Thursday 14 April 2011

3 Negara Europe - Episode 1 (Disneyland, Paris)


jalan masuk nak tujuk ke park dari tempat parking masyaAllah punyalah jauh ya amat. bagusnya dorang siap buat escalator pejalan kaki lagi.. anak anak dah tak sabar nak main dah. yang aku pulak.. tak habis habis kejap kejap benti.. nak bergambo.. tension je budak budak ni. eh kalau tak bawak camera dan tak bergambo tu kira macam tak pegi tau..hahah gila statement aku. bukan senang nak sampai sini. tungkus lumus prepare ni..

jumpa pintu gerbang dulu
aku rasa ada 2-3 km jugak nak sampai kat pintu park tu.. huh!

ok ok ni baru lah sampai..

masuk masuk tak jumpa lagi park.. punya la seksa nak nyampaikan ke park..
kena melalui Main Street USA
(erkk lalu kedai2.. kawasan larangan masuk kalau tak terbang ££)

sambil jalan jalan tengok pemandangan.. terserempak ikon Mickey. bergamba dulu la. nak bergamba 1 hal brato punya panjang. nasib Mickey glamer. daku sabau lah menunggu turn. (gamba dh upload kat entry before, sila tekan older post)

tiba tiba ....

bapak mickey jelmaan yg tak berapa nak comei muncull.. ekekkeke
(suami sapa la ni.. eh suami ngko nak ke buat peel x betul camni HAHA)

background Fantasyland

mari aku bawa korang sama sama bermain dalam Theme Park Disneyland. tempat ni ada 4 tanah.. Fantasyland, Adventureland, Discoveryland dan Frontierland.

kitorang masuk Frontierland dulu lihat lihat pemandangan Wild West.. kira macam masuk kampung gak la.. boleh la nak feeling feeling macam balik kampung. tengok air terjun. hebat taman buatan manusia ni. macam real je kat kampung kampung.. dorang ni buat reserch kat Sungai Bil ke.. (info : sg bil tu kat Behrang jln nak kampung DC)

dorang buat taman taman ni dari buluh..

ronda ronda lihat lihat pemandangan je dulu eh.. jangan gelojoh.. kasik budak budak ni main kejar kejar. main nyorok nyorok.. naik turun tangga. tengok air terjun. kiranya explore the Wild West punya kampung lah.. kasik mereka hepi..

pastu kami round Adventureland.. heh! bawak anak anak yang bawah umo semua tak cukup tinggi nak main menan yang adventure2 sangat. soo timing kat sini minima je la..:(

jeng jeng .. nak main tu! nak main tuu! hahaha korang tak boleh main.. memasing tak cukup tinggi.. sooo MAMA lah yang naik yeee.. byeee.. hik

menjunam mendalah ni.. roller coster Pirates of the Caribien (rasanya)

masyaAllah! menjunam tertunggeng terbalik dibuatnya.. gila betul mendalah ni. terjerit jerit sampai hampir terpelanting anak tekak.. mencungap haku.. control gak sebab duduk sebelah mat saleh hihi..takleh nak naik ngan DC .. kang anak2 xde sapa jaga pulak..

terpaksa lah kitorang berkorban .. naik benda benda yang tak mencabar je la..

untuk hari first ni kami masuk tempat mainan yang ringan ringan dulu. err maksud ringan tu bukan lah boleh angkat dengan setangan.. tapi mainan kanak kanak ribena. oleh sebab tenaga mak paknya dah di serap dalam perjalanan nak ke sini maka kita main yang releksss je eh dulu..

next kitorang masuk Fantasyland. ni kan tempat gegurl sooo.. budak budak bujang ni BORING je la.. ye la princess. snow white.. kan watak2 keperempuanan.. haih.. kesian Puteri.. tapi layan la jugak..





main benda benda pusing pusing. main terbang terbang. naik kuda. naik train. naik sampan. carik jalan sembunyi. keluar masuk taman.... masa yang dibunuh kat beratur. hoih nak berato sikit punya ular sawa.. terbelit belit. boleh sesat sebab beratur. sapa nak main kat dalam ni aku nasihat bawak kerusi lipat la. lenguh lutut naik graph ostoporosis aku nunggu turn. cik puteri pulak tak reti bila bagitau kena berato. NAKKK jugak naik dan dan tu .. hah apa lagi berator sambil di iringi dengan dendangan jeritan high pitch dia je la sepanjang panjang barisan. jenuh mujuk suh sabaq. takde endah de.. nak tunggu takde orang bila pulak.. hangin je. dah dapat main ... tak mao turun pulak.. arhhh sudahh.. jenuh pulak terjerit tangkap dia bawak kluar mendalah tu. bila tengah main eksaited gila. mengilai ngilai gelak. suka sangat.

banyak lah tenaga habis kat sesi pujuk mujuk yang tak makan saman.. adehhh..

rehat lunch kat bench je. kluarkan mangkuk tengkat.. eh tak la mangkuk tingkat.. bekalan nasik berbekas bekas. slumberland je la. buat macam takde orang. padahal terjenguk jenguk orang nenguk gelagat kami makan nasik sambal ayam. agak nya dorang pelik .. beli kat mana lah kami yea? HAHA.. :P dorang nak tanya tapi malu.. muahaaaa

lepas kenyang sambung balik main...

banyak menda jugak boleh budak sekecik Puteri boleh main. aku ngan DC pon terpaksa mengecilkan skala otak menjadik kanak kanak riang ...

contohnya gambar seperti dibawah...

kan kan riang kan ayah nya.. haha.. ni kat dalam 'its small world' .. Puteri terpegun tengok lampu lampu patung patung nyanyi.. sampai nak amik gamba pon tanak toleh tuuu..

lepas tu sambung lagi naik train la.. naik flying elephant la.. memang kami jadik kanak kanak riang la untuk 3 hari ini... berfantasy bersama Puteri. abang abang pon sporting layan mainan Puteri.. sebab besokk Puteri akan layan mainan abang abang pulak..

sempat take a break dengan ais krim.. mahal nak mamp.. beli lah jugak. udah melalak 5 skala riktor.. boleh gemba bumi disneyland kejap. 3.50 euro secawan seciput aiskrim.. beli 2 kongsi la korang berempat.. pop corn yang DC selalu buat kat rumah tu pon 9 euro.. apatah lagi makanan lain.. wajib lah bawak mangkuk tingkat!.. sebab tu siap2 bawak jajan dari rumah. segala cekelat gula gula, bisekut, crips, juice, yazoo.. sume haku hangkut dari london.. bab aiskrim kalah la pulak.. :((

pastu sambung lagi main.. eh tak sambung lagi beratur.. adoyaiii...

sampai habis bateri camera click sana click sini. ada yang tak dan nak amik gambo sebab bateri dah kong sampai tak bleh nak tekan dah.. habis tenaga ..

petang tu before maghrib kami sampai Cabin House .. Hariz kata OUR TREE HOUSE.. sebab dalam hutan. sunyi bunyik unggas. DC suka sebab teringat Felda Soeharto / Sg Dusun katanya.. rindu kampung. maklom la 6 hari ni kami jadik kaya merempat pindah randah dengan TIGA hotel.. ni rumah pertama Davy Crockett Ranch.. nak detail info click situ.. lupa plak nak amik gambo interior dia. bagi kami NOT BAD.. best la jugak. simple tak mewah sangat. dibuat dari kayu kayu je ni.


sampai je kluar barang barang nak masak.. tak boleh rehat lagi walau kaki rasa pedih. mata dah separuh tutup. Masak pulak kari ayam malam tu.. dinner then terus hanyutttt.. melayan ngantukssss.. 2 hari 1 malam tak tido woiiii. sikit lagi nak biol. jalan dh terhuyung hayang dah..

sapa nak sewa sini share ramai ramai 6 orang.. memang murah berbaloi .. tapi ...kena ada kereta sendiri. sebab Disney tak sediakan shuttle macam hotel2 lain sebab cabin ni jauh skit 27 minit dari Disneyland. wajib berkereta kalo nak bertiduran sini. pakej ni 3 hari 2 malam kami besekali tarikh bulan 4 (tarikh lain hrg pon lain) untuk family berenam £466.20.. harga pakej tak sama. depend. kalau ada sale tengah murah .. dapat la murah.. ikut rezeki.. moralnya kena selalu mengadap website disney tu.. kiki.

bulan yang cantek pegi bulan APRIL sebab tak terlalu panas dan tak sejuk sangat sampai berkabus. menggelupur sejuk. kebarangkalian double lapar sangat tinggi. kalau sejuk siang pendek. waktu main pon sekejap tak berbaloi walau bayar murah. masa April sedang elok sebab waktu siang pon hampir sama dengan Malaysia. kalau summer bulan JULAI dan OGOS.. sangat panas. sangat ramai orang. kadar beratur habiskan masa 50%. rugi. walau pon siang panjang.

sambung besoookk.. kami masuk... half lagi Frontierland dan Discoveryland. haaaa tempat febret anak anak lelaki aku.. suka kemain .. banyak games yea.. layan..

6 comments:

chinta... said...

wah..bestnya jenjalan..sonok dok negara orang kan...tp yang paling chinta x tahan nak gelak nye..pasal bapak mickey jelmaan tu..ase kelakar je..hehehhe

Fazlinil Irma said...

cik din mmg sporting.. hahaha. gelak nengokkan dia dgn cekak minnie tu.

~Yus~ said...

bestnye dah sampai kat disneyland.... hihi bapak mickey jelmaan tu sporting abis... kelakar tengok gambar tu :)

MakSuSuE said...

Ala..ala..comeiii nya boyprend minie...gebu lagi ko nyah...hahaha
lawok la ko DC

MTM said...

eyh...sy pn pg disney 2 minggu lps!

Anonymous said...

salam linda,

i baru jumpak blog ni rasa besh sangat baca pengalaman u bercuti, err satu soklan eik.. dlm disneyland paris bole bawak masuk bekal ker? kat HK tak bole..habis bekal kena buang...:(

ana