Tuesday 7 December 2010

Mengah

Salam

6 Dec ; ISNIN - adalah hari aku termengah mengah kesana kemari. kehulu kehilir. mundar mandir. apa lagi yek ayat sesuai untuk hari yg tak duduk diam neh. arhh dah tak boleh pikir dah. stuck isi otak. ok otak keluar kau kejap. buat streching. dalam kiraan lapan. lapan lagii.. ok dah fresh boleh masuk balik dalam tengkorak. settle. kalau tak paham abaikan aja perenggan ni.

SALAM MAAL HIJRAH 1432

DC punya azam tahoon baru adalah membuat kekerapan kedatangan ke universiti menuju kepada 99.99%. pasang azam biar maxima la kan. walaupon hakikatnya banyak halangan. sebagai isteri yang senantiasa berbaring di peha suami. ewah ewah banyak chantik muka aku nak berbaring baring atas peha konon. boleh blah. isteri yang sentiasa menyokong azam suami, kenalah angkat sepanduk kata SOKONG ! SOKONG !

lepas je breakfast dia tak toleh belakang lagi terus tinggalkan aku.. hukhuk selama 1 hari separuh malam. sebab dia azam nak balik pukul enam malam. setok makanan pulak telah kian nipis. haku dengan semangat sokong niat DC tu merelakan dia bertapa kat Universiti. Aku jugak ada azam nak menyetel kan hal hal kerumahtanggaan ini.

baru aku nak KEGARISANNNN.. erkkkkk terbreak emergency pulak. DC col suruh carik thumb drive dia yang telah hilang atau pun diculik. haiyya terbantut olahraga aku pagi tu. bermula pulak membuat edisi siasat menyelongkar meja meja, laci laci, bawah katil. telah berpenat lelah mengedisi siasat siap panggil inspector Puteri mintak kerjasama menolong mencarik. rupanya rupanya slumber je si THUMB DRIVE tu REST kat toilet masa aku nak mandikan Puteri. beramai ramai pulak tu. ada 4 ketul. hishh.. dah takde tempat lain kau nak mengrest kan diri yea. nak mandi gaknya.

mungkin keciciran masa DC sedang beraksi separa ganas di Water Room. ceh masa aku telah terbuang sebanyak 32.8% di situ. Misi carik thumb drive settle. aku jalankan misi rumahtangga yang lain pulak. Puteri Mandi. eh bukan kueh ini acara tau. KAMI bersiap. ntah la ngok ngek ngok ngej hampir pukul 1.30 petang. eh macam rosak pulak jam nieh. cepat btol la masa berlalu macam angin lalu membawa diriku... lalalalala

aku redah kepekatan kandungan udara dalam kegigilan untuk menuju ke Town Centre. mengalahkan pelumpa jalan kaki aku mentolak stroller Puteri mengejar bangunan yang dinamakan Pavillion tu. padahal Pavillion tu tidaklah berlari kemana pon. cuma tak sabar sabar nak menuju ke tempat kedap udara.

masuk je pavillion ... aaaaaaaaa... legaaa suam sikitt.. berlangsung xtvt toilet, terjah Wilkinson mencarik benda yang tiada. punah. misi terus ke Tesco. kali ni memang mencari barang yang ada. acara menshopping secara pantas berdesap desup. tak sempat nak compare price. tapi sempat amik barang half price, buy 2 for 1, reduced stock. semua berciri MAKANAN. hanya tissu je yang tak boleh dimakan.

menjelang Krismas ni semua lorong payment panjang berjela. mat saleh ni beli barang bahan buat kuih ke. mana mana pegi ramai gila. selagi tak sampai 25 December ni tak habis habis soping present agaknya. ih ih .. gila banyak duit dorang.

3.05 pm whoaaa... mujur tak terbalik stroller gurly Puteri. kukuh gagah. membawa bawang makanan seberat £27.89p. huyooo teror. alamakkk campur dengan keberatan Puteri ini kenderaan telah melebihi muatan. maka pentolakkan hadlaju harus dikurangkan. tambahan dengan tolakan angin kuat dari depan mengukuhkan lagi fakta aku. sehabis kudrat wanita menolak stroller berkejaran pulak ke sekolah Hariz untuk menjemput kepulangan anaknda ketiga itu..

habissss..

belum belum ..belum habis lagi.. yea yea habis cerita ambil Hariz untuk balik rumah pulak. acara meletakkan muatan 20kg tadi ke dapur dan melepaskan lelah, sesi mensuamkan diri, menrefill isi perut dengan roti rotian yang dibayar tadi. sementara nunggu masa untuk misi lain pulak lepas tu. misi seterusnya ..

4.30 petang menjemput kepulangan anaknda yang dua lagi tu dari training basketball kat skolah. sekali lagi mensiapkan diri memakai pakaian kalis peluru sejuk. bawak Puteri je sebab Hariz dah terpengsan tidur. penat agaknya. keluar rumah tolak Puteri dah gelap gulita padahal baru pukul 4.30 petang. tak lah heran sangat. inikan WINTER. aku rasa kalau pakai helmet full face tu OK kot untuk warmkan kepala dan muka. sesapa yang baca coret coret aku ni tolong la pos kan sebijik.. huhuhuhu

balik menjemput mereka. adegen masak2 pulak untuk kekanda kekasih hati. masak lemak cili api telur itik
sayur kacang saja. pukul 6 petang settle hal makan makan dapur dapur dapur. macam banyak je dapur sebut dapur sampai tiga kali. tapi perasaan aku macam ada lima dapur lah. kemas bucu sana lane sini kepah, susun ceruk situ gobok sinun berterabur. sampai hujung nyawa pon takleh settle. kecuali kitorang retire bab makan. mana bleh. isykk..

eh habis lah cerita.. baru boleh PENGSAN tak sedar diri. bom meletop pon aku tak heran. jiwa dan jasad dah tak bersatu lagi dah. terbanggggg..zzzzzzzzz

8.30 malam bangun dari tertido sambung balikkkk.. oven COD FISH pulak untuk si teruna dara dalam ini rumah makan. 9 malam lepas SEMUA tido baru boleh KEMAS dan seterusnya terus menerus VACUMM rumah..

agak agak korang lah berapa agaknya kalori aku yang terbakar.???


1 comment:

Anonymous said...

terbakar jer x kurus2 pon laie....hehhee..ok la exerciseeee.... :-)

from : sufi