Wednesday 8 December 2010

Hariz Performance - The Sleepy Shepherd

salam

urhhhhggghhh pagi tadi melompat dari katil terkujat tengok jam pukul 8.50 pagi. anak anak belom pegi skolah. dah lah Hariz ada performance kat School. hadoyaiiii apa lah. henpon DC tertinggal pulak kat bawah. alarm tak bunyik. ni la tragedi tragedi musim sejuk. haihh sejuk pulak salah. kejadiaan ini jarang berlaku. bila dah berlaku TRAUMA selama sebulan.

tak dan nak bikin packed lunch. suka lah Hakim Hazim dapat Hot Dinner (Lunch at School). Hariz nangis nangis sebab ingat ayah tertinggal packed lunch dia. Hariz belum penah makan kat School. terpinga pinga dia. jangan risau all vegetarian.

kami berkejar kejaran pagi pagi nak tengok persembahan Hariz kat Sekolah. tiap malam dia jenuh berlatih. sambil mandi pun berlatih nyanyi dengan tekun. walau pun hanya backup singer, kitorang kena support just to say WELL DONE. GOOD JOB.

THE SLEEPY SHEPHERD

masa ni dah abis persembahan. berbunga muka tengok kami datang.

best jugak cilik cilik 4-5 tahun nyanyi berlakon complete set dengan baju Shepherd, King dan pelbagai watak. semua berani belaka. chomel je semua kekanak ni. persembahan ni sempena Krismas. ini kan London. tak ada sekolah yang celebrate Aidilfitri. mungkin ada tapi aku yang tak tahu. kami sedang masuk kandang kambing dan sedang mengembek pun. apa nak buat. PASRAH.

tengahari ni .. dari semalam nak membikin Masak Pindang Ikan Kerisi. halia out of stock. tunggu new intake baru boleh bikin itu menu. so arini termakbul niat semalam. indahnya. padahal lauk ni la yang di telan masa dalam pantang tetiba macam teringin nak buat pulak. masa pantang tu sampai nak terbelahak makan. tak best lo sebab tak pedas. kali ni aku campak 5 orang cili api. best lah. tengah makan sangkut duri ikan kat tekak. mujur sempat telan nasik. terus hilang. kalau tak ke specialist ENT aku. pernah weh pernah. tak ingat makan ikan apa. dah seminggu tak hilang rasa cucuk kat tekak. so apa lagi ke ENT lah. info : ENT adalah Ear Nose and Throat. teropong punya teropong siap masuk camera melalui hidung terus ke mak tekak. tak ada pun durinya cuma luka. sebab tu rasa sakit. agaknya masa duri tu lalu nak tinggalkan tekak dia telah mencalarkan tekak aku. hish apa kejahatnya duri itu. takpe lah. itukan pengalaman.


ritu pegi tesco lorong wajib lalu adalah lorong 'stock reduced'. masih elok cuma tak berapa fresh lagi. jumpa pisang murah maklumlah stock reduce. lebam je bukan luka. eh tak betul la lebam tapi masih elok. dalam kepala aku 'boleh bikin cekodok'. Hakim sangat suka. yeay ! Banana Ball.


ini sekmen imbasan. teringat duluu dulu masa sebelum sampai London. nak buat cekodok pon berbeli tepung instant. brand apa tah tak ingat. yang dah siap bancuh tu. tinggal letak air je. skang ni macam automatik dengan tak sengajanya aku TERpandai masak cekodok. bila ingat balik alahaiiii cekodok buduh ni pon haku pegi beli tepung padahal tepung biasa, tepung self rising, pisang lenyek, gula dan air je disatukan. sungguh petik jari. hahaha. ini lah HIKMAH nama dia. bukan nama orang nama kejadian ni.

tamat lah episod HARI INI.

No comments: