Friday 17 December 2010

SPA Treatment


sejak di datangi sakit yang tak di undang ni aku rasa macam aku dah jadik drug addict. apa tak nya setiap kali sakit sengal sengal sendi tulang belulang ni datang je aku nak me'nyah'kan dia dari menular ke seluruh tubuh cepat cepat aku telan PARACETAMOL Caplets. 2 bijik sekaligus. mendalah tu kan macam menahan diri dari rasa sakit sedangkan sakit tu masih ada lagi. lepas telan dadah itu dengan secara magic bin ajaib nya terus segar bugar. boleh bangun masak sup kemas dapur bagi. wah macam tak hinggat sakit. dasat betul penangan Paracetamol ni eh.

sebab tak sampai hati lah tengok DC sorang sorang ngurus anak anak yang masih ada saki baki batuk selsema demam tiga serangkai. dari buat packed lunch, hantar anak skolah, amik anak, beli keperluan dapur ke town centre, masak pulak lagi, buat air bagi ubat, basuh muntah anak, fuh boleh jadik calon suami adorable ni.

aku kena lawan .. lawan sekuatnya. jangan dilayan sangat sakit ni. taknak manja manja kan diri dengan sakit sakit ni. kami satu keluarga yang hidup di negara asing ni saling memerlukan. anak anak perlukan kami.

petang tadi dapat layanan SPA kat rumah ni. BEST BANYAK SANGAT. full treatment lagi dari NENEK AMINAH. hahhaaa.. tukang urut muda dan moden tapi position tak sesuai. jadik kita tukar nama dia masukkan title nenek kat depan nama dia. kehkehkeh.. tak de la tak laaa.. guro guro je Kak Min. servis marbeles FULL BODY TREATMENT MASSAGE. disebab kan kejadian ini berlaku di London maka glamer skit nama dia Full Body Treatment Massage. tapi takdelah bunga bungaan tu. itu omputeh stail. ini TRADISIONAL massage. kalau kat Malaysia kita sebutlah tukang urut. macam kesian arr bunyik dia ek. so aku modenisasi kan dia ala ala SPA.segar skit. kendur skit urat urat yang tegang tu.

lepas ni sapa yang berminat dengan massage dari Puan Aminah Abdul Rahman boleh hubungi beliau selepas 23 Dec di Batu Pahat. eceh tetiba aku promote dia tanpa pengetahuan dia. kang dia hambat aku ngan SNOW BALL kang menggelatuk aku kesejukkan.. mahap yea Kak Min. uhuk uhuk.

aku akhiri entri khas buatmu ini dengan ucapan JASAMU DIKENANG... THANK YOU SO MUCH

sekadar gambar hiasan.
pic fr google

No comments: