kedai jual 3 hengget. apa lah. tapi sayangnya En Saharuddin Othman tengok pon tak. maklum la tak berkenan di hati.

lepas berkenyang kenyangan dan solat asar bersiap lah kitorang sekuarga dari hujung rambut hingga hujung kaki. yela banyak gadjet pakaian yg nak di sarong. tenguk cuaca macam memberi laluan kat kami keluar rumah dengan tenang. kitorang pon melangkah 40 miles per hour ke Town Centre Uxbridge. menunaikan hajat DC, Hakim, Hazim nak main Ice Rink. terkinja kinja nak main. macam lah kat Malaysia tak ada. padahal tak pernah umur pun main kat Sunway Pyramid tu. sebab macam tengok mainan orang kaya je. main kat sini lagi berperasaan (feel) sebab dengan pakaian winter. ala ala orang kaya jugak lah tapi orang kaya yang miskin hehehehe..

BRAVO jugak dorang main. setap kat situ pon baguih. depa duk ajaq la skit skit utk buat gaya pusing pusing. ala penari gymnastic ice. apa ke nama tah. terkebil kebil nenguk setap membuat pusingan maut punya 360 darjah skill. macam getah arr badan dorang. ntah2 lahir je mak bapak dorang dah suruh main ice rink kot.


sengah jam main dah menggelupur penat la. lapa lah. sakit kaki la. aik masa nak main sikit punya terkinja. dah main banyak pulak keluh kesah. habiskannnn sejammm tuu !!.. marah nehh. maklumle aku tak reti main. aku duduk luar gelanggang je la. road scating dengan Puteri dan Hariz. beli jajan. ngap sana ngap sini. main pijak pijak snow yang masih blom mencairkan diri. punya lah nak menahan depa dari nangis. belom cukup umur lagi nak.

habis cerita

blom blom lagi....

balik tu hari dah gelap. lalu kat padang. nak ngetest la MODE : NIGHT kat kamera ni. heiiiii not bad boleh nampak asap yang di hembus keluar dari mulut okeyyy..

meh tengok. DC buat

aku pon nak jugakkk...


anak anak pun tak tahan tengok nak join jugaaa.. yela yela.
Hariz tu tak tahu lah dia hembus nafas ke atau tarik nafas. apa apa je lah.


PEMANDANGAN MALAM. tentu lah gelap. ayoh tengok. paksa ni. :D


kali ni betul punya habis cerita..

No comments: