Sunday 19 December 2010

Heavy Snow 18/12 @ London

Sabtu - 18 Dec 2010

hari ini anak anak dah start cuti Krismas sekali harung dengan cuti winter selama 2 minggu. mereka pun memang dah tak sabar nak cuti. nak rehat rehat sebab tak sihat. lagi satu sebab jemu buat pakced lunch dorang. pusing pusing dish sama lah jugak. mereka pun dah boring nak makan. kami yang buat lagi lah boring. sampai tak makan dorang. tambah pulak selera makan sejak demam ni bagai ditolak tolak.

pagi ni pulak bangun bangun je tido.. heiiiiiii.. snow lebat gila, sangat heavy. jatuh ke bumi melayang layang berkeping keping tebal. sekali turun banyak sangat. dah penuh dah keliling rumah. dah dekat pukul 1 petang baru lah reda sikit. SUBHANALLAH. Indah nya pemandangan.. putihhh seputih putihnya di keliling pemandangan. semua harta benda diselubingi salji memutih. suci je nampak bumi ni. sebersih seputih salji. jalan raya, kereta, pokok pokok, rumput, pagar pagar rumah habis diselimuti sucinya salji. suci seperti anak dara. sebab belum dinoda oleh tapak kaki orang. belum disentuh oleh manusia pencemar alam. CHANTEKKK sangat. macam pemandangan padang pasir wana putih.

bayangkan yeh.. duduk tepi tingkap dalam rumah yang warm sambil menyaksikan hujan salji yang tak ada di negara kita Malaysia. haaa yang ni betul hujam emas. memang hujan emas kaler putih lah. macam tak percaya tengok dengan gunakan mata kepala sendiri berpeluang melihat kebesaran kejadianMu Allah s.w.t. Ini tahun ke dua menikmati salji di London ni. memang best lagi menyeronokkan hingga teruja jakun yang amat.

salji yang masih dara ni kalau aku rasmikan best arr.. dipijak berderap derup bunyik sebab aku orang pertama yang menodai kamu. hahaha.. kalau dah beramai ramai pijak dah jadik ais boleh jadik sangat licin. akan jadik menyiksakan bagi pejalan kaki tegar macam kami. rasa macam tak mahu jalan. kalau boleh nak SLEDGING je. tapi sapa pulak nak tarik kenderaan separa berat macam aku. haishhh..

bila bukak pintu whhhoooooo angin sejuk berlipat kali ganda berebut rebut nak masuk. tengok tengok salji dah seTEBAL EMPAT INCHI dah. fullamakkkk tebal gila. tepi tepi pintu sikit lagi nak masuk dalam rumah dah salji. kekisi tingkap pun salji tersangkut tebal. kat jalan raya depan rumah blakang rumah jangan kata lah macam KEK SNOW.

jalan raya tentu jem waktu waktu cenggini. ye la macam banjir la jugak. jalan jadik licin bahaya. boleh terbabas. break tak makan sangat. tak boleh bawa laju. kalau jalan raya biasanya council akan tabur kan sejenis GARAM untuk mencairkan salji supaya mudahkan pemanduan untuk kereta. bukan garam untuk masak tu tau. sure banyak kereta sangkut tak boleh gerak sebab snow tebal sangat. kat sini kenderaan ada tayar khas digunakan bila memandu semasa salji. mungkin tayar tu boleh mencengkam jalan raya dengan lebih selamat. tak pernah tengok. tapi selalu dengar orang cerita lah.

arhhhh citer panjang panjang pun tak guna kalau tak ada gamba. crita yang best pon boleh ngantuk. meh saksikan tayangan unggul malam 18 dec 2010.
malam tu aku ngan DC keluar rumah pegi fotoshoot amatur kat keliling rumah. saja saja nak amik mood malam punya view. sejuk kemain tok sah kata arr. dah pakai boot dalam ada kasut kain tu pun masih sejuk. kena pulak pijak snow tebal sampai masuk skit snow dalam kasut autchhhhh!! sejuk sejukk!

ni gamba depan pintu rumah..
tengok lah sikit lagi nak masuk dalam rumah snow tu
(baju merah depan pintu tu Hakim)

ouch.. tenggelam boot

aik..mana pegi kaki aku??


tengok view ni.. putih
tapi waktu malam nampak putih perang


tengok ketebalan snow atas pokok tu..
hampir sejengkal

tentu keta ni dalam kesejukkan berselimutkan salji.. brrrrrrr..

ranting pokok ni nampak artistik bila salji hinggap atas dia

pokok ni pon sama gak..

phewwww TEBALLL..! snow cake



No comments: