Sunday 12 December 2010

Puteri Kembali Aktif


sejak minggu lepas Puteri punya demam dah baik dah. best ah tengok dia aktif balik macam biasa. bercakap yang kadang kadang aku tak tahu butir apa. tapi siap kena marah tu kalau tak paham. soo aku kena mengiyakan apa je dialog yang dia cipta. sesekali bila orang dengar dari jauh seakan berbual tetapi dia cakap bahasa ayam aku cakap bahasa itik. layan berdialog ni nak bagi Puteri semangat bercakap. tetapi kengkadang terdengar jugak words yg biasa kitorang cakap dia dah boleh sebut balik. nampak macam tak dengar je.

anak anak sihat adalah dikira rezeki buat kami. anak sakit adalah dugaan. lepas Puteri sihat dia telah mengePAS BATTON kat Abang Hakim. Stok ubat silih berganti tuan. camtu la pengalaman anak ramai. kadang kadang tak sempat pas batton siap overlap lagi demam. wehhh ingat loan je ade overlap demam pun ade gak. kehkehkeh

ini lah antara gejala gejala menghadapi winter. eh bukan winter aje. setiap kali pertukaran musim. bukan setakat orang Asia yang tak biasa dengan empat musim je yang terhinggap gejala ni, malah orang europe yang tempat tanah tumpah darah jugak kena hadapi. senang keja doktor bagi punca 'peralihan cuacha' aku pon boleh cakap. cuba korang cakap pon boleh jugak..


bila dah beraksi semula ni whoaaaa macam macam perangai keluar. eh rupanya demam nak develop new perangai yek. siap pakai beg. salam semua orang say bye bye. macam konon konon nak pegi skolah la. aik skolah hape sejuk sejuk ni dik oii.. haha. siap nak bawak baby lagi ke skolah.

tadi dengan semangat berkobar nak upload video Puteri tapi entah cemana tah bila dah siap upload bila nak PLAY dia kata An error occurred. haihhh tensyen sehh.. tengok lah kalau Berjaya Times Square nanti next entry bleh upload lagi. mood : geramm..



No comments: