Tuesday 12 April 2011

Pra Cuti2 3 Negara Europe

1st day... eh blom blom lagi nak citer pasal cuti.. ni nak citer pasal persediaan nak bercuti panjang dan jauh dalam sejarah kami. ngalah nak datang UK persediaan nya.

gila ko.. nak pegi Paris, Amsterdam dan Belgium bukan senang... dah lah bahasa dorang dengan english macam ayam dengan itik bercakap. sama sama tak paham. kami dah berlatih dah cakap Bonjour makna Hello!.. Merci beaucoup! makna terima kasih banyak.. Au Revoir makna Bye... ni sume Hazim ajar.. dia lagi banyak tahu sebab skolah dia ajar French.

before booking booking semua ni. kami buat ITENARY ... tersangat detail .. kat situ semua tertera date, pukul bape nak bertolak pukul bape sampai. apa nak buat. kemana nak pegi. supaya kan kan tak buang masa. ikut 100% itenary yang dah buat tu. study gila gila ni.. ngalah nak amik peksa SPM... ENAM helai itenary yang kami buat PAKSA semua ikut termasuk anak anak. bangun pukul bape. masak menu apa. bayar berapa. siap coodinate untuk electronic map en Garmin nak kena ikut nanti. detail habisss.. lengkap.. plan dan study seolah olah macam dah berada kat sana. bila in real life ada jugak terkehel.. tak dapat nak elak.. nanti pelan pelan aku citer.

DC pulak prepare bab bab kereta.. service, travel insurance europe kena buat dan bayar (European Breakdown Cover). plan takut jadik apa apa kat kereta insurance boleh tolong bukan stakat betulkan kereta. siap gantikan dengan kereta yang lain supaya cuti tak tergendala. memandu ke negara di europe selain UK adalah BEZA... dorang pandu belah KANAN. UK kiri.. kena tampal GB. kena bagitau pemandu lain yg kami dari UK. pandu kiri. sooo kalau tersilap pandu takde lah kena maki atau marah :D banyak wehhh persiapan nak ke europe ni.. sebab beza ngan UK kan.. kena prepare :

1) set of beam converters
2) hazard warning triangle (beli kat CBS)
3) magnetic GB plate (beli kat Halford.. mahal)
4) 2 reflective emergency jacket (alah yg kaler ijo terang tuu..ni pon beli kat Halford.. selai £5)
5) first aid kit (kami tak bawak yang ni)
6) European Driver's Handbook (ni takde pon. DC study kat internet je.. download dan baca)
7) Universal Bulb Kit (compact) - beli kat Halford

ni semua wajib ada dalam kereta sebelum nak drive kereta pegi sana.. SYARAT kat European Country.. susah kan..tapi penting untuk keselamatan.

oh ada lagi.. pegi Europe kanak kanak tak dibenarkan duduk depan skali.. semua anak2 kena duduk belakang.. sooo aku duduk depan. naik terkehel pinggang asyik la noleh belakang melayan cik Puteri punya susu.. grrrr

terpaksa pegi Disneyland dulu sebab NAKKAN PAKEJ MURAH tu pada hari sekolah sedang jalan. kami bertolak belah malam 4 april 2011 sooo siang isnin tu anak anak masih sekolah. aku paksa DC bagitau teacher dia kami nak bercuti. kalau tak bagitau kena denda sorang student £50 sehari. ce ko kira bape plak kena bayo kalau kena denda. DC bagitau teacher.. sekali hambikkk DC kena MARAH ngan headteacher. sebab pegi bercuti tak apply dulu. DC kan baikk jujuk lurus tak reti nak tipu tipu ni. bagitau nak ke Disneyland. apa lagi headteacher pon kluar lah tazkirah dia.. terpaksa buat muka seposen je lah. nak buat cemana dah booking. tapi kalau apply .. boleh lulus ke? soo redah je laa.. yang penting dah bagitau. xde la kena denda ke apa.. SELAMAT..

kena bagitau supervisor DC.. SV dia OK.. lagipun tiap tahun dia tanya DC tak pegi cuti ke.. siap suruh pegi laaa bercutiii.. bawak family berjalan jalan. release kan pressure minda. sporting betul SV dia. lagipun tiap kali dia tanya DC akan kata tak pegi mana mana.. so bila kata nak pegi cuti dia ON dan OK je. jangan ingat kami berjalan tak SV DC tak tau.. dia siap bagi greenlight lagi tau.. :)

bab makanan plak. makanan yang lama nak expired dah siap beli awal la kan. macam roti roti ayam semua tu kena beli siang tu jugak. dah siap beli thermos untuk simpan barang basah. bekukan dulu siang tu then letak ais banyak2 supaya kekal beku. kan kan USAHA tak kami nak JIMAT..

4 April 2011

untuk jimatkan duit hotel ... terpaksa bertolak sebelah malam ... plan bertolak pukul 9 malam.. tapi tahu je la nak bersiap masak masak untuk malam. masak untuk esok punya menu yang tahan lama. buat nasi putih ayam merah dan telur dadar. last last keluar 10.30 malam. nak cek in ferry kat Dover pukul 1.30am. feri nak jalan 2.05am..

bab ferry pulak kena booking dulu. beli return tiket. harga depend berapa penumpang dan jenis kereta, date dan jam .. harga tak standard. nasib masa booking tu tengah offer murah dapatlah murah. kalau beli last minit mahal la dapat. kitorang dapat £74.. kami naik P&O Ferry. naik dari Dover lebih dekat dengan Paris.


drive dari rumah nak ke Dover amik masa 2 jam 16 minit. awal skit keluar kut kutlah jem ke... tak lah terlepas fery. terlajak perahu boleh undur. terlajak fery terbang ££..;)

makaaa... kami TIDAK TIDUR tahu. tak tidur malam tu sebab DC drive.. aku plak kena temankan dia drive supaya tak ngantuk. sambil membuat lawak lawak tengah malam.

segar bugar pulak mata budak budak ni bila dikejut suruh masuk ferry.
memang xleh nak tido laaa..


masuk ferry ingat DC nak tido sebab ada masa duduk dalam ferry sejam setengah.. tak boleh plak nak tido sebab semua kena turun dari kereta. duduk dalam ferry anak anak bising pulak main lari lari tengah malam buta. dah tu terang benderang.. sampai sana 4.35 pagi.. masuk France beza mana SEJAM.. so kena PLUS sejam..

sampai je Calais direct drive ke Davy Crockett Ranch. kena drive lagi 3 jam 19 minit. R&R ada banyak kat highway untuk solat dan buang air ke apa ke.. so jangan risau.. sampai Davy Crockett Ranch 8.30 pagi. bukan untuk check in.. tapi nak amik Ticket Disneyland. kalau duduk Hotel under Disney boleh masuk park seawal 8 pagi. kalau beli tiket yang takde pakej masuk pukul 10 pagi. pastu terus pegi Park.. bentang tikar .. apa lagi makan duluuu....

eh jap .. dari Calais nak ke Paris kena tol.. heh tol macam Malaysia lah.. tapi sekali je la tol rega latest.. Euro 20.40. return darab 2 lah

takde orang buat ni .. bentang tikar makan kat tepi parking lot.
kami buat tak tau je orang nak jeling jeling..:D

muka bangun tido ... cuci muka lebih kurang .. bekpes dulu.. terus masuk park..

nampak tak itenary yang tak tidooo.. merah mata kitorang melayan ngantuk.. nak jimat punya pasal.. layan je.. hahaha

plan plan plannn.. sangat sangat penting bila nak jenjalan jauh ni supaya tak buang masa dan buang duit. survey sana sini ... carik pakej murah murah.. masa nak booking Disneyland tu kami dok carik yang murah. eh murah dah tentu kena booking masa BUKAN CUTI SEKOLAH.. kami tengok dulu rega 5/4 april.. murah.. tengok rega selepas tarikh tu semua mahal.. beza £200 tuuuu.. gila lah ! semua gara gara cuti skolah demand tinggi harga jadik mahal. sooo jalan terbaik adalah ponteng minggu terakhir sekolah.. OK dah booking .. hotel yang boleh duduk berenam hanya Disney's Davy Crockett Ranch. hotel ni macam cabin la.. boleh masakkk.. advantage kat situ.. sapa nak book tengok la website Disneyland (untuk kengkawan yang kat UK). kami amik package 3 hari 2 malam. tu agak mahal sebab bulan april. kalau pegi winter tentu lagi murah. eh sapa plak nak g main park sejuk sejuk tu kann..:P

kau tak boleh nak tipu tipu umor anak .. sebab dorang cek. jalan selamat dari kena beli 2 bilik dimana lebih mahal soooo jujur je la beli rumah tumpangan untuk berenam.. Disneyland adalah besar. waktu minima untuk coverage 90% permainan adalah 3 hari 2 malam untuk sesapa yang ada anak2 macam kami la.. kalau ko pegi honeymoon 2 hari pon boleh cover.. takkan Flying Elephant pon kau nak naik .. ye tak? haha

bila jalan malam yang bagusnya anak anak tido dalam keta .. senyap! celik mata dah sampaiii.. kami yang pening lalat tak tido.. agagagagaa

ok besooookkk aku citer apa jadik dalam parkk pulak...tungguuu..

harap harap apa yang aku catat kat sini boleh bagi panduan kat sesapa kengkawan yg kat UK yang nak ke Paris secara memandu. jimat tapi penat!

3 comments:

Ana said...

mak oiii....ko punya itinerary ngalahkan Dato Najib punya lawatan luar negara...tabik spring la aku kt ko dot....plan baek punyerrr....mencabar sungguh !!! CAYALAHHH..!!!!!

Rafidah said...

itu la Na.. teror kan aku.. haha.. nak watcemana bukan cuti kat mesia. ni kat obersi. takut woooo..

manueng said...

gile dasat uk ni...xpergi sekolah pun kena denda 50Pound sehari... huhu