Thursday, 16 December 2010

Demam Urat

Salam,

aku jarang sakit ALHAMDULILLAH Ya Allah atas kesihatan yang telah engkau berikan. tapi kalau dah sakit pengsan habis.

sejak selasa lepas dah demam tapi tak panas. macam tipu je bunyi nya tapi benar belaka. kalau di rasa dengan gunakan termometer belakang tapak tangan letak dekat dahi memang tak ada nunjukkan perubahan suhu badan tapi aku sakit dalaman. walau pun luaran nampak macam like normal person tapi dalaman aku menggigil. tulang rasa ngilu. tangan jadi ketar ketar. kepala berpinar. nak bangun pun rasa macam terhuyung hayang. kena berdiri beberapa saat dulu then baru boleh jalan. dari baring nak bangun macam berbintang bintang. tekak jadi pahit. payau dan kelat. tiga dalam satu sekaligus memusnahkan selera makan. tomyam feveret pon jadik terkuis kuis.

baring terlantar begulung dalam duvet adalah perkara terindah buat orang sihat. tapi untuk pesakit macam aku menyiksakan sebenarnya. sakit semua sendi sendi yang tak bergerak neh. memang tak boleh nak bangun oh sedih. kalau aku bangun kepala jadik berdenyut denyut. perasaan nya rasa nak keluarkan isi kepala dan uli sekejap lepas masukkan balik. macam tu lah feel dia.

suhu kat luar negatif tiga. sejuk lagi menggigilkan. dalam rumah boleh di cover dengan pemanas.

sunyi nya lah hidup kat negara asing macam ni. hati jadi bertambah sayu bilakala sakit sakit macamni. dah lah terperangkap dalam rumah sendiri akibat suhu yang menghalang xtvt luaran. jiwa rasa meronta ronta nak pulang. kalau kat Malaysia boleh bermanja manja dengan mak. boleh makan bubur nasi. boleh baring baring sambil mak picit kepala yang pening. oh aku rindu. rindu dengan mak. airmata dah bertakung bila sebut nama mak. dua tahun tak tenguk muka mak. hati seperti di siat siat kerinduaan.

walaupun balik rumah mak bukan buat apa sangat. setakat cerita cerita sambil ketawa ketawa. membuat lawak kekeluargaan saja. tapi feel dia lain.

minggu ni suasana rumah ini muram. walaupun ada garis gembira di hari lahir suami. maaf lah bang tak dapat nak celebrate meriah meriah di hari jadi abang. penyakit di rumah ini lari berganti ganti di rasmikan oleh Puteri kemudian Hakim, dijangkiti oleh Hazim dan tak dapat di halang hinggap kepada Hariz. aku berdoa semoga aku lah penutup nya. jangan lah penyakit ini menerjah DC. dia je harapan kami untuk urus kan urusan rumah ini. dan kini saki baki sakit masih ada. batuk sahut menyahut. ubat ubatan bergelimpangan berterabur memenuhi ruang atas meja.

terima kasih kat DC sebab buat 99% keja rumah. masak, bukan senang ei nak nenguk orang lelaki buat keja rumah. time time isteri sakit ni lah peluang nak tunjuk bakat ter rendam. sapa lagi nak di harap. mak jauh. keluarga sedara mara apatah lagi.

OK nak sambung baring n zzzz

1 comment:

Sitisifir10 said...

Semoga cepat sihat...jgn lupa minum air masak banyak2 ye :)