Monday 20 December 2010

Menikmati Keindahan SNOW

anak anak cuti skolah xde xtvt. terperap je kat rumah pun ngundang virus jugak. Hariz belum kebah demam. berbalik balik demam dia. aku pun tak faham kenapa? apa lagi yang kurang. ubat done. tidur cukup done. ubat demam sampai dah habis di makan demam belum baik. kering bibir meekah sampai berdarah. badan pun dah susut sebab tak lalu nak makan. bila makan je muntah. usaha dah.. dan tinggal hanya DOA

Puteri pulak keja nya nak orang berkepit je ngan dia 24 jam. aih macam mama ayah takda kerja lain. dia bukan apa. dia nak main main ngan tangan aku atau ayah. kat sendi jari jemari tu kan mcm ada tunggul. so dia suka sangat gosok gosok jari tangan dia kat situ. dah jadik habit sejak kecil. macam khayal je. ntah apa kena nya tah.

Hakim Hazim dah kembali aktif. cuti ni mereka duduk main game V-Tech (educational game). boring game tengok tv channel CITV pulak. wahhh conquere habis AV kat rumah ni yea. abiss nak keluar buat xtvt luar pintu tak boleh. tu yang kengkadang main bola dalam rumah. habis berdentam dentum bunyik bola menggegarkan perabut sume. sudah le lantai kayu, aku yang tengah duduk diam ni pun boleh bergegar body ni. euwwww!

lepas solat asar... moh kita keluar rumah amik udara segar yang betul punya segar. ambil BAU SNOW. yea arr bau snow ni bau fresh. yeala ada mutiara dalam ais. kalau tengok betul betul snow ni nampak berkilau kilat memancar macam ada butir berlian dalam dia. boleh menyilaukan mata. hebatttt kan ciptaan Allah.. Allah hu Akbar !!

semua bersiap memakai perisai kesejukkan. Hakim tak mo pakai glove sendiri. nak pakai glove ayah. ouhhhhhh tahu lah glove ayah besar dan tebal. nak main snow punya pasal sanggup nak pakai glove yang saiz 3x ganda tangan dia..hahaha..

on the way nak ke padang bola yang hanya jalan kura kura 10 minit masing masing mengeluh Sejuk sejuk sejuk... dah sampai padang nak snap gamba baru sekeping dua dah cakap "dah boleh balik dah??" erkkk.. bengang je mama. lepas mama snap gamba mereka laju laju.. OK la nak balik boleh balik !


ayah hantar mereka balik then aku sambung berposing secara syok sendiri. terpinga pinga je mat saleh tengok aku main camera sensorang macam tak ada arah. tima kasih tripod.. kau memang photographer terbaikkk...


ayah keluar smula temankan aku pegi posing posing. maka posing posing ala ala berchenta lah kami.. syiokkkk wooo.. manyakk sujukk wooo.. pipi pun dah kebas tak ada aku heran. sampai rumah dah merahhhh dah muka kesejukkan.


snow yang tebal ni membuatkan suhu kat luar sejuk sangat sangat... ntah bila lah dia nak mencair kan diri. mahu makan minggu minggu jugak tu. tengok lah seminggu lagi jalan akan jadik licin sebab snow dah mula mengeras melekat di jalanan. weekend ni council cuti soo jalan raya masih banyak lagi snow. info : Council tu kalau kat Malaysia macam DBKL la.. mungkin esok lusa Council akan tabur garam untuk cairkan snow dijalanan.

lepas ni pejalan kaki akan rasa tersiksa. silap silap boleh tergelebakk gebebumm! macam nangka masak. auwwww! sakit kauuu..
tengok gamba memang best .. nak harung jalan atas snow terseksa beb..


1 comment:

Qaseh Dalia said...

wah beznye g london