Sunday 5 December 2010

Siti Nur Eczema

Salam

Hari ini tak ada xtvt yang memberangsang kan otak sangat sangat. semua beraksi bebas. aku dengan rimbunan kain baju yang nak di lipat. Hakim Hazim Hariz bersepakat menggegarkan rumah dengan acara indoor games dorang. Puteri pun join sekaki. hanya sekaki sebab belom fully recover. kalau pulih sepenuh nya boleh join dua belah kaki. DC pulak dengan muvie dia tu lah. okehh aku nak bawa cerita ke segmen kesihatan. ayuh mulakan.....

ritu kan bawak Hariz pegi Brunnel Medical Centre. sebab dah kronik. before tu cikgu kelas dah panggil suruh bawa dia ke GP. last skali Cikgu Besar pulak panggil DC suruh kami bawa jumpa pakar. begitu CONCERN sungguh sungguh. sangat mengambil berat yang terlalu berat. hingga masing masing memberi komen ala ala juri AF. akan menyebabkan jangkitan kuman lah, akan mengganggu pembelajaran Hariz lah katanya. tapi yea memang betul. Hariz suka tergaru garu dalam kelas. sebab gatal extream agaknya.

aku bagi nama Siti Nur Eczema supaya nampak chomel sikit. macam gurly sikit la. hakikatnya adalah penderitaan buat Hariz dan kami. GP bagi bergelen cream. macam produk kecantikan wanita pulak. ada cleanser, moisturizer cream, whitening cream, night cream, termasuh antibiotik makan punya. huh jenuh nak nyebut nama obatnya. hebat benor saintis membagi nama kepada ubat tersebut sampai tergeliat anak tekak nak nyebut. soo aku kena namakan macam produk kechantikan wanita. haha. maklum la muda muda dulu penah la pakai. eceh. dah tentera ramai yang dikerjakan ni. selamat tinggal aje lah krim2 muka tu. dapat cuci muka pun dah alhamdulillah.

Hariz ni memang ada rash dekat betis dia sejak kecik lagi. mula mula tu memang sikit je. memang selalu amik ubat kat klinik kat Malaysia. bila sapu krim dia ok lah. bila aku lupa. jadi balik. tapi tidaklah sedahsyat kat sini. sebab Malaysia cuaca panas dan lembap. kat sini sejuk dan kering. bila kering rash bertambah teruk. kalau di tengok masa sedang luka akibat digaru macam mengelupas terkena air panas. kulit dia jadik menggerutu. sangat kasar. berdarah. berair. dikeliling nya kering. dia tak cakap sakit cuma dia kata GATAL.

aku sapu krim kat tempat yang teruk luka tu macam nak mengalir airmata. kasihan melihat dia. dia masih tak faham kenapa kaki dia macam tu. yang dia tahu gatal then garu. pernah juga hilang sabar terlalu sangat suka menggaru hingga kena rotan. sebab bila dia garu luka tu semakin parah dan merebak. mata kami kena selalu perhatikan dia. kalau tengok dia sedang menggaru cepat cepat tegur dia akan stop. bila kami leka dia start garu balik. tak boleh lah nak tumpu kat dia 24 hours. kamu bukan anak tunggal sayang. jika inilah yang dikatakan ujian dan dugaan dari Mu maka kami terima seadanya.

tak mahu ambil gamba kaki dia. takut kalo orang tengok tak lalu nak makan. sedih sangat. nanti dia malu. GP kata dia tak ada alergik makan. memang boleh makan apa sahaja. cuma kulit dia jenis KERING. sebab tu GP bagi dia segala mak nenek cream yang oily. berorientasikan minyak. OINTMENT

"Ointment: A medication preparation that is applied topically (onto the skin). An ointment has an oil base whereas a cream is water-soluble. (The word ointment comes from the Latin ungere meaning anoint with oil)"


sekarang kami panggil Hariz orang minyak. dia suka. ketawa je. isk ntah paham ntah tak. haha


mari kita berkenalan pulak dengan obat obatan Hariz yang bergelen itu. heiii ini stok 1 minggu sahaja. bayangkan. memang betul la Hariz dah jadik orang minyak. next week GP suruh datang lagi. akan dapat lagi bergelen ubat agaknya. yang botol biru tu lah cleanser. digunakan untuk mandian. kena mandi ubat. yang botol tinggi putih tu cream lepas mandi. pakai untuk SATU BADAN tahu. yang botol putih rendang tu disapu sebelum tidur (night cream). yang kechik tu untuk sapuan kepada luka yang parah tu. yang dalam botol dalam dia kaler purple tu antibiotok makan. Hariz suka makan ubat. sangat suka. siap mintak lagi. tapiiii antibiotik ni taste horrible. kena bagi dia minum yazoo coklat lepas makan ubat ni. walaupun dia nganga bila nak bagi. tapi muka dia kelat. kelaka tengok. dahlah 1 hari 4 kali makan. dah kali ke 3. dia kata I din'nt like that ubat. aik baru 1st time dengar kamu tak suka. selalunya sampai merayu rayu mintak. siap tipu tipu kata uhuk uhuk uhuk Hariz batuk lah mama. hahaha

bila DC dah dapat doctorate nanti aku boleh lah jadik nurse.. boleh tak macam tu :)


2 comments:

Anonymous said...

Alaaa..sian hariz...dah la kecik lagi..xtau org cakap 'jangan'...cucu boss aku pun ada eczzema tu kak..pastu dia pakai cream eco-sense..agak mahal jugakla..berasaskan tumbuh-tumbuhan..elok katanya...

to hariz : take care ye hariz..jangan garu2 sangat...nanti luka...

from : sufi aka ucu

Rafidah said...

tu lah memang mahal cream dia tu. nasib free. kalo kena bayo pengsan aku.
memang kerja dia garu je. sekarang ni dia dh tahu kalau depan kitorang dia x garu. kalau blakang kami dia gasak garu.. haha kesian kan