Wednesday 1 December 2010

Surat Cinta kepada En. Heater

Dear En Heater,

Malas aku nak tanya khabar engkau. sebab aku tahu engkau sedang tak sihat ketika aku sedang menolis warkah cinta kepadamu. kecintaan ini hadir bukan setiap masa. hanya pada musim winter. perasaan ini membuak buak hingga melimpah ruah. tak dapat di bendung lagi dah. kami sangat memerlukan kehadiran mu ketika musim winter ini. suhu cuacha yang semakin menNEGATIFkan diri membikin perasaan rindu untuk mendampingi mu.

Mengapa engkau jatuh sakit ketika kami amat memerlukan mu kehadiran mu di sisi. sungguh kejam kesakitan itu hadir di waktu yang salah. lain kali kalau nak sakit biarlah musim panas. tak adalah hidup kami tersyeksa. Apakah kerana proses penuaan mu itu jelas kelihatan. ? adakah kerana umur kamu yang telah di mamah usia membuat kamu jadik begitu. ? kejam kejam kejam.

pukul 2.30 petang tadi pak doktor dari Hospital British Gas datang nak mengecek jantung Boiler kamu. alah aku ingat kan pak doktor betul. rupanya attenden sepital aje. raba raba sikit dia 'sah'kan sakit kasik form arahkan doktor betul datang lagi. kang doktor betul datang suruh pulak dokto pakar. doktor pakar barulah boleh ganti organ dalaman yang dah uzur tu. ntah bapa lama pulak nak tunggu organ dalaman itu diorder agaknya. seminggu, 2 minggu, 3 minggu atau sebulan atau habis winter. hoh.

jantung Boiler kau pulak berlokasi di dapur rumah ini. habis susunan ingredients aku berterabur. bawang, spices, halia kesana kemari demi nak mengoperate jantung Boiler kamu. BERANTAKKAN dapur aku. demi kamu. tak apa lah. AKU REDHA. demi membaiki kesihatan kamu. walaupun bisa mengganggu operasi masak masak aku.

cepat sembuh dari sakit yeh En Heater. kami merindui KEPANASAN natural dari tubuhmu. akan kami dakap kamu pabila kamu pulih kelak.

yang amat merindui kepanasanmu dengan penuh cinta,
S.Othman N Family


No comments: